RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidiladha


Selamat hari raya Aidiladha buat semua sahabat-sahabat lama dan baru .. semoga dirahmati Allah hendaknya...qaseh sedang berhayal bersama laptop menanti pemandu yg sedang tidur.. perjalanan masih jauh… Bertolak dari Bandar Kuantan ke Kedah bermula sebaik shj bersarapan di restoran Zaman tepat jam 10.00 pagi…. Melalui genting Highland menyusuri Tanjung Malim, sambil makan-makan dibandar tanjung malim, bersama seorang sahabat sekeluarga… yang sama destinasi perjalanannya .. Kami mula berpecah bila pemandu qaseh mengantuk …singgah dihentian tapah.. untuk rehat.. qaseh ..mcm biasa membuka laptop sambil menunggu si pemandu puas tidur… Disini sangat ramai…ruang legar parking yang luas semua dipenuhi kenderaan.. .. MPV kami tersisih ketepi tidak berpetak..time yang mcm nih ..dalam fikiran Cuma berkata .. asalkan tidak “block jalan” parking shj asalkan selamat…di lebuhraya dipenuhi trafik-trafik dari pelbagai negeri…sesak… Cuma buleh bergerak 40 km/j .kadang-kadang terhenti.. badan mula letih –letih…Pelbagai jenis manusia sudah keresahan.. keletihan termasuk qaseh biarpun Cuma duduk sahaja dikerusi belakang sambil melayan karenah sikecil yang tidurnya banyak.. bila bangun..aktif bermain…satu persatu mata yang letih memerhati gelagat manusia Malaysia yang pastinya Negara yang terkenal dengan kesantunannya.. otak berlegar-legar mencari mana satu yang jahat dan mana satu yang baik sebagai satu permainan semasa bosan..adakah boleh ditafsirkan melalui pergerakkan atau muka atau pandangan akal.. “ nonsense !!” jawab hati..

Adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran.

Memang sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan, bersama berjuta jeritan menanti suatu kepuasan. Dunia ini menawarkan kenikmatan, kaki hendak kemana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut, berebut menguasai diri . Tapi hendak ikut siapa??Demikianlah peperangan itu berlaku..

Kedua-dua pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.

Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderita kesakitan. Suatu penyakit yang merbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar diubati..Dan boleh menghantar manusia ke NERAKA!!...

Lamunan keletihan dalam cuaca yang mendung .. kereta meluncur tersekat-sekat menuju ke destinasi .. sesekali mata qaseh memerhati jarum penunjuk speedometer..Cuma 40 kadang 60 .. kadang-kadang juga 20… jam 8.30 malam kami exit di tol Alor Star.

Jalan pulang pulak sangat aman …perjalanan dari Alor Star ke Kuantan Cuma 7 jam….termasuk berhenti rehat beberapa kali. Ehem..pemandu qaseh agaknya dah bosan memandu.. speedometer menunjukkan angka 140 kadang-kadang 150.. kadang-kadang 160…acapkali begitulahhh …. Setiap tahun mengundang saman..

0 comments: