RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, July 15, 2008

Imam

Kini yang diperkatakan pula mnegenai peranan imam dan yang bersangkutan dengan orang yang menjadi imam. Kewajipan atas imam. Banyak tanggungjawab samada sebelum atau masalah membaca, begitu juga dengan perkara rukun solat dan selepas memberi salam penyudah.

Beberapa perkara yang menjadi tanggungjawab imam sebelum meulakan solat, pertama, jangan melangkah kehadapan untuk jadi imam jika dia sedar bahawa para makmum tidak meyukai peribadinya.

Imam adalah pemimpin, bagaimana dia hendak memimpin jika orang yang dipimpin tidak meyukainya.

Sekiranya di kalangan makmum yang tidak setuju sedikit ( minority ), tetpi jika suara minority daripada kalangan orang yang berilmu dan berakhlak mulia, pandangan mereka hendaklah diberi keutamaan kerana kualiti lebih bernilai daripada kuantiti menurut pandangan islam.

Sebagaimana ditegaskan firman Allah Taala yang bermaksud:” katakanlah (hai Muhammad ): Tidak serupa yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik perhatianmu..” (surah al-Maidah,sebahagian ayat 100).

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :“Tiga jenis manusia yang solat tidak diangkat oleh malaikat walau melepasi kepalanya. Pertama,solat seorang hamba sahya yang lari daripada tuannya.Kedua, solat seorang wanita yang suaminya marah kepadanya. Ketiga, imam yang mengimami solat jemaah tetapi tidak disukai oleh makmumnya.

Dilarang sesorang yang naik menjadi imam jika dibelakangnya terdapat seorang yang faqih ( lebih memahami ilmu agama) daripadanya,kecuali si faqih yang lebih utama itu enggan menjadi imam setelah dipelawa.

Seperkara lagi yang imam perlu mengambil tahu iaitu dia kena mendirikan solat pada awal waktu supaya dapat keredaan Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :” Ada manusia yang mendirikan solat di hujung waktu tetapi tidaklah sampai luput, padahal kalaulah dia tahu bahawa solat pada awal waktu ganjarannya lebih mahal daripada dunia dan seisinya,nescaya dia tidak akan melengah-lengahkannya.”

Selain itu tidak sayugia imam melewatkan solat kerana hendak menunggu jemaah yang ramai,sedangkan peranan imam adalah sebagai pemimpin dan pendidik makmum.

Sekiranya imam membudayakan lambat dirikan solat jemaah,nescaya makmum akan meguasai imam melakukan sesuatu yang diredai makmum yang lazimnya lambat ke masjid.

Jadi kewajipan imam menyegerakan solat kerana merebut fadhilat awal waktu , solat awal waktu lebih afdal daripada ramainya jumlah jemaah dan lebih afdal daripada membaca surah yang panjang.

0 comments: