Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata ,” Rasulullah bersabda: “Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu.”
Dari Aishah ra, dia berkata,”Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan,”tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakana tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban.”
Baginda bersabda:
“kerana bulan itu dimana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada tuhan Rabbul ‘ Alamin. Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa.”
Dikatakan, untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam malaikat itu adalah malam nisu syaaban dan malam lailatul Qadar, sedangkan hari raya kaum muslimin adalah Aidil fitri dan Aidil Adha.
Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut malam bara’ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa seminggu dan malam al-Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.
Juga disebut malam Tafkir atau malam ihya.’ Dimana dalam hadi marfuk disebutkan bahawa siapa yang menghidupkan 2 malam raya dan malam nisfu syaaban,tidak akan mati hatinya pada hari dimana hari-hari mati.
Disebut juga malam syafaat, Dalam suatu hadis disebutkan bahawa rasulullah SAW pada tanggal 13, mohon kepada Allah akan syafaat kepada umatnya. Allah SWT memberinya sepertiga. Rasulullah mohon lagi pada tanggal 15. diberikan keseluruhannya kecuali orang yang lari dari Allah SWT menuju kemaksiatan.
Dinamakan juga Malam makrifah. Imam Ahmad merawikan bahawa Rasulullah SAW bersabda, pada malam nisfu syaaban, Allah telah meneliti kepada hamba-hambanya, kemudian dia mengampuni dosa seluruh penghuni bumi kecuali 2 oarang. Orang musyrik dan orang yang memberati dengan dosa.
0 comments:
Post a Comment