Sabda Nabi Muhammad Sallallahu A´laihi Wasallam:
"Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh
oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di
sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada
Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara),
kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". Hadis riwayat Imam
Muslim (2922)
Mu´min
beriman sepenuh hati terhadap karasulan nabi Muhammad S.A.W. Iman
mereka solid terhadap semua perkhabaran peristiwa akhir zaman yang
disampaikan oleh Nabi S.A.W.
Misalnya tentang hadis "Pohon Al Gharqad" yang menyatakan kemenangan akan berpihak kepada ummat Islam. Sepatutnya Yahudi beriman dan bersama-sama menyertai ummat Islam menjadi ummat yang menang itu.
Namun
bagi yahudi, mereka mempercayai hadis tersebut dengan persepsi yang
berbeza. Lantaran itu mereka amat gemar menanam pohon tersebut dan
memanggilnya sebagai "Pohon Yahudi". Mereka percaya ia akan melindungi
mereka dari kemenangan ummat Islam.
Maka, persepsi inilah yang
membezakan antara keyakinan dan keimanan ummat Islam dan kepercayaan
yahudi yang salah. Amat jelas lagi bersuluh , pegangan yahudi itu amat
menyimpang dari kebenaran yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.
Namun sikap keras kepala dan keangkuhan mereka menghalang mereka dari beriman
sepenuh hati walaupun hati kecil mereka percaya bahawa Nabi Muhammad
adalah utusan untuk semua manusia yang wajib diimani kerasulan Baginda.
Mengenalinya adalah adab membenarkan hadis Nabi S.A.W.
Ramai yang tidak mengenali pohon Gharqad. Pohon ini banyak ditanam oleh
Yahudi di bumi jajahan mereka di Palestine. Inilah bukti keyakinan
tanpa iman mereka terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Baginda Nabi pernah menyatakan bahawa di akhir zaman akan berlaku peperangan
hebat antara Yahudi dan ummat Islam yang berakhir dengan kekalahan
Yahudi. Dalam perkhabaran tersebut Nabi Muhammad S.A.W.
menceritakan tentang perihal pohon Gharqad yang menjadi tempat
persembunyian Yahudi.
Nama-nama lain bagi Al Gharqad
Pohon Yahudi, A´uwasaj, gharghad, sahnun, inab, A´uwasyaz, dan Al Ghardaq
Pohon Al gharqad ataupun nama saintifiknya (Nitraria retusa) daripada Keluarga ( zygophyllaceae) .
Ciri-ciri pohon Al Gharqad
· Berdaun kecil, berduri, berbuah kecil, bulat dan merah.
· Mencapai 1-3 meter tumbuh melata kawasan berpasir seperti seperti padang pasir
· Berbunga dan berbuah pada musim panas dan luruh, tumbuh di kawasan tanah Arab (Timur tengah) Palestine, Mesir, Yaman, Iraq dan lain-lain.
· Pendapat lain ialah pohon ini hanya tumbuh di bumi "Hijaz".
Persepsi Kepercayaan Yahudi terhadap pohon Al Gharqad
(Sikap double standard yahudi terhadap keimanan kepada Rasulullah S.A.W)
Yahudi telah lama mengetahui tentang kebenaran kenabian Rasulullah S.A.W. dan
apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A..W. bahkan semua tentang Nabi
Muhammad S.A.W. telah disebut dalam kitab suci mereka. Mereka amat
mengetahui dan yakin dengan apa yang dinyatakan oleh kitab mereka namun
mereka enggan mengakuinya.
0 comments:
Post a Comment