RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, August 5, 2008

SegeralaH MenutuP kedai apabIla Masuk waktu solat

Pada suatu hari hazrat “Abdullah bin Umar R.anhuma berada di pasar.. ketika waktu beliau telah melihat orang menutup kedai masing-masing dengan segera dan terus masuk kedalam masjid. Beliau berkata inilah ayatnya: “ ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah SWT dan mendirikan solat serta zakat. Mereka takutkan hari kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

Dalam satu hadith nabi bersabda,”pada hari kiamat apabila Allah swt mengumpulkan seluruh manusia di suatu tempat maka akan diseru,” dimanakah mereka yang sentiasa memuji Allah SWT samada dalam keadaan gembira atau dukacita?” Satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk ke syurga tanpa hisab. Kemudian akan diseur lagi. “Dimanakah mereka yang perniagaan dan jual belinya tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT. Lalu satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk ke syurga tanpa hisab.

Selepas itu, barulah hisab akan dimulakan untuk orang lain ( Durrul-Manthur)

0 comments: