Hari nih ..27 ramadhan 1429..kenapa aku rasa semalam mcm malam yang ditunggu-tunggu oleh semua orang-orang beriman jerrkk..tapi aku.. Flat, lepas maghrib.. aku dah keletihan, mata dah ditutup.
Si ayah sibuk melayan karenah anaknya , yang baru ada perasaan nak bermain-main selepas demam. Balqis demam 2 hari lepas....memang tak solid tidur menjaga baby yang demam.. terpaksa tengok.. batuk-batuk, selsema .. demam, pukul 3 pagi .. aku cek suhunya 40 oC, kami sebagai ibu-bapa yang masih mentah nih .. dah menggelabah,, buat-buat tak panic.. mula gunakan air sapu keseluruh badan..ubat demam yang paling kuat tuh kami gunakan untuk turunkan suhu… masuk ikut buntut dia.. kata si ayah… aku jugak bertindak…hehe apa-apa pun memang si ibu cepat bertindak.. si ayah memang cekap meberi arahan…anak aku dah menggigil…si ayah dah mula panic capai kunci keta … bagi arahan lagii.. cepatt kita bw ke hospital.. si ibu.. masih lagi menggunakan semua teori-teori yang dipelajari….dengan pantas teori 2 second aku pun siap.. aku angkat anak tersayang kedlm keta si ayah… si ayah tanpa bismillah terus menekan pedal minyak menuju ke hospital…si anak .. dengan tenang matanya di pejam… lesu..pucat .. belum biru lagi… masih banyak harapan..sampai depan sebuah hospital swasta… ditulis 24 jam…. Pak guard bagi tahu doctor tak ada …sini emergency untuk orang bersalin sahaja… teori yang aku buat dirumah menjadi.. sianak dah berpeluh-peluh…suhu dah menurun … dah buleh buka mata tengok iklan kesukaannya ditepi jalan .. “iklan hotlink” muka katun mcm mr. bean tuh… hehe..
Aku pun beritahu si ayah Balqis dah ok..si ayah pun terus memandu ke Ruang emergency HTAA..tapi berpusing semula melihat anaknya dah ok. Kami balik rumah….terlelap seketika sambil memantau si anak.. pukul 5 pagi..si anak menangis lagi…bila ku peluk.. suhunya panas semula… sekejapnya kesan ubat tuh… aku dah x berani nak guna untuk kali ke 2… ubat itu sepatutnya digunakan untuk 12 jam…
Sekali lagi kami ke ruang emergency di sebuah hospital swasta dikuantan .. second terbesar di kuantan.. servis lebih cepat berbanding HTAA.. mungkin patient disini tak ramai mcm di HTAA..
Doktor bertindak seperti mana teori yang aku buat jugak…. Ubat melalui bontot itu digunakan lagi….aku pun cepat beritahu .. aku dah gunakan nya.. doctor kata .. suhu anak ‘U’ sangat tinggi.. kita mesti buat sesuatu… dia mengarahkan nurse utk membantu… slumber jerr doctor itu menggunakan ubat itu lagi.. mungkin berlainan jenama dan Dosnya…dalam hati aku.. dah bermunajat memohon pertolongan Allah… mata aku terkebil-kebil melihat baby yang dimanja-manja menangis di tangan doctor yang sedang merawat…
Doktor memberitahu si ayah … “ kena masuk wad.. anak encik nih.. buat rawatan susulan.. kita cek darah.. takut virus dalam darah..”si ayah angguk sahaja…akur…
Tapi si ibu tetap ada teori tersendiri…sebab BalQis akan demam setiap kali beralih bulan.. kali ini sahaja paling teruk…sebab batuk dan selsema tuh mengganggu kestabilannya…
Si ibu mencelah antara percakapan doctor pada si ayah.. “ my baby baru 2 hari demam… saya cuma hendakkan ‘u’ turunkan suhunya bagi dia stabil...’ i try bagi dia makan ..bagi tenaga untuk dia baru buat rawatan susulan kalau demam dia berpanjangan lagi..” mata si ayah dah membulat memndang aku…hehe marahlah tu ..” ummi mcm mana kalau suhunya naik lagi lepas nih…, duduk jerr kat wad.. .., my answer still is NO.. just stay kat sick bay emergency room tuh… sampai ok . lepas tu balik.
Alhamdulillah.. Balqis pulih… kami bawa balik .. dan aku di arahkan si ayah… menjaga rapi si anak…perhatikan perubahan dia.. semua kerja-kerja lain dilupakan…
Si anak beransur baik.. hingga hari ni… dia nampak lebih cergas…… perangai-perangai baru pun muncul…..n aku terus bercuti… hari jumaat 26 Ramadhan .. sepatutnya aku ada majlis qattam Al-Quran disekolah.. majlis meraikan kami berjaya menghabiskan Al-Quran di ramadhan ini.. biar cuma sekali.. “aku lerr tuh..” itu sahaja yang aku mampu.. di ramadhan ini.. segala-galanya hambar… ibadah pun kurang.. terawikh .. apatah lagi…tanggungjawab kepada anak didahulukan… kata MAk… “itu baru sorang” kes.kes..kes.. SyabaS kepada ibu-ibu yang menjaga anak 5 hingga lapan orang..tanpa maid… hehhe.. u ‘re the best..
Tahniah jugak buat hpux9000 sebab rajin bangun tengah malam melayan anak .. membuat susu.. dia lebih pakar di bidang itu…
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Friday, September 26, 2008
Siri Ramadhan ke 27
Posted by QasehtheQueeN at 4:42 PM 0 comments
Saturday, September 20, 2008
21 Ramadhan 1429
Rejab dan Syaaban telah pun berlalu bagi tahun 1429, Ramadhan pun bakal meninggalkan kita, apa yang kita dapat di penghujung ramdhan ini, adakah sebanyak mungkin kita mengejar ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT..
Sesungguhnya rejab adalah bulan meminta ampun dari dosa, Syaaban pula bulan memperbaiki diri dari segala celaan dan Ramadhan adalah masa untuk menenagkan hati dan jiwa….
Berpuasa dibulan Ramadhan adalah perkara wajib tetapi sehingga kini masih ada yang menganggapnya sebagai beban. Sakit gastric menjadi alasan, cuti menjadi taruhan, kononnya bersantai dirumah, tidak berpuasa, mereka lupa yang Allah maha melihat segala perbuatan hambanya…
Umat islam sendiri telah menolak salah satu kemuliaan bulan ramadhan yang juga satu syafaat besar bagi umat Muhammad SAW. Apa lagi yang boleh diharap untuk bertemu Syurga firdaus bila kita sendiri yang menutup jalan-jalan menujunya.
Saidina Ali R.A pernah menyebut, “ Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya.
Selamat mengharungi ramadhan dengan jayanya.
Posted by QasehtheQueeN at 5:47 PM 0 comments
Thursday, September 18, 2008
Tinta Ramadhan
Bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan perjuangan dan pengorbanan. Manusia berjuang melawan hawa nafsunya zahiriah dan batiniah serta disamping berkorban untuk mendapatkan keredhaannya.
Perjuangan dibulan Ramadhan juga begitu sinonim dengan perang badar Al-Kubra. Satu perang yang memberi kesan yang cukup besar sepanjang rentetan sejarah perkembangan islam.Ia sebuah peristiwa yang memaparkan keyakinan Nabi SAW dan para sahabatt disertai dengan doa dan zikir yang berterusan mendapat bantuan Allah SWT.
Golongan terdahulu mengorbankan diri mereka untuk memperjuangkan islam, mempertahankan islam sedangkan musuh lebih ramai tetapi kita hanya kalah dengan satu musuh iaitu diri kita sendiri. Umat islam berperang di dalam bulan puasa di padang pasir dengan tiada jaminan kemenangan-tetapi mereka tetap pasrah dan yakin kepada Allah.
Bagaimana pula kita? Hanya berperang dengan tidak makan dan minum, tidak dapat merokok, tidak dapat mengumpat, tidak dapat itu-ini Cuma sekitar 8-9 jam saja-terasa seolah-olah beban berat menghempap kepala.
Semoga semangat Badar Al-Kubra tidak sirna dari hati umat islam hendaknya…
Posted by QasehtheQueeN at 4:42 PM 0 comments
Wednesday, September 17, 2008
Malam Lailatul Qadar
Pada bulan ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.Dikatakan mulia, pertama lantaran itulah malam Al-Quran diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada malam itu. Beberapa hadis shahih meriwayatkan malam lailatul Qadar itu jatuh sepuluh hari terakhir dibulan ramadhan.Seperti dirawikan oleh imam Ahmad,” Lailatul Qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam ke 21 atau 23,25,27,29 atau akhir Ramadhan . “Barang siapa mengerjakan Qiamulail (solat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-ku maka diampunkan dosanya pada masa lampau atau pada masa akan datang.”
Kenapa di akhir ramadhan bukan diawal ramadhan?..
Kerana 20 malam sebelumnya kita mengasah, mengasuh jiwa kita. Itu adalah satu persiapan untuk menyambut lailatul Qadar.Al-Quran menyatakan, pada malam itu turunnya malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin tuhan mereka mengatur segala urusan. malam itu ( penuh) kesejahteraan/ kedamaian sampai terbit fajar.
Q.S al-Qadar: 4-5.
Posted by QasehtheQueeN at 5:52 PM 2 comments
Tuesday, September 16, 2008
Empat Tuntutan
“wahai orang-orang beriman, telah wajib keatas kamu berpuasa sebagimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi oarng yang bertakwa,” srah Al-Baqarah:183.
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan yang mulia untuk menambah ibadat.
Rasulullah mengariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu:-
1. melazimkan bacaan kalimah Taiyibah.
2. Beristigfar
3. Memohon memasuki jannah
4. Berlindung dengannya daripada neraka jahanam
Rasulullah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat ini sebagai amalan. Abu syed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:
“suatu ketika nabi Musa A.s memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimah khas yang mana baginda dapat mengingati Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa a.s berkata, “wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hambamu, aku mengkehendaki yang khusus.” Lalu Allah SWT menjawab,”wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung didalamnya kecuali aku diletakkan ke atas sebuah dacing dan kalimah ini pada yang lain, kalimah ini lebih berat lagi dari segala sesuatu,”.
Didalam hadis yang lain pula, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu “ laa ilaha illalla” dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan dibuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk meperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita dari segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memeperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti “ astaghfirullah”. Tidak ada batasan dalam mengulang-ulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala dikumpul.
Disamping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada yang maha esa menjauhkan kita dari ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:-
“Allahhumma as’alukal jannata wa a’uzubika minannar.”
Dengan meperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lkukan untuk memenuhi bulan ramdhan ini. Ramdhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.
Justeru itu, sebgai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayangnya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijadikannya, maka layaklah kita sebgai hambanya merebut peluang ini yang datangnya hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit, semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah swt memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurganya secara percuma, tidak perlu bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikir-fikirkan lah wahai insan-insani….
Posted by QasehtheQueeN at 5:59 PM 0 comments
Nuzul Al-QuraN 17 ramadhan 1429
iQra’… Bacalah!!
Peristiwa penurunana wahyu pertama kepada nabi Muhammad SAW membuka episode baru dalam proses mengembalikan semula aqidah manusia kembali menyembah Allah SWT. Selepas beberapa zaman manusia terumbang ambing ketiadaan pembimbing.Akhirnya Allah SWT mengutuskan junjungan besar Nabi Muhammad SAW berserta mukjizat paling agung iaitu Al-Quran.
Al-Quran menjadi pembersih aqidah umat manusia daripada menyembah berhala kepada tuhan yang Esa, Al-Quran menjadi hujjah kebesaran dan keagungan Allah SWT pencipta alam semesta, Al-Quran menjadi pedoman sepanjang zaman kehidupan manusia dan Al-Quran juga adalah penawar bagi penyakit jasmani dan jiwa.
Kita akan sentiasa membaca kad yang diberikan oleh insan yang tersayang berulang kali kerana rasa disayangi, malangnya kita tidak terasa untuk membaca Al-Quran berulang kali walhal yang memberikan Al-Quran itu adalah Allah SWT kerana rasa sayangnya kepada hambanya.
Kita cukup memelihara sekuntum bunga pemberian kekasih, tetapi sesetengah dari kita meletakkan Al-Quran merata-rata sehinggakan yang jatuh tidak terambil. Yang koyak tidak di tampal , yang rosak dibiarkan begitu sahaja . yand ada itu juga dibiarakan berdebu tanda ia sekadar simpanan sahaja , tidak berkesempatan kononnya membaca.
Para sahabat di kala senang, menatap Al-Quran sebagai tanda syukur, para sahabat dikala resah gelisah, menatap Al-Quran sebagai penenang jiwa.Jauh bezanya dengan kita sekarang. Bila senang melompat menepuk tangan, bila sedih mendengar radio , termenung di tepi pantai .. rela mengadu nasib pada pantai. Radio dikelek sebagai teman, rokok dihisap sehingga pening, dadah diambil untuk menenangkan , kelab hiburan dicari untuk melepaskan perasaan, memaki hamun kawan-kawan bagi melepaskan geram akibat perasaan berkecamuk ….
Tersebut didalam Al-Quran yang bermaksud, “Tidakkah dengan mengingati Allah itu menenagkan hati-hati.”?
Alangkah ruginya pemberian ini disia-siakan, apatah lagi sepanjang ramdhan ganjaran membacanya berlipat kali ganda diberikan.Ayuh mari kita pagarkan hati-hati ini menyayangi Al-Quran dan mengenalinya, membacanya, memahaminya dan mengamalkannya serta mengajarkannya. Tepuk dada tanyalah iman..!!
Posted by QasehtheQueeN at 5:12 PM 0 comments
Sunday, September 14, 2008
Apa punya perangai : siri ramadhan jaman jaman dulu.
karya : gunx.blogspot.com
qaseh:syok jugak baca cerita dak maran neh... hehehe...
macam tak biasa, jam 2 petang baru loceng bunyi. Boleh tahan huru hara masing-masing capai beg. Ustaz kat depan dah jadi macam tiang gol. kene pulak time Ust Kamaruddin ngajo. memang melerek-lerek anak mata memprotes. perghhh ! dia punya tahap sangap, tak dapat di sangkal lagi. muka pagi tadi elok2 tampan, sampai kelas dia pakej dengan time2 matahari pacak atas kepala, memang tragis rupanya...
Subjek Mantiq. Sebelum tu dah kene belasah ngan subjek Usul Fiqh. Perghh...dia punya denyut sampai nampak liang urat kat dahi. Gua ada sedikit petua kalau terjebak scene canggini. Tapi sesuai kpd budak sekolah agama je la. Lu cium bahagian dalam songkok. Perghh...High beb !
Lepas ngada2 tarik pendikit minyak motor kapcai depan bas stend yang bersepah budak2 freshie, gua aim ke rumah. Bulan ramadhan, segala activity2 kene slow down.
Pekene Zohor, lepas tu cari seluar lembut ada bunga2. Rumah gua memang pepalih panas. Lokasi atas mini bukit memang selamat dari bencana banjir ttp tidak kepada cuaca menggigit kulit ni.
Apa lagi..gua aim bantal yang gua tinggalkan pagi tadi. Panas2 ni kalau pekene lelap bawah katil memang kacip. Dia punya suhu dah macam rasa kat Danau Toba. Solid.
Tak sabar nak tunggu 'Rumah Kedai'.
Posted by QasehtheQueeN at 6:57 PM 0 comments
14 ramadhan 1429 bersamaan 14 sept 2008
Hari nih .. dah hari Ahad, 14 Ramadhan 1429… genap 2 minggu berpuasa…. Si qaseh masih dikurniakan kesihatan untuk meneruskan ibadah berpuasa…. Alhamdulillah, darah rendah dah tak ada lagi.. tapi pening-pening time bangun tido tuh masih ada….
Bila Ramadhan si qaseh lebih menjadi pendiam.. dia letih agaknya, budak-budak pulak time nak belajar letih, bersembang tak de pulak letih, itulah budak-budak , sentiasa dihinggapi sikap malas yang mana kadang-kadang menguji jugak jiwa qaseh.. Dalam diam-diam siqaseh “tamper” .. membaling fail turun ke bawah tanda protes…bila kerja pelajar yang sepatutnya lengkap tak lengkap .. dah tu menipu pulak…semua student berpandang-pandangan…dan kelas menjadi sunyi, tiada siapa pun yang berani bercakap..siqaseh sebenarnya lebih suka keadaan yang macam tu dibulan ramadhan. Siqaseh membiarkan student yang bersalah tapi buat muka tak bersalah tuh menyiapkan kerja-kerja kursus mereka, semua mereka lebih rela akur dari diminimum kan jumlah markah…
Ada yang berkata beruntung ada kemahiran, sekurang-kurangnya kita boleh melakukan sendiri kerja-kerja kita tuh. Tak payah dihantar ke kedai yang mengenakan caj yang begitu mahal…
Kadang-kadang si qaseh rasa .. letih bila ada kemahiran, ada yang mengambil kesempatan, meminta tolong tanpa mengira masa, bila buat tak tahu dia katakan pulak kedekut ilmu.. AstaghfirullahalAzim..
Kalau kerja buleh siap dalam 1 jam dua si qaseh tak pernah kisah.. tapi bila kerja tuh mengambil masa seminggu dua.. .. pleasssee….nak jimat sangat pun.. jangan kejam sampai macam tu , walaupun sedara sendiri.. kesian dia.. dia pun ada kerja lain nak buat.
Macam-macam karenah manusia didunia ini kadang-kadang menguji kesabaran hati kecil nurani….
Posted by QasehtheQueeN at 1:31 AM 0 comments
Thursday, September 11, 2008
Cerita LailatuL Qadar
Dirawikan dari ibnu Abas berkata,” Dihantarkan kepada Rasulullah SAW seorang lelaki bani Israil yang dengan beraniaya menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad ( berperang) membela agama Allah seribu bulan, Rasulullah SAW amat terpegun akan hal itu dan mengharapkan untuk umatnya. Maka baginda berdoa:
“ya tuhanku, engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya.”
Kemudian Allah SWT memberikan kepada baginda dan umatnya, malam ‘lailatul Qadar’ yang lebih baik daripada seribu bulan dimana seorang Bani Israel itu menghunus pedangnya membela agama Allah.Inilah keistimewaan umat ini.
Dikatakan bahawa lelaki itu bernama syam’un, berperang dengan musuh selama seribu bulan, tak pernah kering bulu tengkuk kidanya.Sesungguhnya orang-orang kafir gentar bila berhadapan dengannya. Kemudian mereka menyampaikan ututsan kepada isterinya dengan membawa jaminan sebuah bejana emas penuh dengan emas pula, yang akan diberikan padanya bila berhasil mengikat suaminya.
Isterinya pun melakukannya, namun ketika suaminya bangun dan mengerakkan badannya, semua ikatan itu putus.Si suami bertanya,”mengapa engkau berbuat demikian?” “Aku hendak mencuba kekuatanmu”, jawab si isteri. Lalu rantai dan dia berbuat seperti dulu, tetapi si suami boleh memutusnya jua.
Iblis datang kepada mereka dan menunjukkan agar menyuruh isterinya bertanya kepada suaminya tali apa yang sekiranya dia tidak boleh memutuskannya.” Tali rambut yang tumbuh pada janggutku ini.” Jawab sisuami ketika ditanya isterinya. Memang si suami mempunyai janggut lapan helai dan mengikat kedua tangannya dengan empat helai lagi, Kemudia orang-orang kafir membawanya pergi ke rumah tempat penyembelihan yang amat luas dan tingginya empat ratus hasta dengan satu tiang. Dengan ramai-ramai mereka potong kedua telinga dan bibirnya.
Kemudia lelaki itu memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk memutuskan ikatannya serta dapatt dengan selamat menggerakkan tiang rumah itu agar merobohi mereka. Allah SWT mengkabulkan doa, ia berhasil memutuskan ikatannya, menggerakkan tiang rumah dan merobohi mereka dan mereka mati semuanya, tapi dia sendiri selamat.
Ketika mendengar cerita ini , para sahabat rasulullah bertanya,”wahai rasulullah, bolehkah kami menemukan seperti pahalanya?” “aku tidak mengerti.” Jawab rasulullah SAW. Kemudian Allah memberikannya Lailatul Qadar seperti yang telah diceritakan di atas.
Dari Anas rs, dia berkata,” Telah bersabda Rasulullah SAW:
“ Pada malam lailatul Qadar,Jibril as dengan serombongan Malaikat turun.Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri dan duduk mengingati Allah SWT.”
Labels: Terjemahan kitab mukashafah Al_Qulub
Posted by QasehtheQueeN at 8:53 PM 0 comments
Sunday, September 7, 2008
Dari Salman Al-farisi ra, dia berkata,” rasulullah SAW berkata kepada kami pada akhir bulan Syaa’ban, Baginda bersabda:
“Wahai sekalian manusia, akan datang kepadamu bulan yang di situ terdapat malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam. Allah telah mewajibkan puasanya dan mensunahkan ibadah malamnya. Siapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar dengan satu macam dari kebaikan, sepertinya dia melakukan ibadah wajib pada bulan lainnya. Dan siapa melakukan ibadah wajib, ia seperti orang yang melakukan tujuh puluh ibadah dibulan lainnya. Dia itu bulan sabar. Pahala sabar adalah syurga. Ia bulan dimana rezeki orang mukmin ditambah.. Siapa memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat pahala memerdekakan budak dan ampunan dosanya.”
Kami bertanya ,”wahai rasulullah, tidak setiap kami menemukan sesuatu yang untuk berbuka?,” Baginda bersabda:”Allah memberi pahala kepada orang yang memberi air atau sebiji kurma. Barangsiapa memberi makan hingga kenyang orang yang berpuasa, ia akan mendapatkan keampunan bagi dosanya dan tuhan akan memberinya minum dari telagaku seteguk sehingga tak akan haus selamanya. Dan untuknya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun, itulah bulan yang penuh rahmat, tengahnya penuh dengan keampunan dan akhirnya pembebasan dari Neraka. Siapa yang memberatkan hambanya pada bulan itu, Allah akan memerdekannya dari neraka. Perbanyakkanlah pada bulan itu melakukan empat hal:
Yang dua membuatmu diredai tuhan, yang kedua lagi kamu akan mendapatkan sesuatu yang pasti kamu inginkan. Adapun dua membuatmu diredai tuhan dengan syahadat bahawa tak ada tuhan selain Allah dan kamu memohon ampun kepadanya. Sedangkan dua yang menjamin kamu akan mendapatkan Syurga kepada tuhanmu dan memohon perlindungan kepadanya dari api neraka.”
Dalam Hadis yang lain nabi SAW bersabda:
“Siapa berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudia”
Sabda baginda lagi:
“ Setiap amal manusia itu untuknya kecuali puasa ia adalah untukku dan aku sendiri membalasnya.”
Sabdanya lagi:
“Dibulan Ramadan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya
1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi disisi Allah daripada keharuman misik,
2. Para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka
3. Syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi syurga dan berkata:
4. “Hambaku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit.”
5. serta Allah SWT mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadan.
Dikatakan , “wahai rasulullah, apakah itu malam lailatul Qadar?” Rasulullah SAW menjawab:
“Tidak , akan tetapi orang yang beramal akan diberi upahnya setelah selesai dia bekerja.”
Posted by QasehtheQueeN at 5:16 PM 0 comments
Saturday, September 6, 2008
TunTutan menjaga LidaH
Antara punca utama anak adam terjerumus ke lembah maksiat ialah mereka tidak menjaga dua perkara iaitu lidah dan kemaluan. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“barang siapa yang mampu menjaga apa yang terdapat diantara janggutnya dan apa yang ada diantara dua kakinya, maka aku jamin akan masuk syurga.” ( Muttafaqun ‘alaih)
Kemaksiatan yang ditimbulkan daripada kemaluan adalah zina dan kemaksiatan yang ditimbulkan oleh lisan adalah dusta. Dengan lisannya seseorang mengucapkan kata-kata tanpa pertimbangan dan difikirkan hingga menimbulkan fitnah dan kemudaratan bagi dirinya mahupun orang lain.
Jelaslah antara factor keselamatan seseorang hamba bergantung kepada penjaganya terhadap lisannya. Nabi Muhammad saw sendiri pernah menasihati Uqbah bin Amir ketika dia bertanya mengenai keselamatan, lalu baginda bersabda yang bermaksud:
“ Peliharalah lidahmu, tahanlah tinggal dirumahmu dan tangisilah dosa-dosa mu.”
Termasuklah penyimpangan yang nyata dan banyak terjadi dalam masyarakat kita sekarang adalah melakukan dusta, baik dalam ucapan mahupun perbuatan, dalam jual beli, dalam sumpah dan perjanjian , bahkan menggunakan dusta sebagai unsure dakwah dan menjatuhkan orang kerana kedengkian.
Sesungguhnya perbuatan dusta termasuk dalam hal yang berbahaya., kerana ia adalah haram dan menyebabkan pelakunya terjerumus dalam api neraka. Dusta mempunyai beberapa pengaruh buruk, diantaranya ialah:
1. menyebarkan keraguan ( bimbang dan resah ) diantara manusia
2. terjerumusnya seseorang ke dalam salah satu tanda munafik
3. hilang kepercayaan di kalangan kaum Muslimin
4. Memutarbelikkan kebenaran dan membawa berita berlainan dengan fakta
5. pengaruh dusta terdap anggota badan
Kita hendaklah merenung dan memperhatikan bahaya dusta sehingga takut untuk melakukannya. Antara cara menghindarinya:
a) Tidak bergaul dengan pendusta sebaliknya mencari teman yang soleh dan jujur
b) B melatih hati dan lisan untuk berkata jujur
c) Selalu mengkaji dan mengamalkan Al-Quran.
Posted by QasehtheQueeN at 6:36 PM 0 comments
Friday, September 5, 2008
Sabtu 6 sept 2008
Lepas bersahur berhajat nak sambung tadarus, seperti Ramadan-ramadan lain-lain, antara aktiviti membahagikan juzuk-juzuk antara sahabat-sahabat oleh ustazah...aku diberi juzuk 24. belum lagi baca. Yang sendiri pun tak habis lagi…semalam berhajat nak sambung , sikecil merengek.. demam sikit si anak..nak berpeluk, berdukung manja.. hehe, sifat semulajadi kanak-kanak.pipinya yang chubby untuk dicium-cium oleh sidewasa. Bila tengok sianak macam tu, aku teringat anak yatim dirumah asuhan anak yatim, kalau demam mereka nak peluk siapa, nak merengek dengan siapa?? Mesti mereka hanya dibiarkan merengek keseorangan tanpa dipujuk-pujuk dan dibelai.. akhirnya tertidur dengan sendirinya..syukur alhamdulillah… kita membesar dengan baik, diberi ibu-bapa yang menjaga, memujuk dan membelai diwaktu kecil, kita diberi peluang bermanja, tidak seperti sesetengah daripada kita , yang diuji di awal usia, mungkin ada rahmat lain disebaliknya.
Bangun sahur pagi nih, si ayah pun macam tak berselera..Cuma minum milo, sama jugak dengan aku pagi ni, tapi aku Cuma minum 3 ml Intra n 3 gelas air putih. Si kecil pun turut bangun, mintak susu… n merengek-rengek lagi mintak perhatian…aku tak dapat tidur lagi lepas solat subuh, berbaring bersama sikecil.. sampai dia tidur cuaca dah cerah baru aku boleh membuka naskah Al-Quran kecil hadiah ayah masa aku dapat ke University dulu. Al-Quran itu lah yang aku bawa kemana-mana aku pergi. Al_Quran itu teman tidur yang aku peluk ketika aku selalu diganggu oleh sejenis makhluk yang aku tak pasti semasa dikolej. Aku masih ingat lagi bilik itu, saban malam makhluk tu datang, membuat aku lemas ketika tidur, aku dah baca semua ayat-ayat pendek yang diajar oleh ustaz, 2 semester jugak aku bertahan dan aku bertukar bilik, baru ok. Apa yang aku nampak bayang hitam , besar, berbulu, macam orang utan pun ada… sampaikan bila dia datang sebelum sampai dekat aku , aku dah boleh rasa , sbb telinga aku akan jadi berdengung, hati aku dah mula membaca surah Al_Ikhlas, sambil ibu jari kaki tidak henti-henti bergerak supaya aku sedar dari tidur, itu pesan ustaz.. ..akhirnya tidak ada lagi gangguan, agaknya dia dah boring kacau aku!! Kali terakhir aku kena di Maktab Perguruan Teknik, masa continue ikhtisas pendidikan dlm kPLI., tu lah cerita aku dengan makhluk tuh, sekali ja nampak, tu pun tak jelas, walaupun cahaya lampu koridor masuk ke bilik tapi bila benda tu datang , pandangan jadi gelap..( korunx percaya ke tidak nih…hehe .. budak-budak Qaseh suka kalau cerita kisah-kisah mcm nih .. hehe.. diam jer kelas.. tekun mendengar…) itu cerita betul tau, pengalaman… dusta itu ciri-ciri munafik..masa kejadian tuh umo qaseh baru 18-19 tahun.. still young..tapi belum lagi histeria.. dan saya berdoa supaya penyakit tuh tak kena pada saya..apa-apa pun ingat Allah adalah segala-galanya.. tiada kuasa lain yang boleh menandinginya..mengingati Allah, berdamping dengah surah-surah Al-Quran , boleh membawa kita jadi lebih berani, yakin dan tidak panik dalam apa jua kejadian.Semoga Allah SWt sentiasa bersama kita dan kita sentiasa dibawah lindungannya .. Insyallah.
Posted by QasehtheQueeN at 4:47 PM 0 comments
Wednesday, September 3, 2008
PuaSa
SEJARAH PUASA
Sebelum diwajibkan berpuasa dibulan ramadhan, Nabi Muhammad dan para sahabat telah berpuasa 3 hari dalam sebulan dengan dinamakan puasa Al-Baidh.
Perintah puasa ramadhan diwajibkan setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada hari isnin 28 syaaban tahun ke-2 hijrah.
TUNTUTAN BERPUASA
Firman Allah yang bermaksud: hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu.Semoga kamu menjadi orang yang bertakwa. ( Surah Al-Baqarah:183)
AMALAN SUNAT DALAM BULAN RAMADHAN
• bersahur
• Menyegerakan berbuka puasa dan berdoa
• Memberi makan dan minum orang berpuasa dan bersedekah
• Mandi haid dan nifas sebelum terbit fajar
• Beriktikaf didalam masjid dan bertarawih
• Bertadarus Al-Quran dan berqiamullail
Makanlah olehmu dan minumlah dan janganlah berlebih-lebih, bahawa Allah tidak kasih kepada orang yang membazir. ( surah Al-A’raaf:31 )
Harus berbuka dan Qada’
• Musafir
• Orang sakit
• Orang yang didalam darurat ( dipaksa berbuka )
Wajib berbuka dan qada’
Perempuan didalam haid dan nifas.
Harus berbuka dan fidyah
• Orang yang sakit yang tiada harapan sembuh
• Buruh kasar yang bekerja dibawah terik matahari sepanjang tahun
• Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk puasa
Harus berbuka tetapi wajib qada’ puasa dan fidyah
• Wanita mengandung yang bimbangkan kesihatan anaknya
• Ibu yang menyusukan anak
• Lewat mengqada puasa hingga tiba Ramadan yang berikutnya
Kifarat
• Denda yang dikenakan kepada suami yang bersetubuh dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Dendanya ialah:-
i- memerdekakan seorang hamba
ii- jika tidak mampu. Hendaklah berpuasa selama 60 hari berturut-turut
iii- jika tidak mampu. Wajib memberi 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang fakir miskin.
iv- Jika tidak mampu dengan kadar satu cupak beras hendaklah dibayar mengikut kemampuan walaupun sebelah tamar. Jika telah mampu hendaklah membeyar mengikut kadar ditetapkan ( Mafhum Hadis)
Posted by QasehtheQueeN at 8:39 AM 0 comments