“ Dua hal yang palingaku cemaskan atas engkau, panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu dapat menjauhkan diri dari kebenaran.” Aku menjamin tiga orang dengan tiga hal, orang yang gila dunia, orang yang rakus mengumpulkannya, dan orang yang kikir harta benda, dengan kefakiran yang tidak ada kaya sudahnya, kesibukan yang tidak ada sudahnya serta kesulitan yang tidak pernah ada jalan keluarnya.”
AllahSWT telah memberikan wahyu kepada nabi Musa as:
“ Wahai musa, jika engkau ingin aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu, daripada keraguan hatimu kepada hatimu, daripada rohmu kepada badanmu, daripada cahaya penglihatanmu kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu, maka perbanyakkanlah membaca selawat kepada Muhammad SAW.”
Allah SWT berfirman : ertinya, “hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok ( hari Kiamat ).” ( Q.S.Al Hasyr:18 )
Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis. Syaitan hanyalah memepralat dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat menghitungnya tentu akan tenggelam.Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Ia markas iblis srta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun jahat.
Jika seseorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari kahirat maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW:
“ Berfikir sesat lebih baik daripada beribadah semalam”.
“Seburuk hamba adalah yang main paksa dan aniya serta melupakan Al-Jabbar. Seburuk hamba yang main paksa dan sombong serta melupakan kubur dan kehancuran.Seburuk hamba ialah sombong dan lancang serta melupakan awal dan akhirnya.”
Dari tsabit dia berkata, “ku dengar dikatakan, “ Ya rasulullah SAW, di manakah kesombongan seseorang?” Rasulullah SAW menjawab,” Tidak adakah kematian sesudahnya?”
Ibnu Amr berkata: rasulullah SAW bersabda:
“Saat kematian hendak menghampiri Nuh a.s, ia memanggil anaknya dan berkata, “ ku perintahkan dua hal. Ku larangmu syirik dan sombong. Kularang kamu syirik dan sombong. Dan kuperintahkan kamu dengan ‘ La ilaha illallah’. Sesungguhnya jika langit,bumi dan seisinya diletakkan pada daun timbangan .Dua kalimat itu diletakkan di daun timbangan sebelah, tentulah menang kalimat itu.Jika langit , bumi dan seisinya suatu lingkaran, lalu kalimat itu diletakkan diatasnya tentu akan memecahkannya. Dan kuperintahkan pula kamu dengan ‘Subhanallah wa bi-hamdihi’ . kalimat itulah solat segala sesuatu dan dengan itu segala sesuatu mendapatkan rezeki.’
Letihnya… membuka lembaran baru persekolahan 2009…Januari, semua para guru sibuk menyiapkan accessory dlm buku record masing-masing…. Hari pertama sekolah , aku rasa macam aku sorang je yang tak ambil kisah nak memenuhi criteria-criteria record book tuh…Pengetua dah pesan, nazir akan memantau cikgu di hari pertama persekolahan… Sabtu dan ahad pun penuh jerr cikgu-cikgu kat sekolah menyiapkan Head CounD masing-masing.
En. Nazir telah menjalankan tugas-tugasnya.. aku pulak dengan tugas-tugasku… en. Nazir mengemukakan hujah-hujahnya.. aku juga telah membuka hujah-hujahku seperti yang telah dirancang.. akhirnya kata-kata en. Nazir mati disitu dan dia menulis sesuatu pada borang yang dibawa..entah apa komennya…aku juga telah menulis sesuatu pada buku record milikku..
Hati jadi tenang dengan kepulangan en. Nazir.. usahlah datang memantau lagi..cadangan-cadangan en. Nazir semuanya membazir..satu pun saya tak nak ikut.. biarpun kepala sudah pun angguk…..
Singgah di kantin.. minuman oren sahaja yang boleh diteguk..Hormon aku sudah bertukar.. Semasa hormone sebegini makanan tak di izin masuk. . tapi aku gatal memaksa… terhambur semua keluar.. belum sempat solat zohor..tekak aku mula mual hingga ke malam.. Jam 8.30 malam mata pun dah pejam.