RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Menyambut tahun barU


Selamat tahun baru 1430 Hijrah ..buat sahabat-sahabat qaseh yg dikasihi.. Semoga semuanya lebih bermuhasabah diri dari kenangan yang lepas.. Segala-galanya sudah menjadi sejarah yang bakal kita tinggalkan..semakin bertambah kenangan yang dirakam mungkin dilupakan atau masih disimpan rapi….

Melangkah ke tahun 2009 /1430 H dengan penuh debaran didada .. apakah peristiwa baru yang akan muncul…kita mampu merancang tetapi tuhan maha menentukan…kadang-kadang kami merasakan skrip sudah diaturkan….rancangan bahagia boleh bertukar dengan kesedihan.. yg mengalami kerumitan mungkin bahagia di hari mendatang…yang kaya.. yang miskin.. semuanya telah dirancang perjalanannya dijadikan sebab-sebab tertentu mencantikkan lakonan manusia….biasanya .. kita akan terdengar nada-nada seperti “ mungkin ada rahmat disebalik sesuatu kejadian”..Yang penting kita tahu dimana kita, siapa kita, kemana tujuan kita…perjalanan kita mungkin masih panjang.. dan mungkin juga sudah terlalu pendek.. hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui..Allah SWT itu maha sempurna…Berkat doa ..dengan menyerah dan menghambakan diri padanya.. insyallah kita pasti berjaya di dunia dan di akhirat. Wallhualam.

Wednesday, December 24, 2008

Beristighfarlah


Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..


Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..


Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..

menanGislah Kita


“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”

Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun karena jasa baik orang lain. Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan.

Kita pandai karena orang tua menyekolah kita. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau karena berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt. Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”

Thursday, December 18, 2008

InfO

Tahap minima seorang muslim terhadap islam dalam soal akhlak dan perilaku pula adalah berlandaskan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang hatinya menjadi senang kerana perbuatan baiknya dan menjadi sedih kerana perbuatan buruknya maka dia itu mukmin. ( Riwayat Tarmizi dan Ahmad )

Peringkat yang paling dasar daripada moral manusia adalah moral batin dan perasaan. ( akhlak batiniah ) . Peringkat dan darjat tingkah laku fizikal amat bergantung pada akhlak batin, Oleh itu, tingkah laku fizikal manusia itu dijadikan panduan antara manusia. Sebagaimana disebutkan didalam kaedah al-fikahiah ( alhukmu bi al-wazahir )
Iaitu menghukum sesuatu berdasarkan apa yang zahir.( nampak ) Manakala hati dan perasaan hanya di dalam pengetahuan Allah SWT.

Monday, December 15, 2008

bacalah untuk kebaikan

Dari Mughirah r.a katanya:”Saad bin Ubadah mengatakan,:”Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata:”Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”

email dari adik mira

Ada seorang adik bertanya macammana nak jadi baik…kadang – kadang duduk kat sejadah dah bertaubat pun , esok jumpa kawan nak nakal-nakal semula..itu membuatkan dia malas nak bertaubat, seolah-seolah seru belum sampai..

Terima kasih adik Mira,

Hehehe.. Sebenarnya hati kita kena kuat… beruntunglah kita jika kita sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk disisi Allah SWT. Kak qaseh sendiri pun tak sempurna lagi.. masih mencari-cari jalan keluar untuk betul-betul bersih…by the way , pengaruh syaitan itu sangat kuat, dia rela temukan kita dengan apa sahaja yang menarik nafsu kita..

Tapi masa kak qaseh masih belajar dahulu.. ada pesanan menyebut, nak jadi baik, kita kena berkawan dengan orang yang baik. Misalnya kalau kita suka pergi dengar ceramah agama di masjid. Kita bertemu kawan-kawan yang sama minat dengan kita di sana. Kalau kita selalu pergi gigs.. kawan-kawan kita pun orang yang suka berhibur…Manusia sebenarnya mudah terikut-ikut.. syaitan pula adalah penghasut besar memesongkan akidah, akhlak seterusnya peribadi kita…

Kalau hati dan iman kita sudah kuat.. letaklah kita dikelompok mana pun, pengaruh buruk itu tidak mudah melekat..malah hati lebih tenang dengan cara dan matlamat sendiri ..letaklah hati hanya pada yang maha Esa..

Jumpa pelajar masa cuti sekolah

Pelajar lelaki pulak dengan stailnya. Jumpa kat luar dah tak kenal… dengan Bangle nya , seluar koyaknya , rambut kaler-kaler, jambul diwarna-warna, seluar dikecik-kecik disenteng-sentengkan.. kalau tengok sebijik mat salleh..tengok lama-lama baru bole kenal.. alahai… student aku!! Kat sekolah lagi ensem.. kat supermarket..errKK!! mestila aku kata tak ensem sebab aku tak minat trend tu. Tak caya pegila berdiri lama2 kat level 4 or 5 level panggung wayang tuh.. duk situh lama2 tengok budak-budak kita.. pakai perGGh!!

Tapi qaseh tau budak-budak qaseh nih baik-baik sebenarnya. Bila ditanya .. diaranx kata just for FUN!! Islam bukan menilai pakaian mcm mana .. asalkan menutup aurat..kami pun solat la puan…

Alhamdulillah la kalau mcm tu….sejuk hati dengar .. tapi kita kena ingat .. penampilan pun boleh membuatkan mulut orang bercakap..stail dan trend pun boleh membawa kepada ikutan generasi-generasi lain ataupun rakan-rakan sebaya…

Kiri-Kanan kita ada 2 pencatat yang ditugaskan Allah untuk mencatat apa sahaja tentang baik-buruk kita.. Jika trend kita menjadi Umpatan masyarakat.. itu jugak membawa sedikit habuan kepada kita mengundang dosa kepada orang.. Jika trend menjadi pujian ..perawakan dan stail menjadi ikutan yang diterima disisi Allah SWT … betapa beruntungnya kita..

Tapi budak-budak qaseh ni dah janji nak sesuaikan trend mereka dengan tempat.. hehehe..Aduhaiii!! Sayang… macam-macam zaman remaja …

Kadang-kadang remaja ni.. cakap mak ayah nya tak nak dengar.. dia buat DeKK!! Jerr.. kata mak nya mengadu.. cikgu tolong lah nasihatkan…

Bagi qaseh … kadang-kadang budak-budak ni .. dia tahu semua maknya cakap tu betul…dan bercanggah dengan pembawakan dia.. dia simpan n respond dia buat-buat tahu …ok la tu.. at least kita ingatkan dia..lama-lama nanti habis trend dia … dia akan pakai kata-kata kita tu..

yang risau yang melawan.. keluar kata-kata memaki hamun kepada yang lebih tua.. itu tandanya dia dah hilang rasa hormat kepada yang berkenaan…Ini sebab-sebab keluarga malas ambil tahu, biar saja dia hanyut.. lepas tu jumpa la rokok, ectasy.. GAM.. thai song ..akibat bebas berkawan….yang macam ni .. pelajaran entah kemana?? agama apatah lagi!!.. hehe.. setiap ibu bapa tu takut sebenarnya …..macam-macam cerita dan masalah anak-anak yang qaseh dengar di hari perjumpaan ibu bapa ( hari mesra pelanggan ) …kadang-kadang kalau tengok student tak seperti yang disangkakan…

TUgas kita Cuma mengingatkan.. Tapi qaseh ingat lagi pesan ustaz dulu-dulu.. nak anak yang baik ajarkan dia Solat dan Doa.. solat itu memberi seribu kebaikan dan keinsafan. Mulakan dari kecil-kecil lagi .. untuk memberi kebiasaan..insyaallah anak itu kalau sesat pun tidak lah pergi jauh.. akhirnya pulang juga. Walahualam.

Sunday, December 14, 2008

Sebab cikgu Qaseh kami dirotan

Akhir 2008 ..Sport check!! Zaman sekolah dulu-dulu selalunya dengar sport check mesti semua student kecutt!! Ye lah.. mungkin ada barang yang akan dirampas. Qaseh pernah juga jd student ..qaseh kategori yang tak suka buat masalah yang menyusahkan diri sendiri sejak dulunya lagi… kalau orang dah kata tak boleh.. .. qaseh accept sahaja tak boleh!! Dulu-dulu makan satay pun qaseh tak suka .. sebab satay menyusahkan.. daging satay lekat-lekat dekat gigi. So, lebih mudah makan lah benda lain. Sekarang kalau family beli makan jugak..tengok masa dan tempat. Hehe...macam nak tunjuk baiklah kan.. hehe.. it’s true itulah qaseh sebab tu boleh habis sekolah sampai tingkatan 5 tanpa masalah disekolah.

Dah ramai budak-budak sekarang suka menipu solat. Yang perempuan nya cara perempuan. Masalah telekung pun kadang-kadang menjadikan hal yang besar.

Tak solat sebab telekung basah, basuh tak kering, telekung lupa bawa .. dijadikan alasan.. alasan yang tak munasabah..

Kata cikgu yati. “Apakata kita rotan je mulut budak2 nih” bagi alasan macam orang yang tak sekolah.. penat ustazah mengajar.

diamati Jika syarat sah solat, cuma 5 perkara:

  • Yakin telah masuk waktu
  • Menutup aurat
  • Mengadap kiblat
  • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
  • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

Kalau dah perempuan mesti lah dah menutup aurat. JIka dah menutup aurat sudah cukup syarat sah solat. Tak semstinya memakai telekung . islam itu bukan kah mudah.


Tak pasal2 jerr dah kena rotan .. lebih 12 orang dirotan cikgu mazu.. terjengket-jengket masing-masing balik ke kelas..

Ghibah (mengumpat dan memfitnah )

Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.

“janganlah sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati ( bangkai )…( Q.S. Al Hujurat : 12 )

Telah bersabda Rasulullah SAW: “ Takutlah Ghibah. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya.Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yg ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya.”

“ sesiapa yang mengumpat bermaksud menghina saudaranya, Allah meletakkannya di jambatan Neraka pada hari Kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakan.’

‘ Ghibah itu menuturkan keburukan kepada sausaramu samada badan,nasab, perbuatan, ucapan, agama ,dunia,bahkan baju,selendang atau tungangannya”.

Pesanan rasulullah SAW dengan bersabda : “ janganlah kalian berghibah. Dalamnya ada 3 keburukan.

  1. doanya tidak dimakbulkan
  2. kebaikannya tidak diterima
  3. ditimpakannya keburukan orang yang diumpat."

Thursday, December 11, 2008

Murid Dahulu Dan Sekarang



Murid dahulu

Jumpa guru tertunduk-tunduk

Dihukum guru menangis, menyesal

Dimarahi guru diam sahaja

Hendak mengadu takut di ketuk.

Murid kini

Jumpa guru terangkat dada

Loyar buruk nyanyian biasa

Dihukum guru rancangan tercetus

Dimarahi guru menjawab pula

Balik mengadu guru pula diamuk

Itulah asset pelajar kini…

Yang kian membangga diri

Hendak hormatkan guru jauh sekali

Apakah lagi rakan sendiri

Itulah asset Negara kini

Yang kian hilang

Nilai-nilai murninya

Akhlak dan kesedaran

Inikah pendukung maruah Negara

Qaseh: tq fisya..

Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidiladha


Selamat hari raya Aidiladha buat semua sahabat-sahabat lama dan baru .. semoga dirahmati Allah hendaknya...qaseh sedang berhayal bersama laptop menanti pemandu yg sedang tidur.. perjalanan masih jauh… Bertolak dari Bandar Kuantan ke Kedah bermula sebaik shj bersarapan di restoran Zaman tepat jam 10.00 pagi…. Melalui genting Highland menyusuri Tanjung Malim, sambil makan-makan dibandar tanjung malim, bersama seorang sahabat sekeluarga… yang sama destinasi perjalanannya .. Kami mula berpecah bila pemandu qaseh mengantuk …singgah dihentian tapah.. untuk rehat.. qaseh ..mcm biasa membuka laptop sambil menunggu si pemandu puas tidur… Disini sangat ramai…ruang legar parking yang luas semua dipenuhi kenderaan.. .. MPV kami tersisih ketepi tidak berpetak..time yang mcm nih ..dalam fikiran Cuma berkata .. asalkan tidak “block jalan” parking shj asalkan selamat…di lebuhraya dipenuhi trafik-trafik dari pelbagai negeri…sesak… Cuma buleh bergerak 40 km/j .kadang-kadang terhenti.. badan mula letih –letih…Pelbagai jenis manusia sudah keresahan.. keletihan termasuk qaseh biarpun Cuma duduk sahaja dikerusi belakang sambil melayan karenah sikecil yang tidurnya banyak.. bila bangun..aktif bermain…satu persatu mata yang letih memerhati gelagat manusia Malaysia yang pastinya Negara yang terkenal dengan kesantunannya.. otak berlegar-legar mencari mana satu yang jahat dan mana satu yang baik sebagai satu permainan semasa bosan..adakah boleh ditafsirkan melalui pergerakkan atau muka atau pandangan akal.. “ nonsense !!” jawab hati..

Adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran.

Memang sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan, bersama berjuta jeritan menanti suatu kepuasan. Dunia ini menawarkan kenikmatan, kaki hendak kemana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut, berebut menguasai diri . Tapi hendak ikut siapa??Demikianlah peperangan itu berlaku..

Kedua-dua pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.

Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderita kesakitan. Suatu penyakit yang merbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar diubati..Dan boleh menghantar manusia ke NERAKA!!...

Lamunan keletihan dalam cuaca yang mendung .. kereta meluncur tersekat-sekat menuju ke destinasi .. sesekali mata qaseh memerhati jarum penunjuk speedometer..Cuma 40 kadang 60 .. kadang-kadang juga 20… jam 8.30 malam kami exit di tol Alor Star.

Jalan pulang pulak sangat aman …perjalanan dari Alor Star ke Kuantan Cuma 7 jam….termasuk berhenti rehat beberapa kali. Ehem..pemandu qaseh agaknya dah bosan memandu.. speedometer menunjukkan angka 140 kadang-kadang 150.. kadang-kadang 160…acapkali begitulahhh …. Setiap tahun mengundang saman..