CINTA adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan ‘RINDU’. Sehinggalah relalah seseorang jadi hamba kepada keksihnya, mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya.
Kisah Zulaikha ketika cintanya kepada yusof AS teramat sangat sehingga sampai ke puncak kerinduan? Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya. Dia memiliki emas permata , kalung , leontin tujuh puluh unta. Namun dia korbankan demi cintanya pada
Setiap orang yang berkata,”hari ini aku terlihat Yusof.” Maka dia berikan kalung. Demikian seterusnya hingga kalungnya habis. Segala-galanya diberikan nama “Yusuf”. Dia lupa segalanya selain Yusuf kerana kerinduannya yang mendalam. Jika dia mengadap ke langit, seolah-olah nama “Yusuf” termaktub pada bintang-bintang.
Diceritakan bahawa ketika Zulaikha telah beriman dan telah menjadi isteri Yusuf, dia suka menjauhi yusuf. Dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta memutuskan dirinya untuk beribadah. Ketika yusuf memanggilnya ke bilik disiang hari, maka dia menolaknya sehingga datangnya malam hari, Jika yusuf memanggilnya pada malam hari, dia akan menundanya hingga ke siang. Dan dia berkata “wahai Yusuf, dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali dia. Maka kini setelah aku mengenalinya , maka tiada lagi cinta untuk selainnya. Dan aku tidak perlu penggantinya.”
Sehingga Yusuf berkata kepadanya “sesunguhnya Allah telah memerintahku untuk demikian dan dia mengabarkan bahawa dia hendak mengeluarkan 2 putera dari rahimmu, yang keduanya akan dia jadikan Nabi.” Kemudian Zulaikha berkata, untuk itu, maka aku mentaati perintah Allah.” Kemudian dengan suka hati dia melayani
Rasulullah SAW bersabda:
" akan datang kepada umatku di mana ia menyukai 5 hal dan melupakan 5 hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat, mereka suka kepada harta sehinggakan melupakan hari hisab, mereka cintakan makhluk sehingga lupakan khaliknya, mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa kuburnya."
0 comments:
Post a Comment