Walaupun pahala dan ganjaran beribadah di tengah malam itu besar dan ia juga dituntut oleh Allah SWT dan rasulnya, namun untuk melaksanakan itu adalah suatu perkara yang sangat berat bagi kita . Tetapi bagi orang-orang soleh dan para aulia Allah perkara ini adalah suatu perkara yang sangat mudah dan menyeronokkan mereka.
Namun begitu kita kena berusaha mengatasi masalah tersebut dengan mempelajari bagaimana cara-caranya untuk meudahkan kita berqiamullail. Oleh itu syariat islam telah menggariskan beberapa perkara bagi tujuan tersebut, antaranya seperti berikut:-
- perut kita janganlah terlalu kenyang waktu malam, lebih-lebih lagi ketika hendak tidur, kerana ini menyebabkan kita berasa sangat mengantuk dan malas.
- Membiasakan atau melazimkan diri tidur di siang hari, tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor, dan tidur ini hukumnya sunat.
- hendaklah kita faham benar-benar tentang keutamaan dan kelebihan beribadah di tengah malam, dengan itu nanti terbitlah azam dan semangat serta kecenderungan untuk beribadah malam, kerana mengharapkan keredhaan dan pahala Allah.
- Hendaklah kita yakin, bahwa beribadah di tengah malam itu adalah suatu tanda kemuliaan, kerana itu adalah satu tanda menunjukkan kecintaannya terhadap Allah tuhan penciptanya. Mudah-mudahan kita dapat mengikutnya.
0 comments:
Post a Comment