RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, February 23, 2009

Betapa Hinanya Nilai Seorang Hamba!

cahayatermasyhur
editor : kasihsayang


Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!

Daripada Abu Mas’ud

Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki." (Riwayat Bukhari) Para ulama hadith memberi dua pendapat kepada maksud "maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki" 1. Jika tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki, maka Allah akan memberi balasan ke atas setiap perbuatan, seperti di dalam Surah Fussilat ayat 40. 2. Jika perbuatan tersebut tidak memalukan sesiapa, tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri, Allah atau Rasul atau orang lain, kerana perkara itu perkara baik, maka lakukan. Wallahu'alam.

Sunday, February 22, 2009

HAri Cabran Olahraga 2009



“sekaRanG di Umumkan… PemenanG teMpat keempat bagi Perbarisan.. Tempat ke tiga di Menagi oleh rumaH hijaUUUUU… Kemenangan bagi mAsKOt.. tempat keeMpaT di menangi oleh rumah hijaUUUUUUUUU.. Manakala JUara HIasaN Rumah sukan dimenangi oleh rumaHHhh HIjaUUUUUUU…. Kemenangan KeseluruhaN cabaran Olahraga tahun 2009 dimenangi oleh rumaHHHH HIjaUUU” Berderuuu bunyi tepukan dari rakyat rumah ABduLLAh yang berwarna hijau… Kelat mencuka.. muka kak Wan.. yang menwarkan harapan Maskot hijau akan juara… Pakaian ala-Korea.. cantik menghiasi padang dibawah pimpinan PN juhariah n Cik SaleNA.. sementara rumaH sukan dihias oleh Cikgu QAseh….

Buat Pengetahuan kak wan .. jgn rasa pelik.. sudah 4 tahun cikgu qaseh berkecimpung dalam pertandingan perbarisan, mascot dan rumah sukan….JIka mata Olahraga rumah tersebut tinggi .. cantik macammana pun mascot dan perbarisan.. pihak pengurusan tidak akan Vote rumah anda semasa menghakimkan pertandingan…Kalau mata kejohanan merundum ke bawah… anda pasti akan menang…Cikgu qaseh pun rasa letih dengan ketidak adilan itu… disebabkan itu … anda haruslah memperdebaTkan di Medan mesyuarat KOKO .. mungkin suara anda lebih didengari .. sebab anda sudah bergreD DG48.. Saya masih mentah di 41 .. sapelahhh nak layan.. hehe..

Qaseh: yang penting sekali… semua anak didik cikgu qaseh telah memberi JUARA kepada cikgu Qaseh.. ..KegmbiraaN melihat adik-adik berjaya telah mengubat segala keletihan…. Alhamdulillah.

Hari KhaMis 19 feBruari 2009

Aku di pucHong Utama KL, Cuma semalaman.. tengah hari esoknya aku doh kat Shah Alam..meninjau-ninjau tempat lama yang aku tinggalkan. Zaman remaja aku banyak dihabiskan di Shah Alam. Banyak dah berubah dah kat Shah Alam sekarang… tak ada lagi baS mini warna pinx yang dulu aku selalu membayar tambang sebanyak 60 sen.. hehe… shopping Complex pun dah banyak. Dulu Cuma ada komplek PKNS… paling dekat nak shopping dulu kat Bandar KlanG. Pastuh baru wujud plak JUSCO BUkit raja tuh..tapi aku .. dah nama pula kan Remaja… pegi KL la…

SetuluS IkHlaS ucapan teriMa KAsih kepada TenGku aMylia dan suami atas penginapan di TerataK anda… wahh…Sejuk BangaTT.. AiR ConD..yg penting tido lena...

Tuesday, February 17, 2009

JOm pegi Kuala LUmpur.

Hari nih hari rabu 18 february 2009, Dalam kesibukan menyambut ketibaan hari cabaran sukan sekolah… Petang nih aku pegi Key ELL.. hehe.. lepak-lepak area puchong sana.. Ntah hotel mana aku nak lepak pun tak tahu lagi. … MC pulak tuh sehari.. abis tu nak apply cuti rehat nak masa sebulan sebelum.. mana lerr terancang sebulan sebelum.urgent’apa lagi cuti yang boleh cikgu ambil..lagi satu cuti rehat kena ngadap bOS, Mc Cuma perlu ngadaP doktor jerr…. Tapi doktor-doktor sekarang cukup memahami berbanding BOS .. yang suka buat-buat tak faham…sebab apa pergi KL … melawat saudara yang sakit kritikal…urgent kes tuuu… time aku sakit esok ada ker anak-anak sedara akan ambil cuti melawat aku.. erm….pagi dan petang nih .. aku bertafakur dibilik pengurusan diri menyiapkan semua banting-banting dan banner.. yang bakal menghiasi rumah sukan pada hari Sabtu nih.. bendera-bendera kecil sudah semestinya ada.. apa yang lain sikit dari tahun yang lain.. kali ni ada Wau terpacak ditengah-tengah pintu rumah sukan .. HiJAU….Tengok president nya sangat ok hensem dan bertanggungjawab ..."AshraFF memang in"... kata pelajar perempuan…hehe… undian dibuat oleh pelajar-pelajar perempuan.. betul la bertanggungjawab.. semalam dia sorang-sorang mengemas bilik pengurusan tuh.. Apa yang MegaH bagis seorang guru apabila pelajarnya menghormatinya.. dan pelajar itu berjaya , atas usahanya…

FASIK DAN MUNAFIK


Sabda Rasulullah SAW.

Sesungguhnya orang mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan orang munafik himahnya pada makanan dan minuman bagai BINATANG , disamping meninggalkan solat dan ibadah yang lain. Orang mukmin bersedekah dan meminta ampun, sedangkan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan segala sesuatu selain Allah. Tapi orang munafik takut kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Orang mujnafik selalu berbuat jahat dan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tetapi orang munafik suka bergaul ramai-ramai. Orang mukmin menanam rasa takut dan binasa. Tetapi orang munafik suka mencabut dan mengetam saja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agama. Tetapi orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakan agama. Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf.

Sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT.

Ertinya: “orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, serengah serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf, mereka menggengam tangannya ( bakhil ). Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, ialah orang-orang yang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan dan orang-orang kafir serta kekal didalamnya. Itu cukup ( untuk balasannya), Allah mengutuki mereka dan untuk mereka seksaan yang abadi.” ( Q.S AT-Taubah:67-68)

Saturday, February 14, 2009

Sukan Kembali lagiii


Havoc ahh.. sekolah sempena hari sukan… hehhe .. cikgu-cikgu pun nampak … bersemangat…. Cikgu qaseh rumah razak.. kaler hijau thn nih.. pakai maskot penyu….. bawa tamadun korea masuk mesia… tengok lerr nanti…pemilihan atlet dah siap… kepenatan dari pagi sampai petang.. latihan sampai isnin.. selasa 17 februari pra cabaran bermula… ada tugas kepegawaian ke?? Kalau tak ada .. dapek la qaseh tengok anak didik bertanding nanti. Penat melatih kalo tak dapat tengok diaranx beraksi.

Qaseh: teringat dulu …Ain ajar jogging secara islam kat taman tasik Shah Alam

Sambung cerita…

Lepas didapati bersalah.. bebudak 2 orang tu ditoture Oleh pihak disiplin sekolah sambil divideokan oleh cikgu qaseh. .. cikgu aziz mencadangkan bebudak berdua nih membuat lakonan semulakepada guru-guru dan ahli kelasnya untuk tontonan dan pengajaran kepada cikgu qaseh… supaya jangan lalai lagi… hehe..

Masa bebudak tu membuat lakonan .. aku disuruh duduk di depan skali.. sambil di videokan oleh cikgu HassanuDin…habis lakonan, bebudak nih dihantar ke unit kaunseling. Tindakan tatatertib tetap diambil. Ibu dan bapa pelajar tetap diberitahu..

Malangnya ibu dan bapa pelajar budak-budak ini datang time cikgu Qaseh outstation..

Seorang daripada pelajar anak yatim. Jadi mak dan bapa saudaranya yang datang…cerita cikgu zamani pada cikgu qaseh. Bapa saudara datang bising-bising dekat pejabat sebab anak sedaranya mengadu mengatakan cikgu memaksa anak sedaranya mengaku bersalah. Sebab tu dia mengaku bersalah. Sedangkan dia tak buat…!! Jadi antara nama-nama yang di sebutkan oleh bapa sedara pelajar-pelajar tersebut ada juga nama cikgu Qaseh. Terpinga-pinga kerani .. menyepi melarikan diri tak tahu cerita .. tengok muka parent mengamuk….

Tapi kebijaksanaan guru-guru disiplin dan rakan-rakan guru telah menyelamatkan keadaan. …Masakan dia boleh membuat lakonan semula jika tidak betul.. lakonan daripada dalam kelas hingga menyembunyikan handset didalam tangki simbah tandas yang rosak.. semua di videokan. …. Lalu tersipu-sipulah bapa sedaranya.. malu dengan pihak sekolah…ibunya dengan tidak berkata apa-apa keluar dari pejabat .. terus menyepi.

Thursday, February 12, 2009

HitaMnya hati...

AlahOiiiii..!!! Dah la handphone kena curi.. pastuh kena marah plak ngan parent...Apa la nasib aku nehh.. hehehe..

Ada satu cerita .. ada 2 org budak nakaL , masa cikgu qaseh tengah ngajar Bab Elektronik, budak-budak semua 30 orang pun sedang memateri n sambung-sambung wayar buat litar ciPtaan mereka, Tapi ada jugak syaitan mempengaruhi 2 person nih utk buat jahat. ..

Handphone cikgu qaseh berbunyi .. rakan guru called… cikgu qaseh yg BZ ngaja.. lewat skit capai handbag dalam locker didepan bengkel.baru jer pegang beg.. bunyi h.phone dah berhenti. Cikgu qaseh pun letak beg atas meja guru n sambung ngajar..

Sorang dari budak jahat datang .. tanya2.. banyak la soklan dia, siap suruh tunjuk cara. Cikgu qaseh pulak jujur.. tunjuklah lama-lama.. seketika itu juga syaitan pun tersenyum.. harap-harap malaikat kanan cikgu qaseh menulis ketulusan dan keikhlasan cikgu qaseh masa tuh…

Masa cikgu qaseh tengah leka .. sorang lagi mamat nih pegi ke handbag.. .. ambil handphone..wahhh…. hebat!! Pastu kedua-duanya minta izin ke tandas. N then masuk balik ke kelas…relax2 sambunglah keje masing-masing sampai end Class cikgu qaseh buat kesimpulan.. dan bersuara… “KelassssSSS berdiri kat tempat masing-masing, baca surah AL-Asr”, KrinGGGGGGGGGGGGG….. bunyi loceng ..kelas pun tamat. Mereka pun UcaP.. TQ teacher .

Habis KelaS aku pun capai handbag untuk tengok handphone… MAgIK nya handphone tak ada tapi ada bunyi tadi….Tiba –tiba cikgu sarah datang ..marah-marah .. “ Baik jgn pakai handphone la.. berkali-kali aku telephone tak anGkat… “ naH!! Ambik borang PermohoNan Biasiswa… tengoK skit yang anak sedara Aku yerK .. nih ha.. nama dia “ hehehe… cikgU Sarah berkata. Bak maI telephone ko Jap.. cikgu qaseh pun dail number sendiri , ada ringing … !! Ada budak KE curik H.phone aku “, cikgu qaseh bersuara kepada cikgu sarah.. La!! Abis tu….?? Kata cikgu sarah…. Abis tuh apa lagi.. moH ler ikut aku…. Kiter sport check…

SpOrt check tak berhasil… budak ceRDik kan…Tak Per.... Memory aku dikelas tadi mula berputar…tidak syaK lagi mesti 2 ekor budak ke tandas tuh...

Aku bawa satu kelas budak-budak lelaki itu ke Surau… aku bagi Quran letak atas kepala…suruh mengaku, .. masih tak nak mengaku. Aku GertaK dah macam-macam…iskkkHH .. hitamnya hati kau … GeraMM aku dah bertambah.. darah aku pun dah cair mengalir ke kepala….Cikgu qaseh suruh semua pelajar itu baca Yassin.. n cikgu serah letak air pulak ditengah-tengah bulatan pelajar-pelajar tu… CikgU disiplin pun terpinga-pinga” what are u doing” sapa en. Zamani…”mengaji” kata cikgu qaseh. “ bila pulak U jadi Ustazah?? Cikgu qaseh pun tersengih.. dan mula cerita hal yg terjadi…n cikgu Zamani ambil air Yassin tuh bagi setiap orang minum.. n soal lagi…?? Tak mengaku juga…SoaL siasat diambil oleh badan disiplin sekolah…4 hari dah berlalu , pelajar tak juga mengaku… bila cikgu qaseh lalu dihadapan kelas…budak-budak tu menganjing pulak, ada lagi air yassin cikgu… Dalam hati aku, asyik doa jerr, tapi muka aku yang tak boleh tersenyum memang memandang tepat orang yang aku syaK…Semua kelas membisu, tak ada lagi suara-suara anjing tersepit berbunyi.. Cikgu qaseh berkata lagi ..” Sebenarnya saya tahu siapa yang ambil h. phone saya …’ saja saya nak kamu mengaku….., saya dah ada h.pHone baru… sambil menunjuk2 h.phone baru…dan nombor yang sama…aku dah pe gi ambil balik nombor kat maxis….”Cikgu cakap je lahh saper yg ambil tuh” pancung jer tangan dia cikguuuuuuu.. tersiksa lah saya kat kelas nih”..ishkkk , salah sorang pelajar mengeluh…”adalah”, kata cikgu qaseh. Cikgu qaseh pun berlalu…..

Cikgu Zamani memberi cadangan suruh laporkan kepada pihak polis, biar polis yang sisat katanya, budak-budak nih lebih takut pada pOlis..Pengetua kata kalau Lapor , saya tak nak polis datang angkut budak-budak nih bawa ke balai, buruk nama sekolah nanti… hehehe ..OOOOOoo macam tu yerr… Cikgu sarah kata, kita buat lakonan… panggil org yang tak dikenali menyamar jadi polis….kami pun menjemput 2 jejaka tegap bermisai.. kami bagi pinjam baju kadet polis…. Si polis palsu menjalankan tugas…sorang demi sorang disoal… Tiba-tiba 2 yang disyaki ini datang membuat pengakuan kepada cikgu Zamani……” kami mengaku bersalah cikgu, tapi biarlah kes ini diperingkat sekolah saja, kami tak nak panjang-panjang hingga ke balai. Kami minta maaf cikgu..

Wahhhhhhh hebat kan cikgu Zamani … budak-budak itu lebih takut pada pOLis daripada takut kepada Allah SWT…. AstaghfirullahaLAzim… itulah budak-budak lelaki sekarang… <>>>

Sunday, February 8, 2009

JIwa CIKgu

Esok hari isnin 9 februari 2009. Jadual aku penuh … mengajar 7 masa direct…. Traine budak untuk 100 m, select budak juga esok… esok juga ada meeting 12.30 tgh hari Start.. ada juga kena sport check budak2 pompuan…. Belum lagi esok aku dah rasa letih malam nih…mata pula tak mahu pejam.. kawan-kawan ajak bersembang di conference yahoo messenger .. malas pulak nak join sebab sudah borinx....

Suara aku masih blum baik sepenuhnya….batuk-batuk datang semula akibat kurang minum air. Esok kelas 7 masa , Bak menyerah tekak utk ditoreh !! Tapi….time-time kritikal macamni lah memerlukan kebijaksanaan utk mengaburi mata-mata pemantau yang ada…kesihatan kena jaga, demi kesejahteraan yang lama…..

Bila bergaul dengan remaja-remaja sekarang nih ..secara langsung aku dah pandai membuat falsafah-falsafah penipuan… aku dah pandai melayan loyaR BuruK .. setakat dimainkan … itu makanan biasa bagi guru muda seperti aku.. kadang-kadang rasa kelakar.. kadang-kadang rasa bosan…. Bila rasa bosan .. faham-faham je la apa jadi pada budak tuh.. hehe…

Dizaman moden nih corak pengajaran dah mula berubah berbanding zaman ayah aku dulu. .. zaman sekarang semua tak boleh.. tapi aku cuba juga bolehkan.. apa yang tak boleh tu.. syarat jgn sampai dia masuk spital sudah…setakat nih blum lagi ada parent complaint… aku cuba teori-teori zaman lampau… tapi tak match langsung kalau aku garang….muka aku, lebih sesuai untuk berdiskusi bersama budak-budak.. cara-cara macam ni ..lebih berjaya aku rasa…

Tapi bila berdiskusi .. ada jugak yang pandai buat cerita bohong…tapikan…..cikgu nih tiap-tiap hari dengar cerita bohong , dengar loyar buruk…..sampai aura bohong tuh pun dah boleh kesan…biasa aku layan saja sampai habis… n then.. .hehe….Sebenar-benarnya apa-apa kerja pun kena ada niat kerana Allah SWT.. baru kerja tu IKhLaS...Kerja pun jadi seronok….Aku Cuma seronok melayan karenah BUDAK-BUDAK dah REMAJA tapi still BUDAK-BUDAK yang perlukan belaian sebenarnya...

Saturday, February 7, 2009

Sabda Nabi s.a.w: "Hendaklah kamu memperbanyakkan selawat kepadaku pada hari jumaat. Maka sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku."(Hr Abu Daud)

Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”

Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam

Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Diriwayatkan dari Anas bahwa ada seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Bilakah kiamat terjadi wahai Rasulullah?” Baginda bertanya: “Apakah yang telah engkau persiapkan?” Dia menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak shalat dan puasa, serta shadaqah, tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda, “Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.”

pedoman

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda; " Melihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim

Tuesday, February 3, 2009

ApeK_CacaT Said..

Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena, siang malam asyik terkenang. Apakah itu tanda anda sudah jatuh cinta? Perasaan itu sememangnya sukar untuk digambarkan mahupun hendak diucapkan dengan kata-kata. Dunia menjadi sangat indah seolah-olah syurga telah turun ke bumi. Semua insan ingin menyintai dan dicintai, tetapi apakah benar ini semua adalah yang dikatakan cinta atau sekadar imbauan kenangan yang mengusik kalbu?