RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, October 18, 2009

PMR2009

Minggu PMR 2009 telah berlalu. Tika itu aku ditugaskan disebuah sekolah Felda yang majoritinya masyarakat melayu beragama islam. Aku ditugaskan menjaga pelajar bawah 15 tahun . Kalau dilihat secara fizikal, seperti sudah dewasa. Sudah pandai mencantikkan diri bagi yang perempuan tetapi pelajar lelaki masih nampak riang. Berlari-lari kesana-kemari. Banyak bermain lagi. Sifat keanak-anakkan yang belum berkesudahan.Setiap kali aku parking dan menyusuri gajah menyusu, setiap pelajar mula memberi salam, sehingga terpaksa aku hanya angguk kepala dan kuhimpunkan dan aku jawab sebaiknya dan mendoakan semoga anak-anak itu menjadi sebaik-baik manusia disuatu hari nanti…. Tiba waktu asar aku bergegas ke surau melihat pelajar-pelajar untuk bersolat. Apa yang berlaku ..pelajar ini mengunci pintu surau. Pertama kali aku menghadapi situasi ini. Aku meminta pelajar perempuan membuka pintu surau. Ternyata masing-masing takut untuk membuka. Aku terpaksa berpusing mencari pintu yang lain untuk aku masuk ke dalam surau. Bila saja jasad aku wujud ke dalam surau.. satu sahutan ..seperti dalam Zoo kedengaran .. Booooooo..Boooooo…Oleh kerana pembesar suara rosak. Aku pun pandang saja kearah pelajar-pelajar itu.Masing-masing /bersorak keriangan.tidak tertib langsung untuk mengadap tuhan. Ada yang menyepak-nyepak kawan. Ada pula yang menjerit-jerit seperti kena sawan. Ada yang sedang berlari –lari membuat karpet terbang. Rata-rata ketika itu aku berhadapan dengan 300 pelajar secara terkumpul. Setakat aku seorang yang berdiri disitu .. seolah macam tunggul mati sahaja. Aku mendail nombor guru disiplin disitu. Dalam beberapa minit guru disiplin sampai bersama beberapa guru lain membawa rotan. Suasana surau senyap sepi. Saf tersusun rapi.Mereka mula bersolat dengan tertib. Kata ustazah.mereka memang begitu…..belum matured..

Wednesday, September 23, 2009

TinGGal kenangan


Hari ini dah pun hari raya ke lima bagi aidilfitri tahun 2009. Sudah hari ke-7 aku di Bandar Alor Star. Tempat jatuh lagi di kenang. Ini kan pulak tempat bermain. Aku bawa teman .. bersama..teman sepanjang hayat. Semalam sepanjang hari aku merayau sampai ke sempadan..membeli oleh-oleh yang dirasakan murah berbanding di negeri darul makmur dan mungkin tiada di negeri darul makmur. Aku membawa org darul makmur melawat kawasan2 yang x pernah dia kunjung.. Hehe.. seronok jugak walau panas keletihan. Tiba2 nak exit ke alor star.. adeSS!! Lorong Smart TaX pun beratur panjanGG!!apatah lagi lorong tunai…

Hari ini sepatutnya dijangka pulang ke Kuantan. Tapi tak jadi..masih ada rancangan yang belum beres..Orang-orang kuantan dah tak sabar nak ajak beraya nih. Orang-orang alor star masih belum redha nak melepaskan kami pulang..Beberapa kerja amal akan berlaku sebentar lagi di hari khamis yang mendung-mendung berbahang ini. Itu kerja Zeex..dia yang sangat berminat menjanjikan sesuatu buat mereka. Aku nak melawat Komplex pekan rabu yang sudah bertahun-tahun tak pernah nak menjengah.. masih mahal kerr??

Ramai orang-orang tersayang.. orang yang dirindui.. orang-orang yang memanjakan aku sudah pergi jauh.. tiada lagi “oleh-oleh” yang boleh diberi melainkan surah-surah Allah.Rindunya zaman itu..aku menatap tempat2 bersejarah itu..adakah mampu aku membeli tempat itu..sebagai kenangan sebagai tempat singgahan dihari-hari mendatang di usia aku. Tempat itu dah terbiar setakat ini…Zeex mengusul beberapa cadangan bagi memartabatkan tempat kelahiran aku itu.Tempat kelahiran aku bersama mawar jelita. Mungkin mawar jelita akan merealisasikan tempat itu. Insyaallah..

Saturday, August 29, 2009

PETUA MEMBELAI CINTA - Dato Ustaz Ismail Kamus




INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?


Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.

Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.

Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

Thursday, August 27, 2009

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. (Hadis riwayat al-Imam Muslim)

Kadang-kadang ustazah pun jadi tak betul.. matlamat menghalalkan cara.. cara telah melupakan syariat.. semuanya kerana duit, mengejar kemewahan duniawi yang tak terbatas..hati aku kadang-kadang marah... mulut terasa nak mencemuh.. itulah manusia.Nak cakap masing-masing dah dewasa.. lagi-lagi dia bergelar ustazah.Aku dia memerhati tingkah laku..semoga tuhan sahaja yang memberinya petunjuk.semua orang pun tahu..mungkin kadang-kadang terlupa..ntah la...walahualam. hari ni dia betul-betul buat aku sedih...cuma kesedihan tu aku tanam dalam-dalam..tak siapa pun tahu.. hanya bersama Allah swt .

oH RamaDan.

selamat menjalani ibadah berpuasa, marilah kita berlumba-lumba meraih keberkatan Ramadhan.. Semoga Ramadhan kali ini menjadi penawar pada dosa-dosa yang menghitami hati kita..sama-samalah kita manfaatkan ia sepenuhnya kerana mungkin kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...

Bak kata sahabat saya.. Ramadhan itu senantiasa diharap kehadirannya seperti menanti kunjungan kekasih yang dirindui dan dicintai sepenuh hati..Tatkala bersua, rasa tidak mau berpisah walau sedetik..

Begitulah yang digambarkan dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, " Andai setiap hamba mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik keberkatan Ramadhan, maka setiapnya akan berharap setahun itu adalah bulan Ramadhan..

Kata sahabat saya yang lain..
Jika HARTA ibarat RACUN, maka ZAKATlah PENAWARnya, jika UMUR membuahkan DOSA , maka TAQWA dan TAUBATlah UBATnya, jika seluruh bulan itu penuh dengan NODA, maka RAMADHANlah PEMUTIHnya..

Pendek kata, memang sangat merugikan kiranya kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk memperbaiki amalan-amalan kita.Selamat menjalani ibadah puasa, moga diampunkan segala dosa, dilipatgandakan ganjaran pahala di sisi Allah

Islam semakin terfitnah

ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?

Adakah betul? Saya pun tak pasti. Kenapa fitnah? Islam itu fitnah ke atau kita yang memfitnah islam? Apa sebenarnya?. Setelah lama berfikir, teringat filem fitna.Macam filem fitna pulak. Bagaimana Islam boleh terfitnah? Ya, Islam semakin terfitnah.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
"Tahukah kamu apa itu menfitnah?" Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"

Baginda bersabda:
"Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka". Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat".
(Riwayat Muslim)

Bukan Islam itu fitnah tetapi kita yang telah memfitnahkan islam. Kita telah melakukan sesuatu perkara yang membelakang syariat sehingga Islam dipandang serong. Tanpa kita sedari, kita banyak melakukan perkara atau sesuatu yang membuka jalan kearah itu. Apa dia?

MEMFITNAH ISLAM!

Bahayanya fitnah akhir zaman. Fitnah yang dimaksudkan akhir zaman ini bahaya!Kadang-kadang, kita buat baik pun boleh jadi fitnah. Contohnya, kalau seorang jejaka ternampak kawan sekuliahnya (seorang gadis) berdiri di dalam bas dan berhimpit-himpit dengan lelaki ajnabi sedangkan dia duduk. Maka, dengan baik hatinya, dia bagi la si gadis duduk demi menjaga maruah perempuan tersebut. Kebetulan, ada beberapa 'Gossip Girl' ternampak aksi-aksi sedemikian, dan menyebarkan fitnah bahawa si gadis dan si jejaka yang budiman itu ada hubungan. Maka, kecoh satu kuliah yang bahawa mereka keluar 'berdating'. Kan dah jadi fitnah!Pdahal benda baik! Itu yang dimaksudkan buat baik pun boleh jadi fitnah.

Pengalaman saya..

Seperti biasa la, saya tidak percaya kalau saya tidak alami atau tengok dengan mata sendiri. Bila menjejak kaki ke UIA baru saya lihat bertapa banyaknya umat Islam memfitnahkan agama kita. Malah, saya akui kadang-kadang saya sebahagian dari mereka yang menjayakan agenda memfitnahkan islam tanpa saya sedari. Bila saya keluar MAAHAD baru saya nampak betapa ramainya kawan-kawan saya yang hanyut ditelan keseronokkan dunia tanpa mereka sedari. Mana tidaknya, hal nafsu dicampur adukkan dengan perkara agama. Agama dijadikan tiket atau dengan kata lain alasan untuk menghalalkan cara.

Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Tetapi, hakikatnya tidak. Mereka sendiri tidak memahami apa itu dikatakan profesional. Kenapa? Kerana seorang yang profesional tidak pernah mencampurkan adukkan urusan peribadi dengan kerja. Hakikatnya, ramai remaja, khususnya pelajar universiti mencampur adukkan urusan peribadi(perasaan suka atau dengan bahasa orang muda perasaan cinta) dengan urusan kerja. Sedangkan, itu adalah etika nombor satu seorang profesional yang perlu dijaga.

Terlalu banyak perkara yg bercampur aduk akhir-akhir ini.. Terlalu banyak fitnah yang saya hadapi saban hari.Tidak hairan la seringkali kita di katakan hidup di zaman fitnah. Perkara yang paling saya sedih apabila pelajar-pelajar sekolah agama yang menerima tarbiyah, didikan, pengajian asas agama sejak kecik membelakang dan menggunakan nama agama demi menghalalkan cara mereka.
"TIDAK SEDARKAH KALIAN, KALIAN TELAH MEMFITNAH ISLAM DAN ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?'

Kata mereka, niat mereka ikhlas, suci, demi tautan sebuah ukhwah, semangat ukhwah LILLAHITAALA. Maka tak salah kita berhubung lelaki mahupun perempuan. Apa salahnya kita berjumpa. Kami tak buat apa-apa pun, hanya mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Melepaskan rindu.. Salahkah?
"TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA. SALAHKAN NIAT BAIK LAGI SUCI KAMI?! SALAHKAH KAMI MAHU BUAT PERUBAHAN! KITA MAHU MAJU! KENA BERUBAH! KAMI TAK MAHU JADI ORANG YANG TERPINGGIR! KAMI TAK MAHU DIKATAKAN JUMUD, THIQAH DAN BLA..BLA.. SALAH!JELAS SALAH!YANG SALAH TETAP SALAH!TAKDE TOLERANSI.. BERFIKIRAN TERBUKA MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUBAH MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUKHWAH MACAM MANA PUN KITA, SYARIAT TAK BOLEH DIBELAKANGI!"

Namun ingatlah. Islam itu jelas. Jalan yang ditunjuk Allah itu jelas dan syariat perlu dijaga walaupun dimana kita berada. Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah dilarang kecuali dalam keadaan tertentu;
• KERJA
• MUAMALAT
• KECEMASAN
Jika perkara ini tak terjaga maka akan timbulnya pelbagai bahaya. Paling penting, fitnah ini perlu dijauhkan terutama perempuan. Kerana perempuan itu fitnah terbesar di dunia ini. Bahaya fitnah perempuan itu sangat perlu dihindari. Sesungguhnya, panah-panah syaitan itu datangnya melalui perempuan. Ingat! Niat tidak pernah menghalalkan cara. Cara tak boleh melanggari batas syariat. Syariat sentiasa perlu dipertahankan. Kerana zaman ini zaman fitnah. Pertahankan lah syariat agar kita terselamat dari fitnah dunia.

Sunday, August 23, 2009

Fadhilat surah

Daripada abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda:'sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-MulK" ( Tabaarakal-Lazi)"

Daripada Anas Ibnu Malik berkata : NAbi SAW telah bersabda: " sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabaarakal-Lazi". Maka apabila dimasukkan kedalam lubang kubur, datanglah malaikat. maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu, sesungguhnya kamu dari kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudharatan atau kemanfatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia ( simati), jadilah pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah syafaat daripadanya, Maka diapun ( surah ) menemui Allah SWT. Dan berkata: "wahai tuhanku, sifulan ini (simati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya didalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah swy berfirman: "Aku nampak kamu marah." dia menjawab ( surah): " sesungguhny saya marah. Alllah SWT berfirman: "pergilah kamu, sesungguhnya aku memberikan dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya."
Nabi SAW bersabda: " surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada simati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut simati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama simati dalam kuburnya supaya simati tidak merasa kesunyian."

Anas berkata : "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah , iaitu yang menyelamatkan. ( HR. Ibnu Katsir )

Daripada Anas ibnu Malik berkata : "Rasulullah SAW telah bersabda : satu surah di dalam al Quran mengujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke syurga. Iaitu 'Tabaarakal-Lazi' ( H.R. Riwayat At-Tabarani )

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga Khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : " wahai Rasulullah SAW saya dirikan khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa itu adalah kubur dan saya dengar seseorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk hingga khatam." Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. ( HR. At-Tarmizi).

daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur hingga baginda membaca ALif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk .( HR. At-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam AL-Quran.
Daripada ibnu Abbas r.a berkata:" adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang mengembirakan kamu, ia berkata bahkan!
beliau (ibnu Abbas ) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dirumahmu dan jiranmu, sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat dihadapan Allah memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan pembacanya dari api neraka dan siksaan kubur.

Dan Nabi SAW bersabda:" SAya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan umatku." (HR. Ibnu Katsir )