Letihnya… membuka lembaran baru persekolahan 2009…Januari, semua para guru sibuk menyiapkan accessory dlm buku record masing-masing…. Hari pertama sekolah , aku rasa macam aku sorang je yang tak ambil kisah nak memenuhi criteria-criteria record book tuh…Pengetua dah pesan, nazir akan memantau cikgu di hari pertama persekolahan… Sabtu dan ahad pun penuh jerr cikgu-cikgu kat sekolah menyiapkan Head CounD masing-masing.
En. Nazir telah menjalankan tugas-tugasnya.. aku pulak dengan tugas-tugasku… en. Nazir mengemukakan hujah-hujahnya.. aku juga telah membuka hujah-hujahku seperti yang telah dirancang.. akhirnya kata-kata en. Nazir mati disitu dan dia menulis sesuatu pada borang yang dibawa..entah apa komennya…aku juga telah menulis sesuatu pada buku record milikku..
Hati jadi tenang dengan kepulangan en. Nazir.. usahlah datang memantau lagi..cadangan-cadangan en. Nazir semuanya membazir..satu pun saya tak nak ikut.. biarpun kepala sudah pun angguk…..
Singgah di kantin.. minuman oren sahaja yang boleh diteguk..Hormon aku sudah bertukar.. Semasa hormone sebegini makanan tak di izin masuk. . tapi aku gatal memaksa… terhambur semua keluar.. belum sempat solat zohor..tekak aku mula mual hingga ke malam.. Jam 8.30 malam mata pun dah pejam.
0 comments:
Post a Comment