Dari Mughirah r.a katanya:”Saad bin Ubadah mengatakan,:”Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata:”Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Monday, December 15, 2008
email dari adik mira
Terima kasih adik Mira,
Hehehe.. Sebenarnya hati kita kena kuat… beruntunglah kita jika kita sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk disisi Allah SWT. Kak qaseh sendiri pun tak sempurna lagi.. masih mencari-cari jalan keluar untuk betul-betul bersih…by the way , pengaruh syaitan itu sangat kuat, dia rela temukan kita dengan apa sahaja yang menarik nafsu kita..
Tapi masa kak qaseh masih belajar dahulu.. ada pesanan menyebut, nak jadi baik, kita kena berkawan dengan orang yang baik. Misalnya kalau kita suka pergi dengar ceramah agama di masjid. Kita bertemu kawan-kawan yang sama minat dengan kita di
Kalau hati dan iman kita sudah kuat.. letaklah kita dikelompok mana pun, pengaruh buruk itu tidak mudah melekat..malah hati lebih tenang dengan cara dan matlamat sendiri ..letaklah hati hanya pada yang maha Esa..
Posted by QasehtheQueeN at 10:22 PM 0 comments
Jumpa pelajar masa cuti sekolah
Pelajar lelaki pulak dengan stailnya. Jumpa kat luar dah tak kenal… dengan Bangle nya , seluar koyaknya , rambut kaler-kaler, jambul diwarna-warna, seluar dikecik-kecik disenteng-sentengkan.. kalau tengok sebijik mat salleh..tengok lama-lama baru bole kenal.. alahai… student aku!! Kat sekolah lagi ensem.. kat supermarket..errKK!! mestila aku kata tak ensem sebab aku tak minat trend tu. Tak caya pegila berdiri lama2 kat level 4 or 5 level panggung wayang tuh.. duk situh lama2 tengok budak-budak kita.. pakai perGGh!!
Tapi qaseh tau budak-budak qaseh nih baik-baik sebenarnya. Bila ditanya .. diaranx kata just for FUN!! Islam bukan menilai pakaian mcm mana .. asalkan menutup aurat..kami pun solat la puan…
Alhamdulillah la kalau mcm tu….sejuk hati dengar .. tapi kita kena ingat .. penampilan pun boleh membuatkan mulut orang bercakap..stail dan trend pun boleh membawa kepada ikutan generasi-generasi lain ataupun rakan-rakan sebaya…
Kiri-Kanan kita ada 2 pencatat yang ditugaskan Allah untuk mencatat apa sahaja tentang baik-buruk kita.. Jika trend kita menjadi Umpatan masyarakat.. itu jugak membawa sedikit habuan kepada kita mengundang dosa kepada orang.. Jika trend menjadi pujian ..perawakan dan stail menjadi ikutan yang diterima disisi Allah SWT … betapa beruntungnya kita..
Tapi budak-budak qaseh ni dah janji nak sesuaikan trend mereka dengan tempat.. hehehe..Aduhaiii!! Sayang… macam-macam zaman remaja …
Kadang-kadang remaja ni.. cakap mak ayah nya tak nak dengar.. dia buat DeKK!! Jerr.. kata mak nya mengadu.. cikgu tolong lah nasihatkan…
Bagi qaseh … kadang-kadang budak-budak ni .. dia tahu semua maknya cakap tu betul…dan bercanggah dengan pembawakan dia.. dia simpan n respond dia buat-buat tahu …ok la tu.. at least kita ingatkan dia..lama-lama nanti habis trend dia … dia akan pakai kata-kata kita tu..
yang risau yang melawan.. keluar kata-kata memaki hamun kepada yang lebih tua.. itu tandanya dia dah hilang rasa hormat kepada yang berkenaan…Ini sebab-sebab keluarga malas ambil tahu, biar saja dia hanyut.. lepas tu jumpa la rokok, ectasy.. GAM.. thai song ..akibat bebas berkawan….yang macam ni .. pelajaran entah kemana?? agama apatah lagi!!.. hehe.. setiap ibu bapa tu takut sebenarnya …..macam-macam cerita dan masalah anak-anak yang qaseh dengar di hari perjumpaan ibu bapa ( hari mesra pelanggan ) …kadang-kadang kalau tengok student tak seperti yang disangkakan…
TUgas kita Cuma mengingatkan.. Tapi qaseh ingat lagi pesan ustaz dulu-dulu.. nak anak yang baik ajarkan dia Solat dan Doa.. solat itu memberi seribu kebaikan dan keinsafan. Mulakan dari kecil-kecil lagi .. untuk memberi kebiasaan..insyaallah anak itu kalau sesat pun tidak lah pergi jauh.. akhirnya pulang juga. Walahualam.
Posted by QasehtheQueeN at 6:22 PM 0 comments
Sunday, December 14, 2008
Sebab cikgu Qaseh kami dirotan
Akhir 2008 ..Sport check!! Zaman sekolah dulu-dulu selalunya dengar sport check mesti semua student kecutt!! Ye lah.. mungkin ada barang yang akan dirampas. Qaseh pernah juga jd student ..qaseh kategori yang tak suka buat masalah yang menyusahkan diri sendiri sejak dulunya lagi… kalau orang dah kata tak boleh.. .. qaseh accept sahaja tak boleh!! Dulu-dulu makan satay pun qaseh tak suka .. sebab satay menyusahkan.. daging satay lekat-lekat dekat gigi. So, lebih mudah makan lah benda lain. Sekarang kalau family beli makan jugak..tengok masa dan tempat. Hehe...macam nak tunjuk baiklah
Dah ramai budak-budak sekarang suka menipu solat. Yang perempuan nya cara perempuan. Masalah telekung pun kadang-kadang menjadikan hal yang besar.
Tak solat sebab telekung basah, basuh tak kering, telekung lupa bawa .. dijadikan alasan.. alasan yang tak munasabah..
Kata cikgu yati. “Apakata kita rotan je mulut budak2 nih” bagi alasan macam orang yang tak sekolah.. penat ustazah mengajar.
diamati Jika syarat sah solat, cuma 5 perkara:
- Yakin telah masuk waktu
- Menutup aurat
- Mengadap kiblat
- Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
- Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Kalau dah perempuan mesti lah dah menutup aurat. JIka dah menutup aurat sudah cukup syarat sah solat. Tak semstinya memakai telekung . islam itu bukan kah mudah.
Tak pasal2 jerr dah kena rotan .. lebih 12 orang dirotan cikgu mazu.. terjengket-jengket masing-masing balik ke kelas..
Posted by QasehtheQueeN at 11:20 PM 1 comments
Ghibah (mengumpat dan memfitnah )
Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.
“janganlah sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati ( bangkai )…( Q.S. Al Hujurat : 12 )
Telah bersabda Rasulullah SAW: “ Takutlah Ghibah. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya.Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yg ghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya.”
“ sesiapa yang mengumpat bermaksud menghina saudaranya, Allah meletakkannya di jambatan Neraka pada hari Kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakan.’
‘ Ghibah itu menuturkan keburukan kepada sausaramu samada badan,nasab, perbuatan, ucapan, agama ,dunia,bahkan baju,selendang atau tungangannya”.
Pesanan rasulullah SAW dengan bersabda : “ janganlah kalian berghibah. Dalamnya ada 3 keburukan.
- doanya tidak dimakbulkan
- kebaikannya tidak diterima
- ditimpakannya keburukan orang yang diumpat."
Posted by QasehtheQueeN at 10:50 PM 0 comments
Thursday, December 11, 2008
Murid Dahulu Dan Sekarang
Murid dahulu
Jumpa guru tertunduk-tunduk
Dihukum guru menangis, menyesal
Dimarahi guru diam sahaja
Hendak mengadu takut di ketuk.
Murid kini
Jumpa guru terangkat dada
Loyar buruk nyanyian biasa
Dihukum guru rancangan tercetus
Dimarahi guru menjawab pula
Balik mengadu guru pula diamuk
Itulah asset pelajar kini…
Yang kian membangga diri
Hendak hormatkan guru jauh sekali
Apakah lagi rakan sendiri
Itulah asset Negara kini
Yang kian hilang
Nilai-nilai murninya
Akhlak dan kesedaran
Inikah pendukung maruah Negara
Qaseh: tq fisya..
Posted by QasehtheQueeN at 9:29 PM 0 comments
Wednesday, December 10, 2008
Salam Aidiladha
Selamat hari raya Aidiladha buat semua sahabat-sahabat lama dan baru .. semoga dirahmati Allah hendaknya...qaseh sedang berhayal bersama laptop menanti pemandu yg sedang tidur.. perjalanan masih jauh… Bertolak dari Bandar Kuantan ke Kedah bermula sebaik shj bersarapan di restoran Zaman tepat jam 10.00 pagi…. Melalui genting Highland menyusuri Tanjung Malim, sambil makan-makan dibandar tanjung malim, bersama seorang sahabat sekeluarga… yang sama destinasi perjalanannya .. Kami mula berpecah bila pemandu qaseh mengantuk …singgah dihentian tapah.. untuk rehat.. qaseh ..mcm biasa membuka laptop sambil menunggu si pemandu puas tidur… Disini sangat ramai…ruang legar parking yang luas semua dipenuhi kenderaan.. .. MPV kami tersisih ketepi tidak berpetak..time yang mcm nih ..dalam fikiran Cuma berkata .. asalkan tidak “block jalan” parking shj asalkan selamat…di lebuhraya dipenuhi trafik-trafik dari pelbagai negeri…sesak… Cuma buleh bergerak 40 km/j .kadang-kadang terhenti.. badan mula letih –letih…Pelbagai jenis manusia sudah keresahan.. keletihan termasuk qaseh biarpun Cuma duduk sahaja dikerusi belakang sambil melayan karenah sikecil yang tidurnya banyak.. bila bangun..aktif bermain…satu persatu mata yang letih memerhati gelagat manusia
Adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antara kebatilan dan kebenaran.
Memang sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan, bersama berjuta jeritan menanti suatu kepuasan. Dunia ini menawarkan kenikmatan, kaki hendak kemana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut, berebut menguasai diri . Tapi hendak ikut siapa??Demikianlah peperangan itu berlaku..
Kedua-dua pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.
Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderita kesakitan. Suatu penyakit yang merbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar diubati..Dan boleh menghantar manusia ke NERAKA!!...
Lamunan keletihan dalam cuaca yang mendung .. kereta meluncur tersekat-sekat menuju ke destinasi .. sesekali mata qaseh memerhati jarum penunjuk speedometer..Cuma 40 kadang 60 .. kadang-kadang juga 20… jam 8.30 malam kami exit di tol Alor Star.
Jalan pulang pulak sangat aman …perjalanan dari Alor Star ke Kuantan Cuma 7 jam….termasuk berhenti rehat beberapa kali. Ehem..pemandu qaseh agaknya dah bosan memandu.. speedometer menunjukkan angka 140 kadang-kadang 150.. kadang-kadang 160…acapkali begitulahhh …. Setiap tahun mengundang saman..
Posted by QasehtheQueeN at 6:22 AM 0 comments