RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, May 6, 2008

Al-Hadith : Kecintaan Melalui Zuhud

Daripada Abu Abbas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku sesuatu amalan yang apabila amalan itu saya lakukan, maka saya akan dicintai oleh Allah dan juga dicintai oleh seluruh manusia."

Beliau s.a.w. bersabda: "Berzuhudlah di dunia, tentu engkau dicintai oleh Allah dan berzuhudlah dari apa yang dimiliki oleh para manusia, tentu engkau akan dicintai oleh para manusia."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lainnya dengan isnad-isnad yang baik.

Monday, May 5, 2008

kehalusan dan kelembutan da kesabaran rasullullah


‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya kecuali dalam rangka berjihad di jalan Allah. Beliau tidak pernah memukul pelayan dan kaum wanita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah membalas suatu aniaya yang ditimpakan orang atas dirinya. Selama orang itu tidak melanggar kehormatan Allah Namun, bila sedikit saja kehormatan Allah dilanggar orang, maka beliau akan membalasnya semata-mata karena Allah.” (HR. Ahmad)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan: “Suatu kali aku berjalan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau mengenakan kain najran yang tebal pinggirannya. Kebetulan beliau berpapasan dengan seorang Arab badui, tiba-tiba si Arab badui tadi menarik dengan keras kain beliau itu, sehingga aku dapat melihat bekas tarikan itu pada leher beliau. ternyata tarikan tadi begitu keras sehingga ujung kain yang tebal itu membekas di leher beliau. Si Arab badui itu berkata: “Wahai Muhammad, berikanlah kepadaku sebagian yang kamu miliki dari harta Allah!” Beliau lantas menoleh kepadanya sambil tersenyum lalu mengabulkan permintaannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Al-Hadith : Nabi Sentiasa Berlapar


Daripada Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia berjalan melalui kaum yang di hadapan mereka itu ada seekor kambing yang sedang dipanggang. Mereka memanggilnya, tetapi ia enggan untuk ikut memakannya dan ia berkata: "Rasulullah s.a.w. keluar dari dunia (wafat) dan tidak pernah kenyang dari roti gandum."

(Riwayat Bukhari)

Sunday, May 4, 2008

Al-Hadith : Kekayaan Yang Sebenar


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Bukannya yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanya jiwa."

(Muttafaq 'alaih)

Saturday, May 3, 2008

9 PERINGKAT SOLAT: KITA TERGOLONG DLM PERINGKAT MANA???


Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah
golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.
Sembahyang telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinyahanya pada Tuhannya.
Golongan inilah yang
disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,
melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang
agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Saya Ibu Terjahat Didunia - Harus Baca...

From:

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki,
wajahnya comel
tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya
nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas
bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya
berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja
supaya dijadikan budakatau pelayan bila besar nanti.
Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya
terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun
melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik.
Saya menamakannya Yasmin.
Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali.
Seringkali kami mengajaknya pergi
ke taman hiburan dan membelikan
pakaian anak-anak yang indah-indah. ..

Namun tidak demikian halnya dengan Yusri.
Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama.
Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang
dengan alasan tiada wang.
Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia.
Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu.

Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan
hutang yang semakin bertambah.
Saya mengambil satu tindakan yang
akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup.

Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya
bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang
tertidur lelap begitusaja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak
kejadian itu.Saya menikah kembali dengan Kamal,
seorang bujang.
Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima.

Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti
pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit
menjadi lebih sabar dan penyayang.

Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami
menyekolahkan dia di sekolah jururawat.
Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri
dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.

Hinggalah le satu malam,
malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali.
Dia melihat ke arah saya.
Sambil tersenyum dia berkata,
"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu
sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi,
namun saya menahannya, "Tunggu...,
saya rasa saya kenal kamu.
Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah,
sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain
menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba
terlintas kembali kisah yang terjadi dulu
seperti sebuah filem yang
ditayangkan kembali di kepala saya.
Baru sekarang saya menyedari
betapa jahatnya perbuatan saya dulu.
Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya,
saya patut mati..., mati..., mati...

Ketika tinggal seinci jarak pisau

yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan,
tiba-tiba bayangan
Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya
Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa dan memarkir
kereta Civic biru saya di samping
sebuah pondok, dan ia membuatkan
Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah
saya dan bertanya,
"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi?

Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya
menceritakan hal yang
saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan
segalanya dengan terisak-isak. ..

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya.
Ia memberikan suami yang begitu
baik dan penuh pengertian.
Selepas tangisan saya reda,
saya keluar dari kereta dengan diikuti
oleh Kamal dari belakang.

Mata saya menatap lekat
pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah
tinggal dalam pondok itu dan saya
tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu.
Dengan perasaan sedih saya berlari
menghampiri pondok tersebut dan
membuka pintu yang diperbuat
daripada buluh itu... Gelap sekali...
Tidak terlihat sesuatu apapun didalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan
kegelapan dalam ruangan
kecil itu. Namun saya tidak menemui

sesiapapun di dalamnya.
Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok

di lantai tanah. Saya mengambil seraya
mengamatinya dengan betul-betul. ..

Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali
potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang
dulu dipakai oleh Yusri
setiap hari...

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan
yang sangat sedih dan bersalah,
sayapun keluar dari ruangan itu...
Air mata saya mengalir dengan deras.
Saat itu saya hanya diam saja.
Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki
kereta untuk meninggalkan tempat tersebut.
Namun, saya melihat seseorang
berdiri di belakang kereta kami.
Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali.

Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor.
Ternyata iaseorang wanita tua.
Saya terkejut lagi apabila dengan
tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya,
"Ibu, apakah ibu kenal dengan
seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"
Ia menjawab,
"Kalau kamu ibunya,
kamu adalah perempuan terkutuk!!
Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu
sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus
menunggu ibunya dan memanggil,
'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat
keadaannya, kadang-kadang saya
memberinya makan dan mengajaknya
tinggal bersama saya.

Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja
sebagai pemungut sampah, namun
saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!
Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini.
Ia belajar menulis setiap hari
selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."
Saya pun membaca tulisan di kertas itu...
"mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...?
mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah
Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji
mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.
"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang?
Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan
meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"
Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar
dan lemah.
"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut).
Sehari sebelum kamu datang,

Yusri sudah meninggal dunia.
Dia meninggal di belakang pondok ini.
tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah.
Hanya demi menunggumu ia rela bertahan
dibelakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya.

Dia takut apabila
mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana...
Dia hanya berharap dapat melihat
mamanya dari belakang pondok
ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya
yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana .
Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya
kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.
Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua
ataupun bagi yang akan berkahwin.
Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.
Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana
DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.
moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita...

UNTUK RENUNGAN BERSAMA ....


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN