RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, November 30, 2008

30 september 2008


Erm..birthday my mother in law 30 september... x beli lagi hadiah… muka si ibu masam mencuka bila anak2 buat2 diam..by the way birthday abah baru jerr lepass .. anak2 dah rancang untuk sambut sekali sahaja.. kesuntukkan masa nih.. cuti minggu nih 30 sept.2008 dah dihabiskan untuk wedding amy.. cuti minggu depan hari raya haji.. si anak terpaksa mengikut isteri untuk beraya bersama keluarga isteri.. tertangguh lagi birthday si ibu.. hati si ibu boleh keberantakan.. aku sedang membaca hati seorg ibu mertua .. bila anak kesayangan sudah berkeluarga....Dan si anak pula sibuk berkerja .. semua diniat dalam hati sahaja …Menantu yang sedang bercuti apa dia buat.. ermmm.. ehem..ehem… aku nak pegi beli minyak wangi.. timbul idea semalam bila nak ke majlis amy… tiba 2.. father in law mintak pinjam minyak wangi husband.. n mother in law mintak pinjam minyak wangi aku...so ..apa lagi ..mungkin my mertua akan bukak site nih.. kalau dia x balik rumah masa makan.. hehe ..tp sekarang mesti dia balik sebab rindu cucu kat rumah tu..
…kalaulah mak baca….saya nak ucapkan “ selamat Hari Lahir “ semoga mak panjang umur , dimurahkan rezeki serta diberi kerahmatan dan keberkatan oleh Allah SWT.. itu lah doa saya yang x pernah luahkan…. I luv u like I luv my mother..
( saya sgt berharap mak akan tersenyumm selepas membaca ini )

Monday, November 24, 2008

Solat

Allah swt berfirman:

“sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyang”( Q.S .Al-mukminin 1-2 )

“Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lengah. ( Q.S. Al-A’raf : 205 )

Dirawikan dari hasan bahawa Nabi SAW bersabda : “ solat lima waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap-tiap seorang kamu.Setiap hari ia mandi di situ 5 kali. Apakah ia masih kotor? Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan khusyuk dan hadir. Jika tidak, maka solat itu di tolak.”

Wednesday, November 19, 2008

Al-Hadith : Antara Hidup Dan Mati

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."

(Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."

(Riwayat Muslim)

SEJARAH AYAT KURSI

Maha suci Allah…segala puji2an hanya layak untuk Allah…Allah maha besar…
Tidak ada tuhan yang selayaknya disembah dan dipuja melainkan Allah swt…
Selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhamad SAW…..
Waallahualam….

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa
penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar
kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.
dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta
menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang,
setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan
terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang
buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,
harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak
18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya
dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan
menghormatinya serta terpelihara ia dari segala
bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada
menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali
lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian
diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat
Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi
Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,
Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan
memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca
dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin
terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi
100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan Zahir dan batin. Barang
siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga
sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,
dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara
akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya
rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia
adalah seperti orang yang berperang bersama nabi
Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang
membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w.
bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Monday, November 17, 2008

cerita Wanita

Best pulakk baca email dari beberapa member nih...ibu mertua hantar email nih jugak..hehehe..baca la..baca la..

Mengapa WANITA sangat Istimewa....

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih
la..dah
lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam
lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak
nak
susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu
air
masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur
untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ...ni
lauk
bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan
baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai
kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2
pasang,
towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu
ruam...pampers
4 keping....alamak. ..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok
settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume
6
poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin
je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana
flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment
cream...nak
lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ....

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh ....g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
elok2...kemaskan
baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat
kotor...ok
settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
siram...ok,
siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak
tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
ni...tak
bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli
la
skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku
nih...ha,
ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja
besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon
keberkatan
dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat
ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
KENA
BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Saturday, November 15, 2008

Balasan orang yang menderhaka terhadap ibu bapa.

Menderhaka terhadap kedua ibu dan bapa adalah salah satu daripada dosa-dosa besar yang perlu dijauhi. Sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: Tiada perbezaan diantara orang yang menderhaka terhadap dua ibu bapa dengan iblis di dalam neraka melainkan satu tingkat.Dia adalah jiran iblis didalam neraka. Dan, tiada perbezaan diantara orang yang berbakti terhadap dua ibu-bapa dengan para nabi didalam syurga melainkan satu darjat. Dia akan berjiran dengan para nabi di syurga.

Beginilah kedudukan di antara orang yang menderhaka terhadap kedua ibu dan bapa. Mereka adalah jiran iblis dalam neraka. Mereka yang berbakti kepada ibu bapa mereka, akan diangkat darjat dan kedudukan sehinggakan dapat berjiran dengan para nabi didalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW lagi : “esiapa yang mencerca ibu dan bapanya, kepalanya akan diletakkan bara api yang banyak didalam kubur. Setiap satu bara diturunkan dari langit ke bumi.”

Ada 3 golongan yang menerima azab yang pedih dan disumbatkan ke dalam neraka Jahanam. Mereka ialah:

1. Orang yang menderhaka terhadap dua ibu bapa semasa di dunia.
2. Orang yang melakukan zina
3. Orang yang syirik kepada Allah Taala

Bagi kita orang-orang islam, perlu memohon ampun darinya agar terhindar dari kemurkaannya. Wallahua’alam.

miSS u so much ..mUM!!

12.20 am .. 15 11.2008 ..kepala yang berat semakin boleh diangkat.. sendi-sendi yang tegang sudah pun ringan..dalam rehat yang panjang .. ditilam empuk aku sebenarnya sedang membayangkan tangan ibu membelai rambutku..suara ibu mendendangkan lagu-lagu memuji Allah seperti suatu waktu dulu..air panas dari bibir mata mula menitis perlahan-lahan...itu tandanya aku rindu ibu..