RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, August 7, 2008

BeRtauBaT


Bertaubat adalah bagi setiap muslim.Allah SWT telah berfirman:

Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.(Q.S At tahrim:8)

Barang siapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya.Dan barangsiapa tidaksuka berjumpa Allah, maka Allah pun tidak suka berjumpa dengannya.”

( Q.S.Al Kahfi:50 )

Pengertian fasik ada dua,iaitu pertama fasik kafir. Kedua fasik fajr, fasik kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan rasulnya. Keluar dari petunjuk dan masuk dalam kesesatan. Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah:

Lalu ia meninggalkan perintah tuhannya…(Q.S Al Kahfi:50 )

Yakni dia telah membangkang terhadap perintah tuhannya untuk beriman. Fasik fajr ialah orang yang meminum arak, memkaan benda yang haram, berzina dan maksiat kepada Allah. Ia keluar dari jalan ibadah dan masuk dalam kemaksiatan. Namun tidak sampai batas syirik.

Perbezaan keduanya adalah bahawa fasik kafir tidak akan diampunkan kecuali dengan bersyahadah dan bertaubat sebelum dia meninggal dunia. Sedangkan fasik fajr masih boleh diampunkan dengan bertaubat dan menyesal sebelum mati.Sesungguhnya punca maksiat dari syahwat dan nafsu masih boleh diampunkan. Sedangkan setiap maksiat yang dating dari kesombongan tidak akan diampunkan.Sebagaimana punca kemaksiatan iblis adalah daripada watak kesombongan. Oleh kerana itu seharusnya engkau bertaubat atas dosa-dosamu sebelum mati. Dengan harapan Allah menerima taubatmu.

Allah SWT berfirman : “ Dia yang menerima taubat dari hamba-hambanya dan memaafkan kejahatan mereka,,”( Q.S.Asy Syura:25)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda :

Orang-orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa.

0 comments: