Wahai anakku!
Tuntutlah ilmu kerana tuhan
Beramal dan melaksanakan ilmu mesti kerana tuhan
Berkemajuan dan bertamadun mesti kerana tuhan
Hatta, buatlah apa pun dalam hidup ini semuanya mesti kerana tuhan
Oleh itu, anakku kalau hendak buat kerana tuhan
Ikutilah panduan, syariat dan peraturan tuhan
Wahai anakku,
Agama adalah Ad Din atau cara hidup
Samada di peringkat diri, keluarga dan masyarakat
Samada dalam urusan habluminallah atau habluminannas
Islam ertinya ‘selamat dan menyelamatkan’
Ertinya agama islam adalah cara hidup disisi tuhan yang selamat dan menyelamatkan
Hasil dari tertegaknya cara hidup yang dikehendaki tuhan
Akan terbangunlah suatu tamadun
Yang selamat dan menyelamatkan
Untuk orang islam dan juga untuk yang bukan islam
Barulah islam nampak cantik dan indah
Hinggakan semua makhluk bahagia bernaung di bawahnya.
Anak-anakku
Dinul islam itu adalah cara hidup orang bertakwa
Yang amalannya bukan sahaja berlandaskan syariat
Tetapi rohnya dan hatinya terhubung kuat dengan tuhan
Sebelum boleh menegakkan islam dalam kehidupan lahirnya
Manusia mestilah terlebih dahulu mengislamkan dalam dirinya
Iaitu akalnya, nafsunya, dan hatinya
Akal di islamkan dengan ilmu dan pengalaman yang dipandu oleh pemimpin atau guru yang bertaqwa
Nafsu dididik dan dikawal agar berkehendak dengan kehendak dan kemahuan yang benar disisi tuhan
Hati menjadi raja dalam diri
Dipenuhi dengan rasa-rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang mendalam
Seperti rasa takut, rasa berdosa, rasa lemah, rasa harap, rasa dikuasai tuhan, rasa tuhan melihat, merasa kebesaran tuhan, merasai kehebatan tuhan dan lain-lain.
Hati yang hidup adalah hati yang faham kerja tuhan
Hati yang celik adalah hati yang faham peranan tuhan di dalam kehidupan mengenal, mencintai dan rasa takut akan tuhan.
Bila dalaman diri telah diislamkan barulah anakku akan beroleh keampunan dan rahmat tuhan.
Maka barulah akan lahir buah
Yakni cara hidup islam didalam kehidupan lahir
Cara hidup yang selamat dan menyelamatkan.
Didunia dan akhirat
Wahai anakku
Tanggungjawab ibu yang paling utama adalah memberi tuhan kepada anak-anak
Yang merupakan amanah Allah kepada setiap ibu bapa.doakan ibumu agar beroleh keampunan dan pimpinan tuhan.