RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, April 30, 2008

Al-Hadith : Tanda-tanda Orang Yang Mencintai Nabi


Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w., "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya saya ini nescaya cinta kepada Tuan." Beliau lalu bersabda: "Lihatlah baik-baik apa yang engkau ucapkan itu."

Orang itu berkata lagi, "Demi Allah, sesungguhnya saya ini nescayalah cinta kepada Tuan." Dia berkata demikian sampai tiga kali.

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Jikalau engkau mencintai saya, maka sediakanlah sebuah baju tijfaf untuk menempuh kefakiran, sebab sesungguhnya kefakiran itu lebih cepat mengenai orang yang mencintai saya daripada cepatnya air banjir sampai di tempat penghabisannya. "

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Attijfaf - iaitu sesuatu yang dikenakan pada kuda untuk menjaga dirinya dari bahaya - senjata dan lain-lain, dan kadang-kadang pakaian sedemikian itu juga dikenakan oleh manusia.

Patutlaa Pak Man Selalu Buat Umrah

Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Umrah ke umrah yang berikutnya adalah menjadi penutup dosa dalam waktu antara dua kali umrahan itu, sedang haji mabrur, maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga."

(Muttafaq 'alaih)

UNTUK PENGETAHUAN BAGI KAUM WANITA. PADA KAUM LELAKI..HARAP DAPAT DISEBARKAN ILMU INI KEPADA ISTERI, ANAK², SAUDARA DAN RAKAN² WANITA LAIN


WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan w ani ta Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar
dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam
;
"adakah wajib bagi seorang w ani ta Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan :
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu
qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak
mula-mula 'bergelar w ani ta' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa...
Sebenarnya TAK SEBE G ITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat
mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al- G hazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti
kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TI G A :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
perkara YAN G KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YAN G BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan
asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya k erin g sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap w ani ta Islam"
(Imam Al- G hazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari k erin gnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian w ani ta itu sendiri (dari melihat haidnya k erin g atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah k erin g dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya k erin g, sebelum masuk waktu
subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka
wajib baginya solat Isya' sebab darahnya k erin g masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya k erin g atau tidak
dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah k erin g dalam waktu
maghrib lagi (sebab proses k erin gnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh,
hakikatnya proses peng erin gan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu
di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri

Mencahayakan kubur

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Sunday, April 27, 2008

Al-Hadith : Apabila Ditimpa Kesusahan


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang ditimpa oleh kemelaratan, lalu diturunkannya kepada manusia ( meminta tolong kepada sesama manusia agar dihilangkan kemelaratannya itu), maka tentu tidak akan tertutuplah kemelaratannya tadi."

"Tetapi sesiapa menurunkannya kepada Allah (yakni mohon kepadaNya agar dihilangkan kemelaratannya) , maka bersegeralah Allah akan memberinya rezeki dengan segera atau dengan lambat."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan sahih gharib.

Al-Hadith : Jangan Terlalu Mencari Dunia

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah engkau semua terlampau cinta dalam mencari sesuatu untuk kehidupan, sebab dengan terlampau mencintainya itu, maka engkau semua akan mencintai pula keduniaan."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Apalah Yang Nak Direbut-rebut

Daripada al-Mustaurid bin Syaddad r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidaklah dunia ini kalau dibandingkan dengan akhirat, melainkan seperti sesuatu yang seseorang di antara kamu memasukkan jarinya ke dalam air lautan, maka cubalah lihat dengan apa ia kembali"

(Bermaksud, seberapa banyak air yang melekat di jarinya itu. Jadi dunia itu sangat kecil nilainya dan hanya seperti air yang melekat di jari tadi banyaknya.")

(Riwayat Muslim)

Saturday, April 26, 2008

[SN] Al-Hadith : Harta Sebenar Seorang Manusia


Daripada Abdullah bin as-Sikhkhir r.a., bahawasanya ia berkata, saya datang kepada Nabi s.a.w. dan beliau sedang membaca ayat (yang ertinya) "Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyakkan kekayaan." (Surah At-Takaathur, Ayat 1)

Lalu beliau bersabda, "Anak Adam itu berkata, 'Hartaku, hartaku!'. Padahal harta yang benar-benar menjadi milikmu itu, hai anak Adam, ialah apa-apa yang engkau makan lalu engkau habiskan, apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau rosakkan atau apa-apa yang engkau sedekahkan lalu engkau lampaukan"

(Riwayat Muslim)

7 Golongan Yang Mendapat Naungan


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)

Tanda Kebajikan dan Tanda Dosa

Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal kebajikan dan dosa. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kebajikan itu ialah baiknya budi pekerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada ( yakni hati ) dan engkau tidak suka kalau hal itu diketahui oleh orang banyak."

(Riwayat Muslim)

Thursday, April 24, 2008

Tanda Mendapat Kebaikan Daripada Allah

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan."

(Muttafaq 'alaih)

SN] Al-Hadith : Dua Jenis Mata

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, yaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga (musuh datang) dalam melakukan peperangan fi-sabilillah. "

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

[SN] Al-Hadith : Walaupun Seayat

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah ajaran yang berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat. Percakapkanlah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat duduknya dari neraka."

(Riwayat Bukhari)

Wednesday, April 23, 2008

Seburuk-buruk Manusia Pada Hari Kiamat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya seburuk-buruknya manusia di sisi Allah dalam hal kedudukannya pada hari kiamat ialah seseorang lelaki yang menyetubuhi isterinya dan isterinya itu pun menyetubuhinya, kemudian menyiar-nyiarkan rahsia isterinya itu," misalnya mengatakan pada orang lain perihal cara bersetubuhnya atau apa-apa yang dilakukan sebelum itu dan lain-lain. Hal ini termasuk dosa besar.

(Riwayat Muslim)

Rumah Free

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Saya memberi jaminan sebuah rumah dalam halaman syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbantah-bantah, sekalipun ia berada dalam kebenaran, juga sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan dusta, sekalipun dengan maksud bersenda gurau, demikian pula sebuah rumah di tanah tinggi syurga bagi seorang yang memperbaiki budi pekertinya."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

Azza'im ertinya seorang yang memberikan jaminan. Makna aslinya ialah pemimpin.

Adab Bersin


Daripada Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Apabila seseorang di antara engkau semua itu bersin, maka hendaklah mengucapkan: [Alhamdulillah] dan hendaklah saudaranya atau kawannya yang mendengarkan itu lalu mengucapkan [Yarhamukallah] ."

"Selanjutnya apabila saudara atau kawannya tadi sudah mengucapkan [Yarhamukallah] , maka hendaklah orang yang bersin tadi mengucapkan[ Yahdikumullah wayush-lihu balakum], ertinya: Semoga Allah memberikan petunjuk pada anda dan pula membaguskan hati anda.

(Riwayat Bukhari)

Tuesday, April 22, 2008

Berjabat Tangan

Daripada al-Bara' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada dua orang Muslim pun yang bertemu lalu keduanya berjabatan tangan, melainkan keduanya itu diampuni dosanya oleh Allah sebelum keduanya itu berpisah."

(Riwayat Abu Dawud)

Kelebihan Menjadi Orang Kaya

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya kaum fakir dari golongan sahabat-sahabat Muhajirin sama mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Orang-orang yang berharta banyak itu pergi dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi serta kenikmatan yang kekal."

Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa demikian?"

Mereka menjawab: "Kerana mereka dapat bersolat seperti kami, mereka berpuasa sebagaimana kita berpuasa, mereka bersedekah, sedangkan kita tidak dapat bersedekah dan sedangkan mereka dapat memerdekakan dan kita tidak dapat memerdekakan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorang pun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?"

Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah."

Beliau kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih (Subhanallah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) setiap selesai bersembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali masing-masing. "

Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh sebab itu mereka pun mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu."

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang dlkurniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki. "

(Muttafaq 'alaih)

Amalan Syurga Amalan Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau s.a.w. menjawab: "Iaitu bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budipekerti. " Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab: "Iaitu kerana perbuatan mulut dan kemaluan."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Jangan Sengaja Mengharap Kematian

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah seseorang dari kamu mengharapkan kematian. Jikalau dia seorang yang dapat berbuat baik, mungkin kebaikannya itu dapat ditambahkan olehnya dan jika dia seorang yang berbuat keburukan, maka mungkin dia bertaubat kepada Allah."

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Anas r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Janganlah seseorang daripada kamu semua mengharapkan kematian kerana adanya bahaya yang menimpa dirinya. Jikalau dia terpaksa harus berbuat demikian, maka hendaklah ia mengucapkan: "Ya Allah, hidupkanlah aku terus, selama hidup itu menjadi kebaikan untukku dan matikanlah saya jikalau mati itu adalah lebih untukku."

(Muttafaq 'alaih)

Tatacara Salam

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang berjalan kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak jumlahnya."

(Muttafaq 'alaih)

Menghormati Yang Lebih Muda

Daripada Anas r.a. bahawasanya ia berjalan melalui anak-anak lalu ia memberikan salam kepada mereka dan berkata: "Rasulullah s.a.w. itu juga melakukan seperti ini ( yakni mengucapkan salam kepada anak-anak)."

(Muttafaq 'alaih)

3 Golongan Yang Tidak Berbicara Dengan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada tiga macam orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan tidak pula menganggap mereka sebagai orang bersih (dari dosa), juga tidak hendak melihat mereka itu dan bahkan mereka akan memperolehi siksa yang pedih sekali, iaitu orang tua yang berzina, raja (pemimpin negara) yang suka membohong dan orang miskin yang sombong." (Riwayat Muslim)

Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

Surah Al-Ikhlas (Qul Huwallah Hu Ahad...) Pahala saperti membaca 1 AlQuran



Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah



Assalamualaikum
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan" !!!!
7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.
8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian ;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,
Insya-Allah.
wassalam.


JANJI ALLAH BAGI ORG YANG MAHU BERKAHWIN....



1-"Wanita- wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita- wanita yang keji (pula), dan wanita- wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita- wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wani ta yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nur: 32)

Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, "adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum : 21)

5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ". (Al Mu'min : 60)

Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya. Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.

Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam:

"Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam". (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)

Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35)..

Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, "Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat". (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.

8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".(Muhammad : 7)

Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)

10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".(Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.

Jadi, kenapa ragu dengan janji Allah?

Cerita kelakar- pengembala kambing


ada sebuah cerita menceritakan tentang seorang pengembala kambing...
pada suatu hari ada seorang wartawan dari majalah KAMBING ingin men"interview" pengembala kambing ini..
bermulalah cerita"~

wartawan : akum pakcik JAMES..!

pakcik JAMES : oh...wa'kum salam..dengan nada selamba dan macho itu~

wartawan : saya nie dari kompeni majalah KAMBING nak interbiew pakcik nie...

pakcik JAMES : yoko?? pasey apo???

wartawan : pasal kambing kambing pakcik lah..

pakcik JAMES : apo apo jolah...boring 2 hari..

wartawan : ha...nie nak tanya ni...kambing kambing nie pak cik bagi makan setiap hari???

pakcik JAMES : yang mana satu??? yang itam ker yang putih..tanya pakcik JAMES ilek aje..

wartawan dengan muka pelik menjawab) aahhh...ahh...yang itam..jawab wartawan..

pakcik JAMES : oh..pakcik bagi makan nasik sojuk jo...dengan selamba menjawab~

wartawan : yang putih??!

pakcik JAMES : SAMA lah ... makan nasik sojuk jugak...

wartawan : oh.. (muka pelik) camne dengan air? minum air baper banyak??!

pakcik JAMES : yang mana satu??yang itam ker yang putih??

wartawan : ahh ahh ahh...yang putih..

pakcik JAMES : oh..dalam 2 gelen air lah jugak...!

wartawan : yang itam??

pakcik JAMES :SAMA lah ... 2 gelen air lah jugak..!!

wartawan : (dah mula hangin) bagaimana dengan berak??

pakcik JAMES : yang mana satu??yang itam ker yang putih??

wartawan : yang PUTIH!!!

pakcik JAMES : yang putih tuu...berak agak banyak lah jugak...

wartawan: yeker?? yang HITAM???

pakcik JAMES : SAMA lah ... agak banyak lah jugak...

wartawan : (dah bengang) abih tuh!!! aper yang dibeza beza kan...saya tanya kambing itam dengan putih sama jer...aper perbezaan nyer yang SEBENARNYER!!!!

pakcik JAMES : ohh....apolah kau nie...kambing itam tu sebenarnye pakcik yang punyer..!!!~~~

wartawan muka paham sambil tersenyum) oh...ohhh..bistu kambing putih saper yang punyer??

pakcik JAMES dengan selamba) SAMA lah jugak .....pakcik punyer jugak..

wartawan : (berlari lari anak sambil menjerit dan menangis nangis!! )

PertUnaNgaN


TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pe
rtunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT


Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.


HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.


WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

*
Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab atau nama penanya, buluh, merupakan salah seorang moderator forum soal jawab agama iLuvislam.com. Artikel ini disunting berdasarkan soal jawab di forum iLuvislam (kategori Fiqh Munakahat; perkahwinan dan kekeluargaan).

Saturday, April 19, 2008

Tuntutan solat

Oleh Masmawi Abdullah

MATLAMAT hidup umat Islam ialah untuk mencari kebahagiaan yang hanya dirasakan oleh mereka melaksanakan perintah Allah (SWT) terutama solat yang menjadi tiang agama.

Hal ini dijelaskan Allah (SWT) dalam firman yang bermaksud:

“Sesungguhnya berbahagialah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada (perebutan dan perkataan) yang tiada berguna.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)

Tiga perkara penting bagi manusia untuk mencapai kebahagiaan ialah beriman kepada Allah (SWT), menjaga solat mereka dan menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan sia-sia.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.”

Solat adalah suruhan yang tidak dapat tidak mesti disempurnakan setiap umat Islam. Mereka yang menunaikan solat akan diberi ganjaran pahala dan hidupnya sentiasa mendapat nikmat serta rahmat daripada Allah (SWT).

Sementara di akhirat pula, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga bersama orang soleh.

Waktu untuk menunaikan solat sudah ditentukan dan secara tidak langsung ia mengajar kita supaya menghargai masa. Dalam erti kata lain, kita sewajarnya menepati waktu yang sudah ditetapkan untuk menunaikan solat dan tidak melambatkannya.

Namun, apa yang mendukacitakan, masih ramai di kalangan kita yang melengah-lengahkan solat. Malah, ada beranggapan menunaikan solat itu tidak semestinya pada waktu masuknya, sebab itu kita dapati ada yang menunaikan solat Zuhur lewat jam 2.30 atau 3.30 petang.

Anggapan tidak semestinya menunaikan solat tepat pada waktunya adalah satu tanggapan yang salah. Malah, sikap begini sebenarnya merugikan diri mereka sendiri kerana menyegerakan dan menepati waktu solat satu keutamaan dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Pada suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang lebih utama? Baginda SAW menjawab: Solat tepat pada waktunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Di samping itu Rasulullah SAW juga menjelaskan kelebihan orang yang berwuduk di rumahnya kemudian ke masjid untuk menunaikan solat dalam sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardu daripada beberapa fardu, sesungguhnya kedua langkahnya yang satu menghapuskan dosa dan yang satu lagi akan mengangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Jika kita halusi sabda Rasulullah SAW itu mengandungi dua perkara penting :

- Ganjaran pahala yang besar akan diperoleh mereka yang berwuduk di rumah dan berjalan untuk solat di masjid iaitu setiap langkahnya menghapuskan dosa yang menaikkan darjatnya.

- Mereka yang berwuduk di rumah jelas menggambarkan bahawa mereka menjaga ketepatan waktu solat kerana sudah bersedia lebih awal lagi untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Sesungguhnya kita memang digalakkan menepati waktu solat dan jangan sekali-kali melengah kerana solat di awal waktu menjanjikan ganjaran kepada mereka yang menjaganya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuknya, sujudnya dan khusyuk, maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah (SWT) menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujudnya dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah (SWT) mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah (SWT), iapun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (Hadis riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian luas. Antaranya, memperbetulkan bacaan, tertib melakukan solat dan menunaikan solat tepat pada waktunya.

Digalakkan menyegerakan solat kerana dikhuatiri jika kita melengahkan solat, kemungkinan kita akan tertinggal dan terlepas waktu itu.

Malah Allah (SWT) menjelaskan sifat orang yang berbahagia iaitu mereka yang menyempurnakan solatnya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-Mukmin, ayat 8-11)

KEUTAMAAN KASIH SAYANG

Telah bersabda rasulullah SAW:
"tidak masuk syurga selain pengasih"
mereka bertanya, "ya rasullullah , tiap-tiap kami pengasih"
Rasullullah bersabda: " bukan pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja tetapi jugak menyayangi orang lain juga seperti menyayangi diri sendiri"

Erti menyayangi diri itu menyayangi dari disiksa Allah SWT dengan meninggalkan maksiat serta
bertaubat di samping taat dan ikhlas. Erti menyayangi orang lain adalah tidak menyakiti seorang muslim.

Rasulullah SAW bersabda :
" muslim orang yang menjaga tangan dan lisannya terhadap orang lain. Disamping itu juga menyayangi binatang dan tidak menyiksanya."

dari hasan dari rasulullah SAW , baginda bersabda :
" umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Rasulullah SAW bersabda : " siapa yang mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula "

Telah berkata Malik b Anas, Rasulullah SAW bersabda :
" padamu ada empat hak sesama muslim; kau ziarahi yang sakit dan kau sukai taubat"

ianya ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga."






Wednesday, April 9, 2008

SEJARAH APRIL FOOL


APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik
April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap
kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita
begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini,
adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan
Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun
lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

P enduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa
berlindung di dalam rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa
mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan
selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka
mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambilkesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah
penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana
semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya
menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,
lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's
Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan
ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam
mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk
kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara
kamu .....rawahuttirmizi Illal Liqaq

Virus-Virus Ukhwah..

Seorang sahabat adalah manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain…

sekilas lalu,virus2 ukhuwah ini adalah seperti berikut:

1) tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

"seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya." (hadis Nabi)

2) lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

"tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya."(hadis Nabi)

tidakkah kau tahu; kadang air itu busuk baunya walau warnanya tetap jernih

hadis Nabi: ..agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah.

3) tidak santun dalam berbicara

-suara tinggi/kata-kata kasar(31:19)
-tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika bicara atau mberi salam, tidak menghargai keberadaannya
-bergurau secara berlebihan

kelembutan adalah anugerah, ucapan paling baik adalah kejujuran
sedang bergurau secara berlebihan merupakan kunci segala permusuhan

-sering mendebat dan membantah

"sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah." (hadis nabi)

-kritikan keras yang melukai perasaan




Jom's tgk sapa yg kena :)