RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Saturday, August 9, 2008

KeutamaaN di bulan Syaaban


Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata ,” Rasulullah bersabda: “Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu.”

Dari Aishah ra, dia berkata,”Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan,”tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakana tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban.”

Baginda bersabda:

“kerana bulan itu dimana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada tuhan Rabbul ‘ Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa.”

Dikatakan, untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam malaikat itu adalah malam nisu syaaban dan malam lailatul Qadar, sedangkan hari raya kaum muslimin adalah Aidil fitri dan Aidil Adha.

Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut malam bara’ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa seminggu dan malam al-Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

Juga disebut malam Tafkir atau malam ihya.’ Dimana dalam hadi marfuk disebutkan bahawa siapa yang menghidupkan 2 malam raya dan malam nisfu syaaban,tidak akan mati hatinya pada hari dimana hari-hari mati.

Disebut juga malam syafaat, Dalam suatu hadis disebutkan bahawa rasulullah SAW pada tanggal 13, mohon kepada Allah akan syafaat kepada umatnya. Allah SWT memberinya sepertiga. Rasulullah mohon lagi pada tanggal 15. diberikan keseluruhannya kecuali orang yang lari dari Allah SWT menuju kemaksiatan.

Dinamakan juga Malam makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda, pada malam nisfu syaaban, Allah telah meneliti kepada hamba-hambanya, kemudian dia mengampuni dosa seluruh penghuni bumi kecuali 2 oarang. Orang musyrik dan orang yang memberati dengan dosa.

Beryukurlah .

Mungkin begini la kita sebenarnya
Oleh: Abu Naqibah

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60 .. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela.... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal

mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau

berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya..

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,

berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki..

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah

dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya.. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya.. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin....

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

WallAhua'lam..

MuhabaH (cinta) kepada Nabi SAW.

Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat menegerikan. Lalu dia bertanya, “siapakah engkau?”makhluk itu menjawab, “ akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “ apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab,” Dengan membaca selawat Nabi SAW.”

Rasulullah bersabda:

“selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat padaku pada hari jumaat lapan puluh lapan kali, maka Allah SWT akan mengampunkan dosanya setahun.”

Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat ke atas Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, ‘wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?’Rasulullah menjawab,”tidak”.Lelaki itu bertanya lagi,”mengapa engkau tidak memandangku?”kata rasulullah ,”kerana aku tidak mengenalimu.”lelaki itu berkata, “bagaimana engkau tidak mengenali aku?aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama’ telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu daripada ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “mereka benar, aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka padaku.”kemudian lelaki itu terbangun, lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, dia bermimpi lagi bertemu rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata , sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau,” iaitu kerana dia cinta kepada rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab b Asyraf berserta sahabatnya masuk islam, mereka berkata,” kami ini sebagai putera-putera Allah SWT, tentu kami lebih menyintai Allah.” Kemudian Allah berfirman kepada Nabinya:

Ertinya: “katakanlah ;jika kamu mengasihi Allah , ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allag maha pengampun lagi maha penyayang.” (Q.S. Al-Imran )

Thursday, August 7, 2008

Merindui Allah SWT


CINTA adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan ‘RINDU’. Sehinggalah relalah seseorang jadi hamba kepada keksihnya, mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya.

Kisah Zulaikha ketika cintanya kepada yusof AS teramat sangat sehingga sampai ke puncak kerinduan? Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya. Dia memiliki emas permata , kalung , leontin tujuh puluh unta. Namun dia korbankan demi cintanya pada Yusuf AS.

Setiap orang yang berkata,”hari ini aku terlihat Yusof.” Maka dia berikan kalung. Demikian seterusnya hingga kalungnya habis. Segala-galanya diberikan nama “Yusuf”. Dia lupa segalanya selain Yusuf kerana kerinduannya yang mendalam. Jika dia mengadap ke langit, seolah-olah nama “Yusuf” termaktub pada bintang-bintang.

Diceritakan bahawa ketika Zulaikha telah beriman dan telah menjadi isteri Yusuf, dia suka menjauhi yusuf. Dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta memutuskan dirinya untuk beribadah. Ketika yusuf memanggilnya ke bilik disiang hari, maka dia menolaknya sehingga datangnya malam hari, Jika yusuf memanggilnya pada malam hari, dia akan menundanya hingga ke siang. Dan dia berkata “wahai Yusuf, dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali dia. Maka kini setelah aku mengenalinya , maka tiada lagi cinta untuk selainnya. Dan aku tidak perlu penggantinya.”

Sehingga Yusuf berkata kepadanya “sesunguhnya Allah telah memerintahku untuk demikian dan dia mengabarkan bahawa dia hendak mengeluarkan 2 putera dari rahimmu, yang keduanya akan dia jadikan Nabi.” Kemudian Zulaikha berkata, untuk itu, maka aku mentaati perintah Allah.” Kemudian dengan suka hati dia melayani Yusuf AS.

Rasulullah SAW bersabda:

" akan datang kepada umatku di mana ia menyukai 5 hal dan melupakan 5 hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat, mereka suka kepada harta sehinggakan melupakan hari hisab, mereka cintakan makhluk sehingga lupakan khaliknya, mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa kuburnya."

BeRtauBaT


Bertaubat adalah bagi setiap muslim.Allah SWT telah berfirman:

Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.(Q.S At tahrim:8)

Barang siapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya.Dan barangsiapa tidaksuka berjumpa Allah, maka Allah pun tidak suka berjumpa dengannya.”

( Q.S.Al Kahfi:50 )

Pengertian fasik ada dua,iaitu pertama fasik kafir. Kedua fasik fajr, fasik kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan rasulnya. Keluar dari petunjuk dan masuk dalam kesesatan. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah:

Lalu ia meninggalkan perintah tuhannya…(Q.S Al Kahfi:50 )

Yakni dia telah membangkang terhadap perintah tuhannya untuk beriman. Fasik fajr ialah orang yang meminum arak, memkaan benda yang haram, berzina dan maksiat kepada Allah. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan. Namun tidak sampai batas syirik.

Perbezaan keduanya adalah bahawa fasik kafir tidak akan diampunkan kecuali dengan bersyahadah dan bertaubat sebelum dia meninggal dunia. Sedangkan fasik fajr masih boleh diampunkan dengan bertaubat dan menyesal sebelum mati.Sesungguhnya punca maksiat dari syahwat dan nafsu masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang dating dari kesombongan tidak akan diampunkan.Sebagaimana punca kemaksiatan iblis adalah daripada watak kesombongan. Oleh kerana itu seharusnya engkau bertaubat atas dosa-dosamu sebelum mati. Dengan harapan Allah menerima taubatmu.

Allah SWT berfirman : “ Dia yang menerima taubat dari hamba-hambanya dan memaafkan kejahatan mereka,,”( Q.S.Asy Syura:25)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda :

Orang-orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa.

Tuesday, August 5, 2008

SegeralaH MenutuP kedai apabIla Masuk waktu solat

Pada suatu hari hazrat “Abdullah bin Umar R.anhuma berada di pasar.. ketika waktu beliau telah melihat orang menutup kedai masing-masing dengan segera dan terus masuk kedalam masjid. Beliau berkata inilah ayatnya: “ ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah SWT dan mendirikan solat serta zakat. Mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Dalam satu hadith nabi bersabda,”pada hari kiamat apabila Allah swt mengumpulkan seluruh manusia di suatu tempat maka akan diseru,” dimanakah mereka yang sentiasa memuji Allah SWT samada dalam keadaan gembira atau dukacita?” Satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk ke syurga tanpa hisab. Kemudian akan diseur lagi. “Dimanakah mereka yang perniagaan dan jual belinya tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT. Lalu satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk ke syurga tanpa hisab.

Selepas itu, barulah hisab akan dimulakan untuk orang lain ( Durrul-Manthur)

Saturday, August 2, 2008

Utamakan keselamataN

Saki baki embun sejuk menampar pipi…menyegarkan mata yang kalau dilayan boleh terpejam...dipagi sabtu pertama… baiasanya semua cuti , tapi aku diberi arahan untuk ke seminar kepimpinan Islam and Team Building. Si kecil turut bangun bila saja aku bergerak..tapi tak menangis, si ayah dengan mata yang pejam menepuk-nepuk sianak disuruh tido..aku terus mandi dan siap2 kan diri, mata si kecil hanya memandang, sementara si ayah masih melayan mimpi…si ayah just stanBY on Saturday.. semalam si ayah on called sampai 12 tgh malam,balik keje melayan ibunya yang baru keluar dari Wad , mengurut2 belakang ibu yang lenguh akibat tido yang lama..”ayah letihlah Ummi” masih segar di telingaku walaupun malam dah berlalu…. Dlm hati aku terdetik , macammana orang kawin 4 mesti lagi banyak komitmen…sedangkan si ayah Cuma satu bini n satu ibu dah mengeluh..

Capai kunci n start enjin terus jalan, x cukup masa nak panaskan enjin, kaki pantas menekan pedal minyak, kalo buleh x mahu lagi di brek2.. kereta meluncur laju dikawasan Indera mahkota tanpa halangan…trafik light pun asyik hijau jer.. sampai di taman iMpian, semak dengan trafik yang membanjiri jalan2.. lori2 simen tree pun sibuk sama dipagi hari, pedal minyak terus di tekan laju..x bagi ruang memotong langsung , aku memang nak cepat..!!

Kadang-kadang aku rasa aku bertarung nyawa jugak bila lambat, N bagi pemandu-pemandu yang memandu di “Main road” jgn lah speed under 60.. letih uuiiii.. panjang line!! Dah lah slow tak tengok ker cermin pandang belakang berderet2 org ikut dier..” Yang naik motosikal 250 speed tuh pakai lane tepi jerlah.. .setiap kali memotong motor kat lane tengah nih kadang tak confident jer, kene side mirror pun dah cukup mesti tersembam menyembah jalan nanti encik-encik motor yang dikasihi..sian anak-anak.

Penceramah kali ni dikenali lagi , eX-pensyarah maktaB perguruan, jiran koi..baru lah aku tahu yang jiran tu rupanya penceramah yang baik… dr mula sampai habis gelak jer..sessi pertam yang aku dapat “catch up” topic Teknik cara mengurat.. hahaha…mengurat student.. je kot utk cikgu mcm aku neh.. n slot ke-2 oleh pengarah BTN .. teori penyelesaian masalah.. banyak mengasuh otak kiri utk menaakul.. agak menarik.. Aku sampai rumah pukul 3.00 petang… mata letih.. si kecil tengah tido .. si ayah pun tido.. aku pun turut tido……itulah cerita hari ini Sabtu 2 Ogos 2008.