Melakukan kebaikan termasuk dalam perkara-perkara yang dapat mendatangkan kebahagian dan menghilangkan keresahan. Kebaikan yang dimaksudkan adalah umpama sedekah, beramal soleh dan memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain. Semua ini merupakan satu daripada sekian banyak perkara yang mampu menciptakan kedamaian didalam dada.
…….wahai oarng-orang beriman, belanjakan lah ( dijalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepada mu ( Al- Baqarah:254 )
…..lelaki dan perempuan bersedekah..(Al-Ahzab:35 )
Rasulullah SAW menggambarkan orang yang kikir dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus menerus memberi dan menginfakkan hartanya,sehingga jubah dan baju besinya menjadi terasa longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Sementara itu orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu menyedekahkannya sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit dan menghimpit .. yang pada akhirnya akan menyempitkan jiwanya.
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwanya mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis
( pun memadai ).. ( Al-Baqarah : 256 )
Sesungguhnya terbelenggunya tangan dari menegeluarkan sedekah. Oaring-orang kikir adalah orang yang paling sesak dadanya dan sempit akhlaknya kerana mereka adalah orang-orang yang kikir atas anugerah Allah SWT.Seandainya mereka sedar bahawa apa yang mereka sedar bahawa apa yang mereka berikan kepada orang lain akan mendatangkan kebahagian, nescaya mereka akan segera melakukan kebaikan ini, apakah mengumpulkan harta itu boleh menambah umur perilakunya? Atau apakah menginfakannya membuat harta itu berkurangan ? tentu saja tidak. Semua itu tidak benaRR!!..
0 comments:
Post a Comment