RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, October 26, 2008

SuNday 26 OCT 2008

Open House.. tq to member yang invite..hehe.. tahun depan invite la lagi….macam-macam hidangan yang disediakan…terpaksa qaseh mengenyangkan peruttt, hari minggu selepas raya nih,alhamdulillah sentiasa ada jemputan dari rakan-rakan… Cuma 3 buah rumah yang qaseh tak berkesempatan ziarah, rumah cikgu Nasri, Rumah Pn. Juraiha n Rumah my ex. boss Pn. Hjjh Rakiah...semua rasa-rasanya saya dah pun sms mohon maaf.. yer lahh org dah buat preparation, berhabisan .. nak belanja kawan-kawan.. tetiba jemputan buat acuh tak acuh.. tak baik.. dimurkai Allah.
Kawan-kawan hpux9000 nak datang rumah.. apa nak masak nehh….hehehe.. isteri mellinium…kata hpux9000.. masak lerr.. ape2 yg agak sedap nak dimakan.. 5 family jerr…ErrKK!! Kalau beritahu siang hari.. buleh pegi order jerrkk mane2 tempat.. nih mlm2 harii ..kene masak jugak.. then I google lerr resipi best2 kat arena Maya Pada ini…
Masak..masak.. mesti masak…tetamu bawa rezki..amin.

Thursday, October 23, 2008

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam


oleh: Bekas Budak UKM

Tuesday, October 21, 2008

Puasa Enam hari Di Bulan SyawaL

Selain bertakhbir, bertahmid dan bertasbih umat islam juga di anjurkan supaya berpuasa enam di bulan syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa.”( Riwayat muslim)

Hadis tersebut menjelaskan bahawa salah satu keistimewaan di bulan syawal ialah peluang berharga untuk orang mengajar nikmat dan kemurahan Allah sepanjang hidup iaitu puasa enam hari.

Ganjaran pahala diberikan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa enam di bulan ini seperti ganjaran pahala kepada mereka satu tahun penuh. Ganjaran yang diberikan amatlah bersesuaian dengan keihklasan umat islam dalam melaksanakannya dengan memperhatikan kebanyakan manusia tidak dapat melakukannya disebabkan keadaan sekeliling mereka lebih menguji keimanan seseorang yang menunaikan puasa diwaktu kemeriahan hari raya.

Puasa sunat enam hari ini lebih afdal atau lebih utama dengan melakukannya secara berturut-turut ( enam hari ) bermula 2 syawal. Kita juga boleh melakukannya secara berselang-seli dan boleh juga dilakukan pada bila-bila masa asalkan di bulan syawal. Puasa enam itu samalah kelebihannya dengan sembahyang sunat rawatib yang dikerjakan sesudah dan sebelum solat fardu iaitu sebagai penambah kekurangan-kekurangan yang terjadi pada puasa fardu.

Berpuasa enam itu sebagai tanda mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita kerana amal yang dilaksanakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di bulan ramadhan, bahkan akan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika kita mengiringi puasa ramadhan dengan puasa enam hari.

Menerusi peluang dan nikmat yang diberikan Allah SWT ini seharusnya kita mengambil peluang dan kesempatan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bahawa setiap kebajikan yang kita kerjakan tidaklah sia-sia malahan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Rebutlah Peluang Ganjaran ini….

Saturday, October 18, 2008

Koreksi diri di bulan syawal

Jika di bulan Ramadan umat islam diperintahkan berpuasa dan dijanjikan dengan pengampunan dan pembebasan dari azab api neraka, di bulan syawal ini Allah SWT memerintahkan hambanya agar bertakbir mengagungkan kebesarannya dan bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakannya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“ Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah dia berikan , petunjuk kepadamu dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dia berikan.” ( Al-Baqarah)

Memang wajar kita merayakan kemenangan dengan memuji kebesaran Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan menyambutnya dengan sambutan yang bersesuaian serta tidak bercanggah dengan ajaran agama islam, agar segala amalan yang telah kita kerjakan di bulan Ramadhan yang lalu itu tidak sia-sia, tetap terpelihara dan pahalanya akan berkekalan sehingga akhirat.

Disamping kita bersyukur dan bergembira di hari lebaran ini kita juga seharusnya merenung dan membuat penilaian terhadap segala amal perbuatan yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan menjadikan sebagai satu titik tolak kepada kita untuk berazam mempergiat lagi amalan-amalan kita di masa hadapan. Kita yakin jika disepanjang bulan ramadhan kita mampu menunaikan sembahyang berjemaah baik yang fardu mahupun yang sunat di masjid-masjid, kenapa di bulan-bulan lain kita tidak berupaya mengerjakannya . Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain, seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan seumpamanya. Begitu juga dengan berpuasa , jika Ramadan kita sanggup berpuasa sebulan, adalah tidak munasabah dan mustahil kita tidak dapat mengerjakan puasa-puasa sunat yang lain seperti puasa enam di bulan syawal.

Selain bertakhbir, bertahmid dan bertasbih umat islam juga di anjurkan supaya berpuasa enam di bulan syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa.”( Riwayat muslim)

Thursday, October 16, 2008

Kita Dan Syaitan

Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW:

“Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul SAW menjawab, “ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah? Dan Rasul SAW menjawab. "Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah SWT sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.

Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadis riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam. Begitulah ‘akrabnya’ hubungan syaitan dengan diri manusia. Dicerobohi hati-hati keturunan Adam ini lalu menghembuskan nafas-nafas kesesatan pada hati manusia. Sehinggalah akhirnya hati itu tunduk dibawah kekuasaan syaitan.

Apabila hati telah dikuasai, menguasai anggota lainnya adalah suatu yang mudah. Kerana hati ini adalah semacam jentera penggerak kepada anggota lainya, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, Sabda Nabi SAW:

“Di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Ketika gumpalan daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika gumpalan daging itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah gumpalan daging itu adalah hati”.

Wednesday, October 15, 2008

Merayakan Hari Raya

Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya supaya berlebih-lebihan atau melampaui batas dalam menyambut apa saja perayaan.

Ini bermakna islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros, berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih muih yang terlalu banyak.

Konsep hari raya sendiri selalunya dikaitkan dengan pembaziran.Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun , bunga api adalah salah disisi agama.

Budaya duit raya bagi sesetengah masyarakat, yang lazimnya dilakukan di Malaysia. Duit raya merupakan hadiah atau ganjaran kepada kanak-kanak dihari raya. Kanak-kanak akan bergembira dihari ini, kerana mereka akan dapat ganjaran berbentuk wang dari setiap yang dewasa yang sudah bekerja dan mampu.
Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan ia tidak melampaui konsep pemberiannya.

Kepada ibu-bapa, usahlah didik anak mengunjungi rumah jiran tetangga semata-mata untuk mendapatkan duit raya. Dan jangan amalkan prasangka buruk kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu misalnya dikatakan kedekut, bakhil dan sebagainya.

Menyentuh soal wang ini, perlu diingatkan salah satu kewajipan yang harus ditunaikan oleh semua umat islam menjelang aidilfitri ini ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang disalurkan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan oleh syariat. Sekiranya aidlfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat kepada beberapa pengisian yang disebutkan tadi, sudah pasti, tujuan asal aidilfitri itu sendiri sudah jauh menyimpang.

AidiLfitri

Sejarah hari raya dalam islam bermula apabila rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa arab pada masa itu.

Apabila baginda Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, maka mereka menjawab bahawa 2 hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun temurun dari datuk dan nenek mereka terdahulu.

Lalu rasulullah telah menyatakan kepada orang-orang Arab Madinah bahawa islam telah menggantikan 2 hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari raya yang lebih bermakna iaitu hari raya korban atau aidiladha dan hari raya fitrah atau disebut aidilfitri.

Konsep hari raya dalam islam jelas menunjukkan bahawa ianya adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat. Aisilfitri disambut dengan satu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan sekadar menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga meraikan kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri dari melakukan apa jua perkara yang dilarang dimana sekiranya dilakukan juga maka terbatallah puasanya.

Lantaran itu Allah menganugerahkan kita satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan dari kemenangan tersebut. Kalimat ‘FITRI’ itu sendiri bermaksud FITRAH iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah asal dimana fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari dosa dan noda.

Oleh kerana ianya dikatakan sebagai perayaan keagamaan , maka cara menyambutnya hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.Apabila sahaja diumumkan keesokan harinya adalah hari raya, mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Sebuah hadith yang diriwayatkan Tabrah dari ubadah bin Soib menyatakan bahawa “sesiapa yang menghidupkan malam aidilfitri dan aidiladha dengan amalan-amalan baik dan ikhlas kerana ALLAH, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati , iaitu hari kiamat.