Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat menegerikan. Lalu dia bertanya, “siapakah engkau?”makhluk itu menjawab, “ akulah amalmu yang buruk.” Lelaki itu bertanya, “ apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?” Makhluk itu menjawab,” “Dengan membaca selawat Nabi SAW.”
Rasulullah bersabda:
“selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat padaku pada hari jumaat lapan puluh lapan kali, maka Allah SWT akan mengampunkan dosanya setahun.”
Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat ke atas Nabi SAW. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi SAW. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, ‘wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?’Rasulullah menjawab,”tidak”.Lelaki itu bertanya lagi,”mengapa engkau tidak memandangku?”kata rasulullah ,”kerana aku tidak mengenalimu.”lelaki itu berkata, “bagaimana engkau tidak mengenali aku?aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama’ telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu daripada ayah ibunya.” Rasulullah berkata, “mereka benar, aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka padaku.”kemudian lelaki itu terbangun, lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, dia bermimpi lagi bertemu rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata , sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau,” iaitu kerana dia cinta kepada rasulullah SAW. Ketika Rasulullah SAW mengajak Kaab b Asyraf berserta sahabatnya masuk islam, mereka berkata,” kami ini sebagai putera-putera Allah SWT, tentu kami lebih menyintai Allah.” Kemudian Allah berfirman kepada Nabinya:
Ertinya: “katakanlah ;jika kamu mengasihi Allah , ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allag maha pengampun lagi maha penyayang.” (Q.S. Al-Imran )
0 comments:
Post a Comment