RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, August 31, 2008

Fadhilat Terawikh.

Malam pertama
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.
Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.
Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.
Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'"
qaseh:Buat lah lima perkara sebelum datang lima perkara,
1."Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu".
2."Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu"
3."Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu".
4.“Pergunakan waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu"
5."Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu".

Selamat beramal…

MerDeka 2008

31 bulan 8 tahun 2008, Merdeka!!

Kami sambut kemerdekaan di rumah baru kedua orang tua kami. makan-makan bersama keluarga. Lepas tuh jalan kat pantai Teluk Chempedak.. cuaca kuantan panas terik hari nih.. Sambil-sambil tengok gelagat-gelagat remaja bermotosikal , ada yang bawa awek menggalas jalur gemilang.. bagus-bagus .. adik-adik remaja ku berjiwa patriotic,.. tapi mesti tahu matlamat kamu sebagai anak meRdeka, Tatkala Malaysia dijajah lagi kamulah orangnya terpaksa bangun memikul tanggungjwab mempertahankan negara..

URm.. tapi gayanya seprti masing-masing sarat dengan ideologi punk, DIY, death metal, nirvana, seattle-sound dan segala macam unsur2 rebel dan anti establishment. Konon nyer la...errkk!! aku berdoa semoga , semua ideology itu cuma sementara..Cuma sementara.. Cuma sementara, minda masih boleh berubah begantung pada ketakwaan dan keimanan, gaya asuhan dan persekitaran.. penasihat-penasihat sekeliling , adakah ia membanggakan..sebagai seseorang yang merasakan dirinya sudah dewasa …kita hanya berhak menasihati kepada generasi yang terdekat dengan kita … menasihati lagi.. dan mengingati apa yang patut diingati.. mengingati lagi.. sambil berdoa …

Ramadan Sudah DatanG.. alhamdulillah qaseh_8081 masih sihat, masih bertenaga walaupun skit pening-pening lalat ,akibat darah rendah. Darah rendah aku akan datang bila aku mula berpuasa 10 hari keatas. Menjelang Sya’ban aku dah berpuasa, tak lah penuh tapi hari-hari tertentu., dihitung-hitung adalah 10 hari kot dapat bulan nih.. then my head mula berpusing-pusing macam mabuk bila bangun tidur. Sebelum-sebelum nih pun aku macam tuh kalau bulan Ramadan. Doktor kata , sebab makan tak seimbang… munGkinn!! Tapi apa yang aku masak itulah hpux9000 makan, dia sihat je. Cuma ada masalah dengan otot-otot akibat menyepak bola TakraW tiap-tiap petang.

Menjelang Ramadan juga aku akan kekurangan air, walaupun aku rasa dah minum banyak air, tapi aku pun tak faham jugak system dalam badan aku nih.. kadang-kadang rasa macam ada yang tak kena je. .. sikap mudah aku.. berdoa sahaja kepada Allah semoga puasa –puasa aku dapat dijalankan dengan sempurna hendaknya. Selagi ada cara mengatasi, kita cuba atasi. Bak kata pepatah, ‘Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’.

Malam nih malam pertama solat Terawikh, . besar fadhilatnya.

Bagi yang tak ada halangan pergilah berterawikh, pada malam nih.. Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan: Malam pertama: Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Dosa diampunkan seperti bayi yang baru dilahirkan, tidak berminat ke anda menyucikan diri di permulaan Ramadan ini..

Friday, August 29, 2008

SaBtu 30 Ogos 2008

Tepat jam 6 pagi , charge bateri laptop.…hari cuti nih.. semua ipar duai dah pulang bercuti dengan anak-anak memenuhi rumah.. sambut Merdeka !! kat kuantan .. hehe..

Sudah pastinya rutin aku menjadi malas dipagi sabtu yang sepatutnya cuti terpaksa menyahut seruan kerja duniawi untuk meneruskan kehidupan yang mungkin masih panjang..

Pagi nih aku ada course lagi, tajuk hari ni.. ‘Inculcating Child Brain Development” bersama asst. Prof. Zainal Ariffin..very creative style menarik mood aku yang murung , malas dipagi hari. ..

Jari-jemari semakin ganas menekan papan kekunci , mengemaskini sistem maklumat pelajar. Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari.. masing-masing dah mengeluh.. ada yang dah mula .. menggunakan perkhidmatan yahoo messenger , meebo, window live messenger.. errkk..!! macam2 cara untuk menghilangkan mengantuk.. objektif sebenar belum tercapai.. tahun semakin beransur.. “keputusan pelajar cemerlang, sistem nak cemerlang, maklumat biar terang dan tersusun”, matlamat seruan bos yang begitu romatik nada suaranya menyampaikan amanat … kami masing-masing berpandangan senyum-senyum kambing akur dengan kehendak bos.

Sedar-sedar skrin LCD menunjukkan tulisan “ SEMOGA BERJAYA” itu menandakan course untuk hari nih dah tamat, jam baru pukul 1.00 tgh hari. Cepat-cepat laptop dimatikan. CD-CD installer disimpan rapi…aku sentiasa yang pertama menuju ke muka pintu tak sabar nak balik rumah.. “Rumah ku Syurgaku.”. .. ada Accident..lagi!! errrkk.. aku takut!! Berdebar2 jer rasa nak memandu.. pesan mak, buat-buat x nampak jerr … pedal minyak terus ditekan.. laju terus balik sampai rumah .. switch on kipas dan acon.. tido!! Alhamdulillah.. dapat aku rehat dengan tenang .. tak ada sesapa pun kat rumah..

Wednesday, August 27, 2008

Mendengar lagu

Al Qadi Abu Thaiyyib ath-Thabrani mengutarakan beberapa pendapat dari asy-Syafie, Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan segolongan Ulama’ bahawasanya MENDENGAR LAGU DAN SEUMPAMANYA ADALAH HARAM.

Dalam kitab abadul Qadha, Imam asy-shafie mengatakan,”sesungguhnya menyanyi itu makruh dan siapa yang membiasakannya BEERTI BODOH DAN HARUS DI TOLAK KESAKSIANNYA.

Abu Thaiyyib mengatakan,”mendengarkan nyanyian dari wanita yang bukan muhrim tidak dibolehkan menurut ulama Syafie, baik terbuka atau dibalik hijab, baik merdeka atau masih budak. Dia mengatakan bahawa telah berkata Imam Syafie, “pemilik jariah (budak perempuan), bila dia mengumpulkan manusia untuk memperdengarkan nyanyiannya, maka dia adalah bodoh dan harus di tolak kesaksiannya.” Dia berkata juga, “ diceritakan dari asy-Sayfie, beliau tidak suka main loteri. Beliau berkata,” Itu dibuat oleh oaring-orang zindiq supaya melupakan Al-Quran.”

Juga menurut imam asy-Syafie , mengatakan, menurut hadis, permainan muzik lebih makruh daripada permainan-permainan lainnya.. Dan aku tidak pula suka catur. Bahkan aku tidak suka semua dipermainkan manusia kerana permainan bukanlah sifat orang yang punya agama dan harga diri.”

Adapun Imam Malik ra, juga melarang nyanyian. Beliau mengatakan,”bila seseorang membeli jariah yang ternyata seorang biduan, seeloknya dia mengembalikannya sahaja.Ini pendapat kebanyakkan ulama’ Madinah kecuali IBrahim bin sad sendiri. Sedangkan menurut Abu Hanifah ra, beliau juga tidak menyukai nyanyian, bahkan beliau mengangap bahawa mendengar nyanyian dari perempuan itu termasuk dosa. Demikian juga menurut semua ulama Kuah, seperti Sufyan ats-Tsauri, Hammad, Ibrahim dan ASy-Syabi dan lain-lain. Ini semua telah dinukilkan oleh abu thaiyyib ath-Thabrani.

Akan tetapi abu Talib al-Mikiyyi telah menukilkan dari sekelompok ulama, bahawa mendengarkan nyanyian itu harus sahaja. Kata beliau,”sekelompok sahabat seperti Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Mughirah bin Syubah, Muawiyah dan lain-lain juga mendengarnya. Bahkan itu juga pernah dilakukan oleh banyak salafus soleh baik dari kalangan sahabat mahupun tabie, dengan baik, juga para ulama’ Hijaz di Mekah. Memperdengarkan pada hari-hari besar tertentu seperti hari tasriq.

Diceritakan dari Mimsyad ad-Dainuri, dia berkata,” Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi. Aku bertanya.”wahai rasulullah, apakah engkau melarangi berlagu? “baginda menjawab,”aku tidak melarangnya.akan tetapi katakanlah pada mereka, hendaklah nyanyian itu dimulai dengan Al-Quran dan ditutup dengan Al-Quran pula”.

Diceritakan dari Tahir bin Bilal al-Hamdani al-Waraq, termasuk ulama’ besar, dia berkata,’aku sedang berbaring di pantai. Suatu hari, aku melihat sekelompok orang dimana salah seorang mereka menyanyi. Aku melarang dalam hatiku. Di sebuah masjid aku berkata bahawa mereka itu suka bernyanyi. Kemudian pada malam itu aku bermimpi melihat Nabi SAW meletakkan tangan pada dadanya sambil mendengarkan Abu Bakar berlagu. Dan mengatakan , “ini hak dengan hak”.atau mengatakan ‘ini hak dari hak’. Aku ragu dalam hal ini.

Al-Junaid mengatakan rahmat akan turun pada kelompok ini dalam tiga tempat, iaitu ketika malam. Kerana mereka tidak makan kecuali lapar. Ketika zikir, kerana mereka tidak bercakap-cakap kecuali dalam makam orang-orang siddiq. Dan ketika mendengar lagu kerana mereka mendengarkan dengan ada yang menyaksikan kebenaran.”

Dari IBnu Juraij, dia suka mengajak orang mendengarkan lagu. Maka ditanyakan kepadanya,”apakah pada hari kiamat, hal ini termasuk dalam kebaikan atau keburukanmu?” dia menjawab,”Ini tidak termasuk dalam kebaikan atau keburukan. Kerana ini hanya menyerupai permainan. Allah SWT telah berfirman:” Allah tiada menyeksamu tentang sumpahmu yang tiada dengan sengaja…”( Q.S Al-Baqarah:225)

Qaseh: Demikianlah pendapat-pendapat ulama’. Yang penting, hendaklah seseorang mencari kebenaran dengan jalannnya sendiri dengan mempertimbangkan dari segi halal dan haram dan sejauh mana pengaruhnya bagi mereka.

Qaseh: Jangan kita cepat menilai orang disebalik satu keburukannya melainkan kita betul-betul megenalinya.


Sunday, August 24, 2008

Mesej paling banyak aku dapat dr member neh..

marlina ina (8/15/2008 7:04:50 AM): Majlis Taklim: Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066???? Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi.. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar!! Sebenarnya tarikh dan waktu sebenar kiamat tiada siapa yang tahu melainkan Allah s.w.t. .. hanya Allah s.w.t. mempunyai pengetahuan bilakah kiranya seluruh alam ini akan dimusnahkannya dengan tiupan sangkakala oleh Israfil. Jika kita cuba bertindak bijak dengan membuat ramalan dan memberikan mana2 tarikh , ini bererti bahawa kita sedang menafikan ayat-ayat Allah sepertimana yang diwahyukan Allah dalam Al Qur’an. kelihatan seperti sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan janji Allah ini. Wallahualam.. .. jawapan kepada saudara2 seakidah,

mawar putih (8/13/2008 8:16:16 AM): Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat tentang siapakah golongan yang selamat itu. Lalu beliau menjawab :"Mereka adalah orang-orang yang mengikuti langkahku, dan langkah sahabat-sahabatku."

mawar putih (8/12/2008 7:38:57 AM): Bagaimana Engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tak mengubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak meminta, banyak berharap kepada Allah. Tapi sibuknya meminta kadang membuat kita tak sempat menilai diri sendiri. Padahal kalau kita meminta akan berakibat kita merubah diri, dan Allah akan memberi apa yang kita minta. Kerana sebetulnya doa itu adalah pengiring agar kita dapat mengubah diri. Jika kita tidak pernah mahu berubah diri kita menjadi lebih baik, maka tentu ada yang salah dengan permintaan kita” -Hadis Riwayat Ibnu Ath-Tha’ilah dalam Kittabnya Al-Hikam

mawar putih (8/11/2008 7:49:04 AM): al-kisah... Tinggal seorang lelaki buta,semua orang membencikannya kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata kepada kekasihnya "saya akan mengawini awk kalau saya boleh melihat".. ...Pada sutu hari datang seseorang mendermakan matanya kepada lelaki itu. Bila lelaki itu boleh melihat,dia merasa sangat terkejut kerna kekasihnya juga buta. Kekasihnya berkata "sudikah awk berkahwin dengan saya skng?"Lelaki itu menolak.. Lantas,kekasihnya tersenyum dan pergi sambil berkata "TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK2".. ..renung dan fikirkan...

mawar putih (8/11/2008 7:48:12 AM): Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah. (Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

mawar putih (8/7/2008 11:28:34 AM): pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka. KITAKAH IKHWAN ITU ??

mawar putih (8/5/2008 8:12:48 AM): Qana'ah itu umpama harta yang tidak habis dan perbendaharaaan yang tidak susut" (Riwayat Tabarani). Malik Ahmad: "Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).

marlina ina (8/5/2008 12:12:22 PM): jaieakustik: 12 jenis tanah manusia dijadikan ,.... Jenis tanah yang digunakan: 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Eden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah(Babylon) 10.Tanah India 11.Tanah syurga 12.Tanah Tha'if

marlina ina (8/8/2008 10:12:00 PM): U can buy gifts but not love,U can pretend smile but not happiness,U can lie to others but not to yourself,U can have friends,but not as good as ALLAH S.W.T.

mawar putih (8/8/2008 8:06:45 AM): Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - Hadis riwayat Abu Daud

marlina ina (8/7/2008 11:08:25 PM): Tomorrow August 8th 2008, 8hours 8 mins, 8sec. 8am & time & date will b 08:08:08:08/08/08 happens once in 1000yrs. Our generation is lucky 2 hv tis wonderful moment

marlina ina (8/6/2008 7:42:45 AM): assalamualaikum>:d<

mawar putih (8/4/2008 8:07:05 AM): MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

mawar putih (8/4/2008 8:05:12 AM): Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini.. " Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a

marlina ina (8/3/2008 11:08:42 PM): ♥one day u feel like crying♥....♥call me♥. ♥I dont promise that i will make u laugh♥, ♥but i can cry with u♥. ♥If one day u want to run away♥-- ♥dont be afraid to call me♥. ♥I dont promise to ask u to stop♥......♥but i can run with u♥. ♥If one day u dont want to listen to anyone♥.....♥call me♥. ♥I promise to be there for u but also promise to remain quiet♥. ♥But one day if u call♥......♥and there is no anwser♥.....♥come fast to see me♥. ♥Perhaps i need you♥. ♥Send this to all your friends, no matter how often you talk♥, ♥or how close you are♥, ♥and send it to the person who sent it to you♥. ♥Let old friends know you haven't forgotten them, and tell new friend

marlina ina (8/3/2008 11:08:29 PM): Kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.. kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.. kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.. kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang.. kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai. kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul.. kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru.. kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak.. kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. .. (p/s: hargailah kwn anda...declare ur love to them be4 it is too late.

Qaseh: Tq Marlina.

Cerita RamdHan


Allah Azza Wa Jalla berfirman:

“wahai orang-orang beriman. Telah diwajibkan atas kamu puasa

(ramadhan) sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu.”

(Q.S Al-Baqarah:183)

Dari Sa’id b Jubair ra,”puasa orang sebelum kita adalah dari waktu isyak sampai menjelang malam berikut sebagaimana dalam permulaan islam.”

Segolongan ulama’ mengatakan, “puasa itu wajib bagi orang-orang Nasara, meskipun waktu itu sangat panas atau sangat dingin, dimana mereka kesulitan dalam perjalanannya atau sebahagian kehidupannya. Maka sepakatlah pendapat para pembesar mereka menjadikan puasa itu diantara musim hujan dan musim kemarau. Maka mereka menjadikannya pada musim bunga serta menambah sepuluh hari lagi. Setelah terbebas, mereka pun menambah sepuluh hari lagi.Kemudian digantikan oleh raja lain. Raja itu berkata,”sempurnakan sahaja puasa itu 50 hari.” Ternyata ada lagi wabak penyakit menimpa haiwan, maka raja itu berkata”tambahilah puasamu sepuluh hari lagi!” Bahkan dikatakan pula “sepuluh hari lagi sesudah itu!” Dikatakan, “setiap umat diwajibkan puasa di bulan Ramadan, hanya mereka menyesatkan.”

Al-Bughawi mengatakan,”yang benar adalah bahawa Ramadhan itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan. Kerana mereka berpuasa diwaktu yang amat panas.” Dan dikatakan juga,”kerana ramadhan itu membakar dosa.”

Puasa ramadhan itu diwajibkan pada tahun kedua setelah hijrah dan kafirlah orang yang menentang akan kewjibannya. Dalam soal ini banyak disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW. Antara lainnya:-

“ Ketika malam pertama bulan ramadhan, semua pintu yang ditutup. Dan Allah memerintahkan jurupanggil yang memanggil,”wahai pencari kebaikan, mengadaplah! Wahai pelaku kejahatan, hentikanlah!!kemudian dia berkata, “setiap yang mohon ampun akan diampuni oleh Allah SWT. Setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannnya dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya.” Tak hentinya dia selalu mengatakan demikian sampai datang subuh dan setiap malam’idul fitri, Allah membebaskan satu juga orang dari neraka yang semestinya mendapat siksa.”

Friday, August 22, 2008

SaBtu 23 oGos 2008

Cuti seminggu rasa macam sehari…cepatnya masa berlalu…dop pegi mane-mane pun…dalam kuantan … pegi Bandar balik umah .. duk dlm rumah.. pegi sekolah balik rumah…duk lagi dalam rumah.. ngadap pc .. sembang ngan kengkawan kat conference yahoo messenger.. bole tahan… lagha’ la jugak… membahas isu-isu semasa .. hal-hal TuN Teja…isu-isu duniawi…

Tidak kurangnya jugak melayan private mesej dr bopren-bopren sementara yang kadang aku pun tak tahu mane asal usulnya…biasanya membincangkan isu-isu akhirat..blaja bahasa arab.. aku suka lah layan budak2 kat jordan, mesir, cairo mana hala tuh.. sebab ilmu diarnx tuh best.. aku jadi berminat plak..

Malam khamis..ada plak member terasa nak makan chicken chop kat Dataran Gambut.. aku ikut jer.. Padahal esok tuh aku exam.. ada 2 paper… belagak santai lah konon … tak mahu membebankan tahaP kognitif yang semakin hari kian rumit…

MelayaN chicken ChOp yang bg aku dan member kamcing neh lazat sesangat. ada plak group gitar harmonis .. memetik gitar lagu-lagu asyik menyedapkan halwa telinga… lagha’ lagi skali… menghayati petikan gabungan 5 gitar yang aku pun tak pasti jenisnya…hampir jam 11 kami balik rumah… nampak pulak KitaB-KitaB diatas meja…. hati still ingat exam… jari jemari tetap meyelak helaian-helaian muka surat…. Ku khatam jugak sepintas lalu sebelum mata ku pejaM…mesej di hanDpHone asyik berbunyi… aku tahu.. tuh panggilan “geng” tuN teja group ajak Cf…yang mana aku telah diberitahu .. aku tetap diganggu mlm tuh…

Sedar-sedaR dah 10 tahun di arena Chatting .. dr sekolah .. pegi university .. keluar keje.. masuk university semula..keje semula..dohh.. ntaH la.. selagi ada line .. aku tetap ON9.. hehe .. biarpun masing-masing dah berumah tanGGa....TQ yahoo messenger…. Mudahnya menghubung kami.. biarpun member di luar Negara.. rasa mcm dekat jer……Member di KL bersalin .. pun tgk baby guna webcam jer…hadiah pakai pos laju.. hahaha.. jeles orang-orang veteran...Member kat spiTaL sempat tuh 0n9..mengadu konon kedayusan spitaL melayan karenahnya.. kes..kes.. sape ekk??

PeperiKsaan aku berlangsung bermula dr pukuL 9 pagi hingga pukul 12 tgh hari.. 11.40 am.. aku dah keluar dewan…aku bukan yg pertama keluar…ramai lagi.. rakan-rakan lain masih lagi memaksa domain-domain tertentu bertindak dalam keadaan terkawal.. tindakan psikomotor dah membawa langkah aku keluar.. menghidup enjin kereta terus pulang ke daeraH yang lebih tenang..Malas aku nak semak semula .. aku dah gunakan ke dua-dua tahap kognitif.. Associative n Automonus..bukan mudah nak capai ‘tahap mastery’ terpaksa melalui tahap demi tahap untuk mencapai pembelajaran yang sempurna..Skills Learning, Motor Learning, Psychomotor Learning, Sensory Motor Learning, Perceptual - Motor Learning, Movement Behavor Learning.. semua teori-teori barat yang telah aku hafal..dizaman kegemilangan .. menitipkan cemerlang di transkriP aku.. sapa sangka….aku yang dalam kelas ketegory tersorok .. ala-ala malu-malu meow mcm tuh..kurang excellence berbanding kawan-kawan aku yang bravo .. superB!! Petah dengan bahasa LonDon.. aku mana la bleh petah mcm tuh.. mak pun suri rumah.. cakap melayu.. ayah pun melayu dari kecik .. memang cakap melayu je la.. alhamduliillah..terimalah dimana kita seadanya...

Itulah murid-murid ku sayang.. yang penting skali belajar hingga ke puncak..Redah je .. walau kita lain dari yang lain.. rezeki tuhan sape yang tahu… Wallahulam..