RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, October 18, 2009

PMR2009

Minggu PMR 2009 telah berlalu. Tika itu aku ditugaskan disebuah sekolah Felda yang majoritinya masyarakat melayu beragama islam. Aku ditugaskan menjaga pelajar bawah 15 tahun . Kalau dilihat secara fizikal, seperti sudah dewasa. Sudah pandai mencantikkan diri bagi yang perempuan tetapi pelajar lelaki masih nampak riang. Berlari-lari kesana-kemari. Banyak bermain lagi. Sifat keanak-anakkan yang belum berkesudahan.Setiap kali aku parking dan menyusuri gajah menyusu, setiap pelajar mula memberi salam, sehingga terpaksa aku hanya angguk kepala dan kuhimpunkan dan aku jawab sebaiknya dan mendoakan semoga anak-anak itu menjadi sebaik-baik manusia disuatu hari nanti…. Tiba waktu asar aku bergegas ke surau melihat pelajar-pelajar untuk bersolat. Apa yang berlaku ..pelajar ini mengunci pintu surau. Pertama kali aku menghadapi situasi ini. Aku meminta pelajar perempuan membuka pintu surau. Ternyata masing-masing takut untuk membuka. Aku terpaksa berpusing mencari pintu yang lain untuk aku masuk ke dalam surau. Bila saja jasad aku wujud ke dalam surau.. satu sahutan ..seperti dalam Zoo kedengaran .. Booooooo..Boooooo…Oleh kerana pembesar suara rosak. Aku pun pandang saja kearah pelajar-pelajar itu.Masing-masing /bersorak keriangan.tidak tertib langsung untuk mengadap tuhan. Ada yang menyepak-nyepak kawan. Ada pula yang menjerit-jerit seperti kena sawan. Ada yang sedang berlari –lari membuat karpet terbang. Rata-rata ketika itu aku berhadapan dengan 300 pelajar secara terkumpul. Setakat aku seorang yang berdiri disitu .. seolah macam tunggul mati sahaja. Aku mendail nombor guru disiplin disitu. Dalam beberapa minit guru disiplin sampai bersama beberapa guru lain membawa rotan. Suasana surau senyap sepi. Saf tersusun rapi.Mereka mula bersolat dengan tertib. Kata ustazah.mereka memang begitu…..belum matured..

0 comments: