RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, July 8, 2008

GagaL Beza Solat Awal atau akhiR waktu, tanda lalai


Telah bertanya Abu Al’Aliyah kepada seorang tokoh terkenal Hasan Al-Basri mengenai “LALAI” seperti yang terdapat dalam surah Al-Ma’uun ayat 4 dan 5 yang bermaksud: “maka kecelakaanlah bagi orang yang solat,( iaitu) orang-oarang yang lalai solatnya.”

Jawab Hassan: bahawa yang dimaksudkan lalai itu ada beberapa perkara yang termasuk dalamnya. Pertama, lalai hingga tidak tahu berapa rakaat, kedua atau ketiga. Termasuk lalai lupa waktu solat hingga terlepas waktu solat fardu.

Ada ulama tafsir menyatakan: bahawa mereka yang melengahkan solat hingga lewat ke hujung waktu tidak rasa runsing, jika solat diawal waktu pun tidak pula berasa beruntung. Seolah-olah awal dan lewat sama sahaja

Orang yang sedemikian termasuk di kalangan orang yang solat tetapi disediakan neraka untuknya, kerana tiada kesungguhan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT. Solatnya sekadar lumrah sahaja.

0 comments: