Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Tuesday, October 20, 2009
Fadhilat surah Al-Hasyar
Posted by QasehtheQueeN at 6:52 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
BERciNta
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta: 1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'. 2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu. 3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'. 4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA. 5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan. 6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. 7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu. 8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA. 9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan. 10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu. Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
Posted by QasehtheQueeN at 7:53 PM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
PMR2009
Minggu PMR 2009 telah berlalu. Tika itu aku ditugaskan disebuah sekolah Felda yang majoritinya masyarakat melayu beragama islam. Aku ditugaskan menjaga pelajar bawah 15 tahun . Kalau dilihat secara fizikal, seperti sudah dewasa. Sudah pandai mencantikkan diri bagi yang perempuan tetapi pelajar lelaki masih nampak riang. Berlari-lari kesana-kemari. Banyak bermain lagi. Sifat keanak-anakkan yang belum berkesudahan.Setiap kali aku parking dan menyusuri gajah menyusu, setiap pelajar mula memberi salam, sehingga terpaksa aku hanya angguk kepala dan kuhimpunkan dan aku jawab sebaiknya dan mendoakan semoga anak-anak itu menjadi sebaik-baik manusia disuatu hari nanti…. Tiba waktu asar aku bergegas ke surau melihat pelajar-pelajar untuk bersolat. Apa yang berlaku ..pelajar ini mengunci pintu surau. Pertama kali aku menghadapi situasi ini. Aku meminta pelajar perempuan membuka pintu surau. Ternyata masing-masing takut untuk membuka. Aku terpaksa berpusing mencari pintu yang lain untuk aku masuk ke dalam surau. Bila saja jasad aku wujud ke dalam surau.. satu sahutan ..seperti dalam Zoo kedengaran .. Booooooo..Boooooo…Oleh kerana pembesar suara rosak. Aku pun pandang saja kearah pelajar-pelajar itu.Masing-masing /bersorak keriangan.tidak tertib langsung untuk mengadap tuhan.
Posted by QasehtheQueeN at 6:58 PM 0 comments
Wednesday, September 23, 2009
TinGGal kenangan
Hari ini dah pun hari raya ke
Hari ini sepatutnya dijangka pulang ke Kuantan. Tapi tak jadi..masih ada rancangan yang belum beres..Orang-orang kuantan dah tak sabar nak ajak beraya nih. Orang-orang alor star masih belum redha nak melepaskan kami pulang..Beberapa kerja amal akan berlaku sebentar lagi di hari khamis yang mendung-mendung berbahang ini. Itu kerja Zeex..dia yang sangat berminat menjanjikan sesuatu buat mereka. Aku nak melawat Komplex pekan rabu yang sudah bertahun-tahun tak pernah nak menjengah.. masih mahal kerr??
Ramai orang-orang tersayang.. orang yang dirindui.. orang-orang yang memanjakan aku sudah pergi jauh.. tiada lagi “oleh-oleh” yang boleh diberi melainkan surah-surah Allah.Rindunya zaman itu..aku menatap tempat2 bersejarah itu..adakah mampu aku membeli tempat itu..sebagai kenangan sebagai tempat singgahan dihari-hari mendatang di usia aku. Tempat itu dah terbiar setakat ini…Zeex mengusul beberapa cadangan bagi memartabatkan tempat kelahiran aku itu.Tempat kelahiran aku bersama mawar jelita. Mungkin mawar jelita akan merealisasikan tempat itu. Insyaallah..
Posted by QasehtheQueeN at 5:45 PM 1 comments
Saturday, August 29, 2009
PETUA MEMBELAI CINTA - Dato Ustaz Ismail Kamus
Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.
Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.
Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.
Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.
Posted by QasehtheQueeN at 8:18 AM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. (Hadis riwayat al-Imam Muslim)
Kadang-kadang ustazah pun jadi tak betul.. matlamat menghalalkan cara.. cara telah melupakan syariat.. semuanya kerana duit, mengejar kemewahan duniawi yang tak terbatas..hati aku kadang-kadang marah... mulut terasa nak mencemuh.. itulah manusia.Nak cakap masing-masing dah dewasa.. lagi-lagi dia bergelar ustazah.Aku dia memerhati tingkah laku..semoga tuhan sahaja yang memberinya petunjuk.semua orang pun tahu..mungkin kadang-kadang terlupa..ntah la...walahualam. hari ni dia betul-betul buat aku sedih...cuma kesedihan tu aku tanam dalam-dalam..tak siapa pun tahu.. hanya bersama Allah swt .
Posted by QasehtheQueeN at 7:25 PM 0 comments
oH RamaDan.
selamat menjalani ibadah berpuasa, marilah kita berlumba-lumba meraih keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar pada dosa-dosa yang menghitami hati kita..sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...
Bak kata sahabat saya.. Ramadhan itu senantiasa diharap kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Tatkala bersua, rasa tidak mau berpisah walau sedetik..
Begitulah yang digambarkan dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, " Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan..
Kata sahabat saya yang lain..
Jika HARTA ibarat RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya, jika UMUR membuahkan DOSA , maka TAQWA dan TAUBATlah UBATnya, jika seluruh bulan itu penuh dengan NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya..
Pendek kata, memang sangat merugikan kiranya kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk memperbaiki amalan-amalan kita.Selamat menjalani ibadah puasa, moga diampunkan segala dosa, dilipatgandakan ganjaran pahala di sisi Allah
Posted by QasehtheQueeN at 7:11 PM 0 comments



