RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, May 29, 2008

JahaNam


JahaNaM

Tentang jahanam dirawikan dalam sebuah hadis:

“Bahawa jahanam itu hitam dan pekat. Tidak ada cahaya atau kilatan. Ada tujuh pintu. Di setiap pintu ada tujuh puluh gunung. Di setiapgunung ada tujuh puluh ribu bukit dari api. Tiap bukit ada tujuh puluh ribu celah. Tiap celah ada tujuh puluh ribu jurang dari api. Dalam setiap jurang ada tujuh puluh ribu kala jengking. Tiap-tiap kala jengking ada tujuh puluh ribu ekor dan pada ekornya ada tujuh puluh ribu sengat. Dan pada sengat ada tujuh puluh ribu racun ( upas ).Pada hari kiamat tutupnya dibuka. Asap mengepung kanan dan kiri, belakang, bawah, atas manusia dan jin. Ketika mereka melihatnya, mereka lemas dan menjerit, “ Tuhan, selamatkan aku!”

Imam Muslim merawikan bahawa rasulullah SAW bersabda:

“ Pada hari kiamat Jahanam didatangkannya. Ia ada tujuh puluh ribu pemimpin. Tiap pemimpin ada tujuh puluh ribu malaikat yang menghelanya.”

Dalam satu hadis, rasulullah bersabda:

“ sifat penjaga jahanam itu diisyaratkan oleh Allah swt dengan firmannya.’

"sedangkan penjaga-penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras”

Jarak diantara malaikat-malaikat itu diantara kedua bahu setiap malaikat sejauh setahun perjalanan. Masing-masing mempunyai kekuatan yang kalau memukul ditangannya dihentamkan ke gunung, gunung akan hancur. Sehingga sekali pukul buleh sampai ke dasar jahanam.

Wednesday, May 28, 2008

NasihaT KepaDa TemaN


Assalamualaikum..wbt..
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

By the way.. ini hanyalah perasaan aku...Semalam aku terserempak dengan seorang kakak mualaf yang lama ku kenal..pertama kali aku sampai di bandar kuantan mendaftar diri dialah menyapa..sangat baik hati .. cantik raut wajahnya.. cantik peribadi..bekerja dengannya sangat mudah.. everything is ok!! mempunyai pemikiran yang simple....apa yang paling menarik hati aku.. kakak nih jarang bercampur...masa yang lapang mesti dia kat surau.. kadang-kadang duduk menunggu budak untuk tuition tengah hari .. dia habiskan masa dengan mengaji.. membaca tafsir-tafsir.. sgt rajin...beruntung suami yang memilikinya..tapi aku dengar dia dimadukan.. dia mempunyai 2 cahaya mata yang comel....petang-petang selalu nampak dia melayan 2 orang anaknya itu bermain.. gembiranya.. bahagianya.. suaminya aku tak pernah pun nampak dan tak pernah kenal.. belum pernah terjumpa baik di majlis2 besar yang kami adakan saban tahun. Sudah 4 tahun aku bekerja disini.. mungkin akan terus disini melarikan diri dari kesibukan Kuala Lumpur. Pelajar disini jauh lebih baik dari pelajar di Kota besar sana.. ermm aku lebih suka fikir positif sebab islam pun menghalalkan suami berkawin lebih daripada satu..walaupun macam tu hati aku nih tetap ada jahatnya.. sampai hati .yer suaminyer buat macam tu.... aku nih suka berfikir.. suka melihat2.. kadang-kadang benda takde kene mengena dengan aku pun aku fikir...ehehehe.. x memudaratkan aku pun..jika aku fikir-fikirkan cerita kakak nih.. aku bandingkan dengan diri aku..aku tak mungkin sesabar itu.. satu sahaja penutup kata.. "Tuhan itu maha adiL" .. ada hikmah disebaliknya..

Nasihat kepada yang membaca...

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof..Jika kasih tak setulus Zulaikha.. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim..
andai diri tak sehebat Siti Hajar dan

Mengapa didambakan teman hidup yang sesempurna Muhammad jika ada keburukan diri.... Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...carilah kebaikan pada dirinya.. bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu....

Friday, May 23, 2008

Al-Hadith : Tentang Menuntut Ilmu


Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu."

"Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air."

"Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Dari Mana datangnya ilmu pengetahuan ?

Kalau tak belajar dr mana nak datangnya ilmu..Ilmu..boleh diperolehi dr banyak cabang.. dan pengalaman..dari zaman pra sejarah ilmu diperolehi dari sejarah turun temurun keluarga..mungkin dizaman itu cara bekerja.. cara mendapatkan makanan , cara menjaga keselamatn diri..diajar kepada si anak dan anak mengambil pengalaman itu dijadikan panduan hidupnya.

Apabila tulisan dan abjad muncul semua pengalaman-pengalaman ini mula dikumpulkan ke dalam buku. Buku ialah ilmu pengetahuan dari pembuatan dari pengalaman yang terkumpul. Melalui tulisan semua pengalaman yang terkumpul boleh dijadikan rujukan. Ertinya buku-buku ilmu pengetahuan adalah hasil pembuatan..

Memperolehi ilmu mesti berguru.. ilmu dgn cara pembacaan secara teori tidak dapat dipraktikkan dan difahami secara total..Dan mula institusi-institusi tertentu ditubuhkan utk mengembangkan ilmu pengetahuan baik secara teori atau praktikal.

Ilmu bukan hayalan yang hanya boleh ditafsir dengan Akal…

.bahaya ilmu jika ditafsir dengan akal sahaja tanpa pembelajaran yang betul

pandangan mata... ada kala kita tertipu dgn apa yang
dipaparkan depan mata kita

pandangan akal... jika berpandukan ilmu yang terhad
(atau tak berilmu) akan merosakkan kita

pandangan nafsu... jika nafsu jahat???
pasti akan rosak seseorang manusia tu

pandangan hati... mestilah berteraskan pada keimanan pada Allah
(itulah maksudnya 'jika hati itu bersih')


Tuesday, May 20, 2008

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.



1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Aminnnnnn...

HanYa TinGGaL kenaNgaN


Masa nih aku standard 6.. SK Bukit Raya Dalam.. sebuah kampung yang hampir 15 thn aku tinggalkan..aku sebelah ustazah chempawaN berbaju biru tu.. aku seksi lagi time tu..sebelah ustazah cikgu kamarudiN.. cikgu bahasa melayu aku.. UPSR sure A.. aku memang bertutur pun dlm bahasa melayu..guru besar.. en. Ibrahim abd. razaK.. cikgu shahabudin.. cikgu math.. cikgu nih buat math aku dapat A... penat tau buat latih tubi maser tu.. cikgu chee chin ChenG cikgu bahasa inggeris....aku pernah kener rotan di tangan ...abg aku punya pasal .. suka sgt buat magik..konon kalaU aku bgn tido semua keje aku dah siap.. abang aku suka siapkan keje sekolah aku.. akibatnya aku yg kene rotaN.. cikgu nih still remember my face .. kiter pernah berjumpa dan bertembung di KLCC .. cikgu ni dah ni resign..anak sulung dia namanya micheLL.. my english pun not baD .. upsr i'm still got A..and yg last nih cikgu Joe Izham.. anak sulung nya we called him ijaM.. ensem... cikgu Joe nih cikgu muzik aku.. pernah belajar main recoder .. keyboard..dia jugak yg invite aku pegi yamaha muzik school kat alor star maser tuh.. ramai lagi cikgu-cikgu kesayanganku takde kat sini.. cikgu Azizan..cikgu lukisan cikgu yg ajar aku buat muRaL..pastu pegi sekolah2 dekat situh melukis.. ingaTT lagiii cikgu nih selalu bg duit kaT aku dan kengkawan.. rM 10 masa tu dah cukup besar.. hehhe.. cikgu rokiah..cikgu yg cun..hehehe.. rindunyer..

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi
yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras
warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti
Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa
dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2
duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak
reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari


6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn
mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan
lalui zaman yg sebegitu lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

Monday, May 19, 2008

CoretaN buat teman 2



Assalamualaikum.. samBung coretaN buat teman..
Adik Firdaus.. umur dia baru 18 tahun.. tiap-tiap hari dia pm.. tanya soalan macam-macam..kadang-kadang rasa menyesal add dia kat ym pun ada...senang cerita tgk ja id rasa loya... hahahaha.. ( agak-agak kalau firdaus baca dia sakit hati takk..!! ) hehehe.. tp .. kerana sayang lg kat firdaus nak jugak tulis untuk dia..
Dalam coretan buat teman yg pertama .. qaseh taip<> perenggan pertama...sebab ..qaseh dah tahu mana mungkin tercapai.. qaseh bukan lah seorang wanita yg muslimah mcm cerita-cerita di zaman nabi... Saya masih lagi sosial life style .... saya hanya mengidamkan sesuatu yang magic berlaku kepada diri saya.. tp x pernah berlaku kecuali saya yg mengubahnya ..
Siapa yang tak naK jd Wanita Mulia..

Saya yang dilahirkan dizaman yang serba ada serba modern.. tidak pernah pula merasa susah.. sosial life style bukan bermakna qaseh ini tidak menutup aurat.. alhamdulillah.. dah dilahirkan dimalaysia .. gaya bertudung pun ala-malaysia.. x ada lah furdah2 mcm di negara arab sana..

ciri-ciri wanita mulia:
wajah tutup mukanya tidak pernah kelihatan..kepada lelaki yang bukan mahram...suaminya sahaja melihat...itulah wanita yang terpelihara iman
wanita mulia .. terpelihara lidahnya dari berkata-kata kasar.. berkata-kata nista .. dan tidak berkomunikasi dengan lelaki yang bukan muhrimnya..
wanita mulia menjaga telinganya dari hiburan-hiburan yang melekakan ..
wanita mulia tidak membuang masa.. melayari internet.. melayari blog.. masa yang ada digunakan untuk memberi tumpuan kepada perihal agama ..bertadarus.. membaca kitab fiqih.. membaca kitab hadith.. membaca kitab deeni.. memahami tafsir...membuat solat2 sunat..hafaz al-qur'an, hafaz hadith..kenali fiqih pelbagai mazhab..dirinya wanita suci
terpelihara dari lelaki..metaati suaminya dan seluruh hidupnya diserahkan hanya kepada allah s.w.T..yang satu..rindunya hanya pada rasullullah.. s.a.w..

sIapalah qaseh... insan yang jauh ketinggalan berbanding insan-insan mulia itu.. tapi jgn lah pulak dibanding-banding kan dengan insan-insan mulia seperti itu.. aku qaseh .. hanyalah wanita melayu yang hanya boleh menjaga akhlak.. menjaga aqidah .. mempelajari bab muamalah.. .. hadith pun baca.. tafsir pun baca.. kitab-kitab pun tengok .. tp sempat tengok isi kandungan jerr.. hadis dengan tafsir tuh baca jugak.. tp belum pernah khattam pun.. cilok2 jer tajuk yg disukai.. pastu bila ada isu .. buat rujukan.. tgk2.. tu pun baru ja setahun dua nih rasa nak bukak kitab-kitab tu semua.. baca sekadar baca ...kene jugak berguru.. biasa mushkil tanya dgn rakan2 ustaz ustazah disekolah .. untuk menjaga mata .. telinga .. suara.. jauh sekali..tiap-tiap hari aku bercakap dengan lelaki.. berkerja dan berkomunikasi dengan lelaki bukan mahram.. ada pula 2 kelas qaseh memang pelajarnya semua lelaki...
( sememangnya hingga ke pencenlah jawabnya.. qaseh ini tak boleh jd wanita mulia.. )



wallahualam... solat maghrib dulu.. sambung lagi lain kali.. wassalam.


Sunday, May 18, 2008

Doa' RasuluLLah untuK memPelai..


Do’a Untuk Kedua Mempelai

Do’a Rasulullah kepada Ali bin Abi Thalib ketika menikah dengan Fatimah Az-Zahra (putri Rasulullah) : “Semoga Allah menghimpun yang terserak dari kalian berdua, memberkahi kalian berdua; dan kiranya Allah meningkatkan kualitas keturuannya, menjadikan pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.”



Do’a Rasulullah kepada yang menikah : “Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberkahimu dan mudah-mudahan Allah mengekalkan berkah atasmu serta menghimpun kalian berdua di dalam kebaikan.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).


……….Amiin Allahumma Amiin………

Doa Cinta PengantiN





Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan Redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin Allahumma Amiin……

Ya Allah

Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya. cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.

Ya Allah…
Hari ini dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. Karena itulah,

kami datang memohon rahman dan rahim-mu atas petunjukmu..

Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya

Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu. Kalau Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami, bantulah kami untuk banyak berdzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu. Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…

Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami,

keturunan kami dan ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amin Allahumma Amiin……

Saturday, May 17, 2008

GejaLa SosiaL di Kalangan Remaja

Assalamualaikum.. wbt..
Kalau bercerita bab Aqidah.. Sahsiah diri.. maka keluar lah pula cerita-cerita gejala sosial.. Adalah seorang hamba saya tak kenali menghubungi saya di yahoo mesenger..dia selalu mengutarakan rasa tidak puas hati kepada cikgu disekolah..katanya punca gejala sosial bermula disekolah... guru tidak mampu mengawal disiplin disekolah, sebab tu pelajar yang baik pun kalau pergi kesekolah boleh jadi jahat...hehehe.. Betul ker mcm tu...??BudaKK pegi sekolah jd jahaT sbb cikgu jahat kot.. hehehe
Pengalaman saya berpindah randah .. sudah 4 buah sekolah saya mengajar. Antara negeri2 yg saya pergi di SMK teknik Alor Star, di Shah Alam , di Sri IskandaR perak dan di BandaR Kuantan Pahang. Macam-macam style pelajar dan guru yang saya jumpa.. tp jarang sangat ada guru yang mengajar tidak ikhlas..saya selalu tengok guru bertungkus lumus mengajar tak kira waktu.. kadang-kadang terpaksa mengorbankan waktu cuti hanya utk memastikan pelajar membuat latihan.. just nak menilai.. tak percaya pelajar belajar sendiri di rumah. lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan.. cikgu pula beriya-iya membuat kelas .. pelajar relax jerr nak exam.. hehehe ..
Core bisnes guru adalah mengajar matapelajaran yang major baginya didalam kelas.. setiap hari guru diberi rata-rata 23-27 waktu sehari untuk mengajar.. kadang2 ada yang dapat sampai 30 waktu .. tengok jugak keperluan sekolah.. lepas tuh guru juga diberi juga tugas-tugas sampingan..macam-macam tugas.. tak tersenarai saya dalam nih...beban tugas .. yg remeh tp kalau dah banyak jd leceh.. kadang-kadang peruntukan masa utk beban tugas nih lebih byk drpd P&P (pengajaran dan pembelajaran)..
1 waktu =40 minit mengajar ..Dalam perancangan mengajar dlm 40 minit hanya 5 minit sesi utk penerapan nilai kepada pelajar <<>> cukuP kerr masa nak menangani gejala sosial.. Pokok pangkaLnya disekolah seorang guru terpaksa memantau 40 pelajar dlm sebuah kelas.. fikir-fikirkanlah mengikut logik akal..kalau jadual guru 40 minit hr tuh seorang pelajar guru boleh pandang seminit sahaja...namun begitu disekolah masih ada unit yang ditubuhkan bagi memantau disiplin pelajar iaitu unit disiplin .. salute utk guru disiplin disekolah.. mereka memang hebat!! Tapi unit ini hanya mampu memantau disiplin disekolah sahaja.
Harapkan ustaz dan ustazah lah yg membimbing mereka .. menasihati...w/pun beberapa minit kata ustz. doa sajalah kot2 tuhan membuka hati pelajar-pelajar itu.. untung sabut timbul untung batu tenggelam..
Tindakan guru kaunseling.. yg julung2 kali setiap thn mengadakan program2 membina mental.. slot2 motivasi.. slot nih memang berkesan.. tp sayang .. biasanya paling lama perubahan sikap berlaku seminggu sahaja paling lama rata2 ....3 hari jer budak2 nih berubah <<( pengakuan ibu-bapa dlm borang soal selidik )
Bagi qaseh.. asas pembentukan sahsiah diri dan akhlak yang baik ini bermula di rumah. Pemantauan yang paling baik adalah ibu bapa..walau sesibuk mana pun ibu-bapa bekerja, perlu memerhati sikap dan perubahan anak-anak .Ibu-bapa orang yang paling dekat dan paling mengenali perangai dan sifat anak... Jangan sangka anak yang baik tidak boleh berubah perangainya . Semakin meningkat umurnya semakin panjang langkahnya .. semakin panjang langkahnya semakin luas pandangannya dan semakin ramai pula sahabatnya. baik sahabatnya baiklah perubahannya ..Pengaruh kawan sgt kuat..
Ilmu pembimbing yang paling mujarab adalah ilmu ketuhanan...paling asas solat dan membaca Al-Quran. sebaik-baiknya diamalkan setiap hari ..
Disiplinkanlah pada diri anak2 dgn ajaran itu dr kecil lagi.. insyallaH..( Nasihat dr ustaZ kahaR ) wallahualam.
Disekolah.. anak-anak kesayangan anda ini akan menerima ilmu baru.. ilmu-ilmu untuk melepasi peperiksaan.. ilmu-ilmu berdikari.. ataupun ilmu-ilmu ikhtiar hidup....pengalaman-pengalaman yang baik bersama guru dan rakan-rakan.. jika rohani dan mental yg kuat telah dibina dirumah... insyallah kenakalan mereka tidak akan terpesong begitu jauh. Disiplin yang baik bg setiap individu...proses penerimaan ilmu akan menjadi dengan lebih mudah..
Dengan disiplin diri baik.. peribadi baik.. akhlak baik.. insyallah kejayaan pasti ada!!

Friday, May 16, 2008

CoreTan Buat Teman

Assalamualaikum wbt.. hari ini saya rasa nak menaip pulak.... ramai kawan2 yang rapat .. rakan-guru yang tanya .. "qaseh kau nih dapat petunjuk ke buat blog yang macam nih'? hehehe ..Petunjuk la sangat... sebenarnya ini impian saya .. nak jadi insan mulia..la konon.. tp kata ustazah semua atas izin allah.. niat yang baik mungkin akan jd baik .. jd kengkawan .. sahabat handai .. doa-doalah semoga impian ku ini tercapai.. insyallah..( kalau ditanya semua orang nak jd baik.. kan.. ) hehehe.. saja ja qaseh nak taip mcm tu..
ntah la...saya macam biasa sahaja.. amalan saya macam biasa jugak .. dari dulu sampai sekarang .. bacaan dalam sembahyang pun masih lagi ayat2 hafalan lama yang ustaz pertama saya ajar kan .. alahyarham ustz.hj yaacob.. dulu2 beliau paksa saya hafal..sbb qaseh nih kalau belajar dgn orang boleh tahan jugak.. degill.. kalau my father ajaR.. memang berendam air mata jer... bila umur dah semakin dewasa nih baru nak mula belajar semula...cuma saya upgrade sikit ja dgn ajaran ustaz kahar.. hari nih 17/105/08 .
Saya tekun dengar celoteh ustaz kahar lagi..3 jam bercerita .. saya asyik ketawa.. ustaz kahar bercerita kisah2 dunia islam hari nih .. selok belok kerjayanya di jabatan agama islam, berkenaan dgn sahsiah dan aqidah..related pulak dengan cerita -cerita para nabi..Sebenarnya saya sangat berminat dengan cerita2 mcm tu..Bila dengar ceramah saya rasa masih banyak saya kene upgrade diri saya..sempat jugak tadi besembang bab stress dengan seorang doktor di HTAA..very humble org yang berilmu tinggi ni.. bercakap beasaskan teori dan pengalaman..teori-tori sains dan islam..sungguh menakjubkan .. subhanallah.. seronok dan sedap kita dengar.. tidak langsung dengan gaya meninggi diri.. nada2 riak belagak dan tidak sombong berkongsi ilmu dengan guru kerdil seperti saya.Saya pulak ending mesti saya mintak tajuk2 buku dan nama penulis yg mereka baca... hehehe.. hobi saya lah tu.. saya akan beli dan baca kalau ada kesempatan.. tp jenis org mcm saya nih pantang dapat bende baru ..mesti cuba!! (yg minat je la ) perasan exciteD tuh x boleh tahan.. sama la macam dapat baju baru... sbb saya dah dengar dulu kan cerita-cerita dari buku tuh ..apa slot2 yang baik .. yang menarik...
Buat rakan baru pula suka tanya ... "qaseh nih ustazah ke?" hehehe .. bukan la.. qaseh bukan ustazah .. saya belajar aliran sains dan teknikal di sek men dan university dulu....Minat saya sukar diramaL.. kadang-kadang saya suka menjahit.. macam2 saya nak buat.. ( berkenaan jahitan) kadang 2 saya melukis-melukis pun saya rasa nak buat mcm2..tgh plan utk lukis atas canvas.. ntah la jd ker tak.. bab lukis2 nih my best friend yus( ada gambar dia dlm slide picture tuh kot ).. memang pakar la...tp saya dah ada art work sendiri.. lebih kepada manual rendering interior n technical based...Nak try fine art work.. nak tgk apa jd.. pandang2 lukisan kat kedai .. mahaLL uuii..
Selain tuh saya jugak suka join cikgu katering memasak...cikgu2 katering nih memang kepala gila2 ada minat yg sama mcm qaseh.. hehehe gemar citer korea.. gemar buku cerita.. n satu lagi gemar kumpul stem..tu boleh join.. mereka tuh dah kakak2 dah .. dah senior2.. pakar2 memasak.. tapi x sombong.. x kedekut ilmu..very humble.. hari isnin nih pun ada projek memasak.. dirumah salah sorang cikgu .. hehehe .. nak belajar buat banana coklat cake... qaseh dah rasa kek tuh memang best... rasa banana .. ada rasa ice cream.. best!!..
by the way .. dah time nih.. jam dah 3.35 petang .. solat zohor pun belum.. qaseH sambung lagi lain kali yer..Wslm.

Wednesday, May 14, 2008

Surat untuk ibu (warkah ini memang sedih)


Subject: surat untuk bonda

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kiter
kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni......
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon
sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak
ke hospital.... .

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama
dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..
kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai......
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar kelinng naik
motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj......
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan...ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar
suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn. ...

Mak......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas
mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buatkali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja....
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya.....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk
mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke
tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ...
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak
pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..
nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana..."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu
hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak.....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.

Monday, May 12, 2008

Wanita


Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai hijjaB di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin). Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Sunday, May 11, 2008

Al-Hadith : Ganjaran Apabila Menangis Kerana Allah



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali ke teteknya - menunjukkan suatu kemustahilan. Tidak akan berkumpullah debu fi-sabilillah itu dengan asap neraka Jahanam."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Saturday, May 10, 2008

DIALOG DUA HANTU YANG SENGAL

Tersebutlah kisah dua orang hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berboraklah untuk mengisi masa lapang
kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni
tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu
A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku
mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab
Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab
heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye?
Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan
family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase
aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak
nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu
tiga ngan aku. So this one day, aku
ingat nak perangkap la isteri aku..Aku
pura-pura gi keje tapi actually aku
park keta aku kat simpang hujung umah
aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah keta kat carpark umah aku. Aku
rilex dulu sebab nak carik mase sesuai
tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?"
tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat
dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut
laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So
aku pun lari-lari sekeliling umah aku
nak carik jantan tuh. Abis sume bilik
aku carik tapi takde pun.. Last-last,
sebab aku penat sangat berlari carik
jantan tuh, aku pun jatuh pengsan
sebab heart attack. And aku tak sangka
aku mati lak..." kata Hantu A
mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita
Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti
sejuk? Kalau kau check kat situ, sure
kita berdua still hidup lagi."

Al-Hadith : Mulut Disumbat, Tangan Diikat, Lalu Dibawa Ke Satu Tempat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila janazah itu telah diletakkan (dalam usungan) dan orang-orang lelaki membawanya di atas bahu-bahunya (diangkat ke kubur), maka jikalau janazah itu soleh, ia berkata:
Dahulukanlah aku, dahulukanlah aku,"(yakni segerakan ditanam kerana sudah amat rindu pada kerahmatan serta kenikmatan dalam kubur).

Tetapi jikalau janazah itu bukan shalih, maka ia pun berkata: Aduhai celakanya tubuhku, ke mana engkau semua membawa tubuhku ini. Suara janazah itu dapat didengar oleh segala benda, melainkan manusia, sebab andaikata ia mendengarnya, tentulah ia akan mati sekali."

(Riwayat Bukhari)

Tuesday, May 6, 2008

Al-Hadith : Kecintaan Melalui Zuhud

Daripada Abu Abbas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku sesuatu amalan yang apabila amalan itu saya lakukan, maka saya akan dicintai oleh Allah dan juga dicintai oleh seluruh manusia."

Beliau s.a.w. bersabda: "Berzuhudlah di dunia, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang dimiliki oleh para manusia, tentu engkau akan dicintai oleh para manusia."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya dengan isnad-isnad yang baik.

Monday, May 5, 2008

kehalusan dan kelembutan da kesabaran rasullullah


‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya kecuali dalam rangka berjihad di jalan Allah. Beliau tidak pernah memukul pelayan dan kaum wanita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah membalas suatu aniaya yang ditimpakan orang atas dirinya. Selama orang itu tidak melanggar kehormatan Allah Namun, bila sedikit saja kehormatan Allah dilanggar orang, maka beliau akan membalasnya semata-mata karena Allah.” (HR. Ahmad)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan: “Suatu kali aku berjalan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau mengenakan kain najran yang tebal pinggirannya. Kebetulan beliau berpapasan dengan seorang Arab badui, tiba-tiba si Arab badui tadi menarik dengan keras kain beliau itu, sehingga aku dapat melihat bekas tarikan itu pada leher beliau. ternyata tarikan tadi begitu keras sehingga ujung kain yang tebal itu membekas di leher beliau. Si Arab badui itu berkata: “Wahai Muhammad, berikanlah kepadaku sebagian yang kamu miliki dari harta Allah!” Beliau lantas menoleh kepadanya sambil tersenyum lalu mengabulkan permintaannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Al-Hadith : Nabi Sentiasa Berlapar


Daripada Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia berjalan melalui kaum yang di hadapan mereka itu ada seekor kambing yang sedang dipanggang. Mereka memanggilnya, tetapi ia enggan untuk ikut memakannya dan ia berkata: "Rasulullah s.a.w. keluar dari dunia (wafat) dan tidak pernah kenyang dari roti gandum."

(Riwayat Bukhari)

Sunday, May 4, 2008

Al-Hadith : Kekayaan Yang Sebenar


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa."

(Muttafaq 'alaih)

Saturday, May 3, 2008

9 PERINGKAT SOLAT: KITA TERGOLONG DLM PERINGKAT MANA???


Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinyahanya pada Tuhannya.
Golongan inilah yang
disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,
melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang
agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Saya Ibu Terjahat Didunia - Harus Baca...

From:

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki,
wajahnya comel
tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya
nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas
bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya
berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja
supaya dijadikan budakatau pelayan bila besar nanti.
Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya
terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun
melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik.
Saya menamakannya Yasmin.
Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali.
Seringkali kami mengajaknya pergi
ke taman hiburan dan membelikan
pakaian anak-anak yang indah-indah. ..

Namun tidak demikian halnya dengan Yusri.
Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama.
Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang
dengan alasan tiada wang.
Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia.
Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu.

Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan
hutang yang semakin bertambah.
Saya mengambil satu tindakan yang
akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup.

Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya
bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang
tertidur lelap begitusaja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak
kejadian itu.Saya menikah kembali dengan Kamal,
seorang bujang.
Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima.

Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti
pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit
menjadi lebih sabar dan penyayang.

Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami
menyekolahkan dia di sekolah jururawat.
Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri
dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah le satu malam,
malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali.
Dia melihat ke arah saya.
Sambil tersenyum dia berkata,
"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu
sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi,
namun saya menahannya, "Tunggu...,
saya rasa saya kenal kamu.
Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah,
sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain
menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba
terlintas kembali kisah yang terjadi dulu
seperti sebuah filem yang
ditayangkan kembali di kepala saya.
Baru sekarang saya menyedari
betapa jahatnya perbuatan saya dulu.
Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya,
saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau

yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan,
tiba-tiba bayangan
Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya
Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir
kereta Civic biru saya di samping
sebuah pondok, dan ia membuatkan
Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah
saya dan bertanya,
"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi?

Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya
menceritakan hal yang
saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan
segalanya dengan terisak-isak. ..

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya.
Ia memberikan suami yang begitu
baik dan penuh pengertian.
Selepas tangisan saya reda,
saya keluar dari kereta dengan diikuti
oleh Kamal dari belakang.

Mata saya menatap lekat
pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah
tinggal dalam pondok itu dan saya
tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu.
Dengan perasaan sedih saya berlari
menghampiri pondok tersebut dan
membuka pintu yang diperbuat
daripada buluh itu... Gelap sekali...
Tidak terlihat sesuatu apapun didalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan
kegelapan dalam ruangan
kecil itu. Namun saya tidak menemui

sesiapapun di dalamnya.
Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok

di lantai tanah. Saya mengambil seraya
mengamatinya dengan betul-betul. ..

Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali
potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang
dulu dipakai oleh Yusri
setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan
yang sangat sedih dan bersalah,
sayapun keluar dari ruangan itu...
Air mata saya mengalir dengan deras.
Saat itu saya hanya diam saja.
Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki
kereta untuk meninggalkan tempat tersebut.
Namun, saya melihat seseorang
berdiri di belakang kereta kami.
Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali.

Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor.
Ternyata iaseorang wanita tua.
Saya terkejut lagi apabila dengan
tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya,
"Ibu, apakah ibu kenal dengan
seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"
Ia menjawab,
"Kalau kamu ibunya,
kamu adalah perempuan terkutuk!!
Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu
sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus
menunggu ibunya dan memanggil,
'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat
keadaannya, kadang-kadang saya
memberinya makan dan mengajaknya
tinggal bersama saya.

Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja
sebagai pemungut sampah, namun
saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!
Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini.
Ia belajar menulis setiap hari
selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."
Saya pun membaca tulisan di kertas itu...
"mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...?
mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah
Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji
mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.
"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang?
Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan
meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"
Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar
dan lemah.
"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut).
Sehari sebelum kamu datang,

Yusri sudah meninggal dunia.
Dia meninggal di belakang pondok ini.
tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah.
Hanya demi menunggumu ia rela bertahan
dibelakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya.

Dia takut apabila
mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana...
Dia hanya berharap dapat melihat
mamanya dari belakang pondok
ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya
yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana .
Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya
kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.
Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua
ataupun bagi yang akan berkahwin.
Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.
Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana
DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.
moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ....


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN