Isu dunia,..Semua media masa melaporkan berlakunya kelaparan, kemiskinan, huru-hara serta kemelesetan ekonomi.yang menggerunkan. Kenaikan harga barang pada masa yang sama juga berlaku peperangan di merata tempat yang menyebabkan mereka berada dalam ketakutan.
Umat islam sendiri hendahlah bermunasabah dengan amaran daripada Allah SWT. Betapa Allah SWT meletakkan bumi islam dikuasai yang sgt kaya dengan hasil minyak yang banyak dan menghasilkan pendapatan yang banyak.
Tumbuh pula tempat yang menghasilkan berbagai jenis makanan kepada manusia. Mengapa umat islam begitu takut kepada ancaman yang begitu rupa dan kenapa Negara islam dilanda dengan ketakutan kenaikan harga minyak!!
Sepatutnya mereka menghisab diri mereka sendiri.. dimana perginya hasil bumi pemberian Allah SWT. Adakah mereka gunakan untuk umat islam atau dilaburkan kepada bank-bank amerika yang penuh dengan amalan riba’.Adakah mereka gunakan untuk berjudi dan melakukan rasuah antara satu sama lain. Mengapa wang yang banyak ini tidak digunakan untuk tanah air umat islam yang subur tapi rakyatnya semakin kebuluran. Adakah itu amaraN oleh Allah SWT??
Jangan kita lupa kepada Amaran Allah SWT. Qiblat kita hanya satu ( kaabah) .. jgn terlalu memandang ke barat. Mereka tidak menjadikan Al-Quran pendorong hidup.. sebaliknya falsafah-falsafah barat dijadikan sebagai petunjuk dan berada dalam keadaan jiwa yang gelap gelita..mereka juga telah menyeleweng daripada ajaran Allah SWT yang sebenarnya, rakyat mereka juga telah merasakan mereka diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri.. Adakah Negara sekecil
Marilah kita mendengar seruan Allah SWT..yang diwahyukan kepada rasulullah SAW, supaya diberitahu kepada seluruh manusia..
“Maka hendaklah mereka menyembah tuhan yang menguasai rumah ( kaabah ) ini, tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.” ( surah quraish )
Ayat diatas diwahyukan untuk dibaca pada penduduk mekah yang miskin pada waktu itu. Namun dengan mukjizat Allah SWT. Bumi Makkah yang tidak subur itu bertukar menjadi subur setelah mereka mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menerima rasulullah , bukan sahaja sebagai imam dalam sembahyang namun telah menerima sebagai rasul yang agung, pemimpin yang adil .
Selepas wafatnya baginda rasulullah SAW, umat islam menjadi sebaik-baik umat, bukan sahaja orang-orang arab termasuk semua orang yang berpegang kepada islam di seluruh tempat.ini krn mereka adalah insan mulia sehinggakan mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah banyaknya sehingga boleh memberi pertolongan pada negara-negara lain.
Berbeza dengan masyarakat kita hari ini, ibu bapa sudah merasa takut pada anak sendiri..maksiat terlalu mudah, apalagi rasuah, batas pergaulan sudah seperti barat, tiada hadnya lagi, fesyen remaja yang mendedahkan aurat sudah menjadi tidak janggal dilihat umum..ApakaH kita terGolong dalam masyarakaT yang Alpa..?? melupai tuhan yang maha berkuasa.. BataS-batas keislaman sebenarnya.. apa yang telah digariskan ada hikmah disebaliknya.. marilaH kita fikir-fikirkan…
Marilah kita
Semaikanlah bumi ini dengan zakat, sedekah, amal kebaikan, pertolongan, sikap mulia, aurat terjaga, kebajikan yang memberi faedah kepada kita didunia dan akhirat.
“Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh membuat berbagai perkara yang baik dan melarang segala perkara yang salah , serta kamu pula beriman kepada Allah SWT ( dengan sebenar-benarnya iman ) dan kalaulah ahli kitab ( yahudi dan nasrani ) itu beriman kepada Allah sebgaimana yang semestinya , tentulah iman itu menjadi baik bg mereka, tapi diantara mereka ada yang beriman dan kebaikan mereka orang-orang yang fasik.”
( sural Al- ImraN )
0 comments:
Post a Comment