RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, December 15, 2008

Jumpa pelajar masa cuti sekolah

Pelajar lelaki pulak dengan stailnya. Jumpa kat luar dah tak kenal… dengan Bangle nya , seluar koyaknya , rambut kaler-kaler, jambul diwarna-warna, seluar dikecik-kecik disenteng-sentengkan.. kalau tengok sebijik mat salleh..tengok lama-lama baru bole kenal.. alahai… student aku!! Kat sekolah lagi ensem.. kat supermarket..errKK!! mestila aku kata tak ensem sebab aku tak minat trend tu. Tak caya pegila berdiri lama2 kat level 4 or 5 level panggung wayang tuh.. duk situh lama2 tengok budak-budak kita.. pakai perGGh!!

Tapi qaseh tau budak-budak qaseh nih baik-baik sebenarnya. Bila ditanya .. diaranx kata just for FUN!! Islam bukan menilai pakaian mcm mana .. asalkan menutup aurat..kami pun solat la puan…

Alhamdulillah la kalau mcm tu….sejuk hati dengar .. tapi kita kena ingat .. penampilan pun boleh membuatkan mulut orang bercakap..stail dan trend pun boleh membawa kepada ikutan generasi-generasi lain ataupun rakan-rakan sebaya…

Kiri-Kanan kita ada 2 pencatat yang ditugaskan Allah untuk mencatat apa sahaja tentang baik-buruk kita.. Jika trend kita menjadi Umpatan masyarakat.. itu jugak membawa sedikit habuan kepada kita mengundang dosa kepada orang.. Jika trend menjadi pujian ..perawakan dan stail menjadi ikutan yang diterima disisi Allah SWT … betapa beruntungnya kita..

Tapi budak-budak qaseh ni dah janji nak sesuaikan trend mereka dengan tempat.. hehehe..Aduhaiii!! Sayang… macam-macam zaman remaja …

Kadang-kadang remaja ni.. cakap mak ayah nya tak nak dengar.. dia buat DeKK!! Jerr.. kata mak nya mengadu.. cikgu tolong lah nasihatkan…

Bagi qaseh … kadang-kadang budak-budak ni .. dia tahu semua maknya cakap tu betul…dan bercanggah dengan pembawakan dia.. dia simpan n respond dia buat-buat tahu …ok la tu.. at least kita ingatkan dia..lama-lama nanti habis trend dia … dia akan pakai kata-kata kita tu..

yang risau yang melawan.. keluar kata-kata memaki hamun kepada yang lebih tua.. itu tandanya dia dah hilang rasa hormat kepada yang berkenaan…Ini sebab-sebab keluarga malas ambil tahu, biar saja dia hanyut.. lepas tu jumpa la rokok, ectasy.. GAM.. thai song ..akibat bebas berkawan….yang macam ni .. pelajaran entah kemana?? agama apatah lagi!!.. hehe.. setiap ibu bapa tu takut sebenarnya …..macam-macam cerita dan masalah anak-anak yang qaseh dengar di hari perjumpaan ibu bapa ( hari mesra pelanggan ) …kadang-kadang kalau tengok student tak seperti yang disangkakan…

TUgas kita Cuma mengingatkan.. Tapi qaseh ingat lagi pesan ustaz dulu-dulu.. nak anak yang baik ajarkan dia Solat dan Doa.. solat itu memberi seribu kebaikan dan keinsafan. Mulakan dari kecil-kecil lagi .. untuk memberi kebiasaan..insyaallah anak itu kalau sesat pun tidak lah pergi jauh.. akhirnya pulang juga. Walahualam.

0 comments: