Menderhaka terhadap kedua ibu dan bapa adalah salah satu daripada dosa-dosa besar yang perlu dijauhi. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Tiada perbezaan diantara orang yang menderhaka terhadap dua ibu bapa dengan iblis di dalam neraka melainkan satu tingkat.Dia adalah jiran iblis didalam neraka. Dan, tiada perbezaan diantara orang yang berbakti terhadap dua ibu-bapa dengan para nabi didalam syurga melainkan satu darjat. Dia akan berjiran dengan para nabi di syurga.
Beginilah kedudukan di antara orang yang menderhaka terhadap kedua ibu dan bapa. Mereka adalah jiran iblis dalam neraka. Mereka yang berbakti kepada ibu bapa mereka, akan diangkat darjat dan kedudukan sehinggakan dapat berjiran dengan para nabi didalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW lagi : “esiapa yang mencerca ibu dan bapanya, kepalanya akan diletakkan bara api yang banyak didalam kubur. Setiap satu bara diturunkan dari langit ke bumi.”
Ada 3 golongan yang menerima azab yang pedih dan disumbatkan ke dalam neraka Jahanam. Mereka ialah:
1. Orang yang menderhaka terhadap dua ibu bapa semasa di dunia.
2. Orang yang melakukan zina
3. Orang yang syirik kepada Allah Taala
Bagi kita orang-orang islam, perlu memohon ampun darinya agar terhindar dari kemurkaannya. Wallahua’alam.
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Saturday, November 15, 2008
Balasan orang yang menderhaka terhadap ibu bapa.
Posted by QasehtheQueeN at 9:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment