RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, June 30, 2008

Solat sunaT

Firman Allah SWT terhadap orang yang memperbanyakkan solat sunat.

Allah SWT berfirman ( dalam hadith qudsi ).”sesiapa yang memusuhi wali-waliku maka aku akan diistiharkan perang terhadapnya. Tiada seorang pun kepadanya. ( yakni, penghampiran kepada Allah SWT paling banyak dapat dihasilkan dengan menunaikan segala amalan yang fardhu). Dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriku sehingga aku menjadikannya kekasihku. Kemudian aku akan menjadi telinga yang mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya yang melihat mata itu. Aku akan menjadi tangannya yang dia memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya yang berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripadaku pastiku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindungan daripadaku terhadap sesuatu, pasti aku akan melindungi.” ( Jam’ul Fawaid).

Keterangan

Maksud “ menjadi mata dan telinga…”ialah penglihatan, pendengaran dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah SWT dan tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku bertentangan dengan keredaan Allah SWT.

Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufiq dan hidayah untuk memperbanyakkan amalan sunat setelah menunaikan amalan fardu dan seterusnya mendapat kelebihan ini. Semoga Allah SWT. Dengan limpahannya, mengurniakan kelebihan ini kepada saya dan rakan saya.

Sunday, June 29, 2008

faktor yang menghadirkan rasa takut kepada Allah SWT.


Ada empat factor yang menghadirkan rasa takut kepada Allah SWT pada diri seorang hambanya yang beriman. Apabila dia mengingati dan merenungkan keempat-empat perkara ini, dia akan memperolehi kelembutan hati dan akan mengingati janji dan pertemuan dengan Allah SWT.

Faktor pertama: ziarah ke kubur, kerana di sana terdapat anak-anak, cucu-cucu dan nenek moyang. Disana juga terdapat para kekasih, teman dan sahabat. Oleh kerana itu, rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,” ziarahlah ke kubur, kerana dia akan mengingatkan kepada kematian

Oleh itu salah seorang salafus shalih ( iaitu : Muhammad bin Wasi’) berkata: saya melalui disebuah kawasan kubur dan berkata: “laa iilahaiIIaIIah..Muhammad rasulullah.”Tiba-tiba saya mendengar suara dari kubur tersebut berkata: “wahai Muhammad bin Wasi’, bekalilah dirimu dengan kalimah itu. Demi Allah, jika kamu mengetahui pahalanya, kamu akan mengucapkannya pada setiap nafasmu. Sesungguhnya kami sudah terhalang daripada kalimah Laa illaha illallah,kami tidak mampu lagi mengucapkannya.”

Sesungguhnya amal perbuatan sudah terputus dan hanya amal soleh seperti solat, puasa, sedekah,budi pekerti yang mulia dan amal kebajikan yang sentiasa dekat dan berguna di sisi Allah SWT.

Faktor kedua : selalu mengingati kematian, samada di pagi hari mahupun di petang hari. Bahkan ketika berbaring di tempat tidur.

Fatimah binti Abdul Malik, isteri kepada khalifah Umar bin abdul Aziz berkata: Apabila Umar hendak berbaring ke tempat tidurnya, dia menggigil seperti burung kedinginan. Saya bertanya: Wahai Amirul Mukminin kenapa tuan belum tidur lagi? Beliau menjawab:’ Bagaimana mungkin saya boleh tidur, sesungguhnya katil ini mengingatkan aku kepada kubur.”

Faktor ketiga: Selalu mengingati bahawa azab Allah SWT sangat pedih.Jika Allah SWT mengazab hambanya, dia tidak mengasihinya sedikitpun.

Oleh kerana itu kahlifah Umar Al-Khatab dalam suratnya kepada para gabenornya, berkata: “ketahuilah, bahawa seksa Allah sangat pedih, apakah kamu telah melupakannya.

Faktor keempat: Sentiasa waspada terhadap pandangan Allah SWT.

Ibnu Taimiyah berkata:’Hati adalah rumah Allah. Rumah ini tidak akan baik, tidak akan kukuh dan tidak akan berkata jujur kepada Allah, melainkan kamu memperhati dan menyedari bahawa Allah SWT selalu melihatmu.”

Inilah salah satu factor yang penting dan utama untuk menimbulkan rasa takut kepada Allah SWT.. iaitu hendaklah seorang mukmin memperhati dan menyedari bahawa pandangan dan pengawasan Allah SWT sentiasa menyertainya di mana sahaja. Rasulullah SAW bersabda: “ Apabila kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihatmu.” ( Al-Bukhari dan Muslim).

Friday, June 27, 2008

Ujian menganGkat MartabaT


Akhirnya kita sedar dan insaf bahawa memang rasa sedih atau dukacita itu fitrah manusia. Namun yang salah ialah apabila kita sedih dengan benda yang tidak perlu kita sedihkan.Sedih kerana tak dapat sesuatu, sedih kerana kehilangan sesuatu, sedih kerana tak dapat mengejar dunia, sedih kerana tak dapat berhibur, sedih kerana orang yang kita saying telah hilang.

Perkara tersebut tidak perlu kita sedihkan. Namun kita sepatutnya sedih apabila kita kehilangan iman, kita kehilangan petunjuk atau hidayah Allah SWT.Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita lalui dalam bentuk musibah, adalah ujian. Dan ujian itu untuk mengangkat martabat kita.

Kita lihat bagaimana anak kita melalui ujian dalam peperiksaan dalam pengajian mereka. Anak kita hanya akan dapat dinilai kemampuannya, kebolehannya setelah melalui ujian. Setelah menduduki UPSR maka dia layak untuk naik ke tingkatan 1. setelah diuji dengan PMR dia layak untuk naik ke tingkatan 4. Diuji dengan SPM maka dia layak untuk masuk ke university.

Dan begitulah ujian demi ujian dilalui oleh anak-anak kita dibangku sekolah, untuk melihat kemampuan mereka, keupayaan mereka dan untuk diukur martabat, darjat ketinggian mereka

Kita juga akan diuji oleh Allah SWT. Kita diuji dengan kehilangan harta, kita diuji dengan kehilangan anak-anak, kehilangan isteri, kehilangan suami, ayah, ibu. Kita diuji dengan kesakitan, kita diuji dengan musibah, bencana, apapun yang berlaku, banjir dan apa pun. Setiap ujian itu,yakinlah, Allah ingin melihat kualiti kita yang sebenarnya. Pastikan kita lulus ujian Allah. Tidak pernah mengeluh di hati kita.tidak pernah menyalahkan takdir Allah. Tidak pernah mengutuk takdir Allah. Malah kita sentiasa menghampirkan diri kepada-nya.Innaa lillaahi wainnaa ilaihiraaji’uun.

Marilah dengan khusyuk dan tunduk hati kepada Allah SWT, kita sedar dan insaf bahawa kesedihan ada batasnya, kedukaan ada garis panduannya.bersedihlah saudaraku sekalian jika kita tidak dapat mempertahankan hidayah atau petunjuk oleh Allah SWT.


Tuesday, June 24, 2008

Dosa dalah beban


Setelah kita meluahkan hati kita kepada Allah, setelah kita melepaskan segala yang terbuku di hati kita kepada Allah, kita terasa lega, kita rasa lapang, seolah-olah beban yang berat yang kita pikul selama ini terlepas.

Dosa adalah beban. Dan bila kita bertaubat kepada Allah, beban itu terlepas daripada kita. Itulah nikmat bertaubat. Firman Allah swt:

Bermaksud:

“segeralah mendapatkan keampunan tuhanmu, seluas langit dan bumi, ( saudara.. keamapuanan tuhan seluas langit dan bumi ) disediakan untuk orang-orang bertakwa. ( siapa orang-orang yang bertakwa itu ? orang yang bertakwa ialah, mereka yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, orang yang menahan marah, orang yang memaaf. Dan Allah suka kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.

(siapa pula orang yang melakukan kebaikan? Siapa pula golongan muhsinin? “ ialah mereka yang bila melakukan kesalahan,( bila melakukan dosa), mereka ingat kepada Allah. Bila mereka menzalimi diri mereka,( bila mereka menganiaya diri mereka dengan dosa-dosa), mereka segera ingat kepada Allah dan mereka mohon ampun kepada Allah.

“(kemudian Allah bertanya), siapakah yang mnengampunkan dosa selain Allah? ( Siapakah yang mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak kekal dalam dosa, walhal mereka mengetahui.” ( Aali Imran 3:133-135)

Kesedihan akan hilang apabila kita telah mohon ampun kepada Allah SWT. Namun yang tinggal ialah keresahan, kerisauan, apakah kita boleh kekal dalam iman, apakah kita boleh kekal dalam islam dan apakah kita boleh kekal dalam melakukan amal-amal kebajikan?

Kita harus sedih, kita harus dukacita apabila kita tidak dapat mempertahankan keimanan kita. Lantas Rasulullah saw bersabda: “Di akhir zaman nanti ada orang yang akan beriman diwaktu pagi namun kufur diwaktu petang, dan ada orang yang beriman diwaktu petang dan kufur diwaktu pagi.

Tergamak kah kita untuk masuk golongan tersebut?

Kalau kita ingin bersedih, bersedihlah jika kita kehilangan iman. Iman itu mutiara. Ia amat berharga. Malah lebih lagi dari mutiara. Iman adalah hidup kita. Tanpa iman siapalah kita disisi Allah SWT? Tanpa iman, di mana letaknya kita sebagai hamba Allah? Berapa lama kita ingin hidup di dunia ini? Seratus tahun? 200 tahun ? atau 1000 tahun ? tidak mungkin!!

Kita datang dari Allah, kita akan kembali kepada Allah. Kullu nafsin zaa-iqatul maut.” Tiap yang bernyawa pasti akan mati.”

Dan apabila kita mati, apakah pula nasib kita bila bertemu dengan Allah SWT.?

Wal tanzur nafsun maa qaddamat li-qad, “setiap jiwa melihat apa persiapan untuk esok.” ( Al-Hasyr 59:18 )

Esok adalah hari kita bertemu dengan Allah. Esok apabila jasad kita diletak dalam liang lahad, yang tua, yang muda, serupa. Yang tua akan masuk ke dalam liang lahad, yang muda akan masuk ke dalam liang lahad. Tidak ada siapa yang kekal di dunia ini. Persiaplah!! Bekal untuk esok. Dan kita harus bersedih sekiranya bekal itu belum kita siapkan lagi.

Kita khuatir, dalam kita mengejar dunia ini, dalam kesibukan kita mengejar harta, pangkat, kamsyuran dan sebagainya-kenikmatan, keseronokkan dan apa pun yang dicari, kita lupa mempersiapkan bekal untuk berpindah kea lam barzakh. Apa nasib kita? A syaqiyun am sa’iid? Apakah kita derita atau gembira?

Monday, June 23, 2008

" Tuhan, aku tidak layak masuk syurga-mu, namun tidak upaya jika kau campak kedalam api neraka-Mu. Terimalah taubatku ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku. Hanya kau tuhan yang mengampunkan dosa-dosa besar".

Sunday, June 22, 2008

KesaLaHan



Apakah pernah anda dilanda kesedihan, kegelisahan, akibat dosa? Ya, Dosa. Kita melakukan kesalahan. Tidak ada manusia yang terlepas dari melakukan kesalahan.

“setiap Bani Adam melakukan kesalahan dan yang terbaik antara mereka ialah yang mahu bertaubat.”

Terkadang kesalahan kita itu terlalu mencengkam perasaan kita. Akhirnya kita bersedih. Ada orang begitu murung, sedih, tak boleh nak buat apa, kerana kesalahan yang menghantui fikirannya. Dia melakukan dosa kepada emak-bapanya, dia berdosa kepada adik-adiknya, dia berdosa kepada gurunya, dia berdosa mungkin kepada jirannnya, kepada sahabatnya, kepada sesiapa sahaja.

Apakah ada dosa lebih besar selain dosa kita kepada Allah, Rabbul Jalil?

Tapi mengapa harus bersedih? Bukankah Allah maha pengasih maha penyayang? Bukankah Allah Ghafuur? Bukankah Allah Ghafaar? Bukankah Allah tauwaab?

Allah maha pengampun, Allah penerima taubat. Berlapang dada kepada Allah SWT. Ya benar kita buat dosa, kita buat salah, tapi Allah sentiasa menanti kehadiran kita, untuk menerima taubat kita.
"wahai orang-orang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.”

( at-taharim 66:8 )

Dengarlah seruan Allah!! Allah menyeru kita yang berdosa ini : wahai hamba-ku, wahai manusia, bertaubatlah. Wahai orang beriman, bertaubatlah.”

Allah mengajak kita untuk bertaubat. Apakah tidak terdetik di hati kita untuk menlyahut seruan Allah? Marilah kita sahut seruan taubat.

Thursday, June 19, 2008

SediH Kerana masalah


Allah benar janjinya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur-banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah beri kepada kita.

“kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya.”

( Ibrahin 14:34 )

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang di sekitarmu. Apa yang kurang ? Tidak ada apa yang kurang,Rumah,kereta,isteri,anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja kurniaannya. Bukankah itu tandanya Allah mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ? Allah tarik sesuatu untuk Allah beri sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah , bahwa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

“Jangan takut, janganlah berdukacita.” ( Al-‘ankabut 29:33 )

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini. Masalah yang besar yang akan tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil , anak kita tak mendengar cakap, anak kita suka melawan dan sebagainya. Bukankah itu mengajak kita untuk berusaha berjihad mendidiknya!! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT.

Ya. Katakanlah anak kita suka melawan, anak kita tidak dengar cakap, degil. Lantas kita berusaha untuk mendidiknya, untuk mengajarnya, untuk mengasuhnya dengan yang terbaik. Kita beroleh pahala oleh Allah SWT.

Apakah ada masalah yang lebih besar di dubia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sdentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs-melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah swt bahwa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah swt. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Tuesday, June 17, 2008

Takut KehilanGan



Setelah manusia dapat sesuatu, dia memiliki sesuatu, maka timbul pula suatu kesedihan, keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia berdukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian?

Laa tahzan! Jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

“ Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci, maha mulia.” ( Ar-Rahman 55: 26-27 )

Allah beri dan Allah akan tarik balik bila-bila masa sahaja.. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adapt yang meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jika pun kita katakana bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah itu kepada sang empunya.

Ketahuilah, hidup kita, mati kita, semua yang kita miliki adalah milik Allah.

Mata ini bukan milik saya. Suatu masa ia akan kabur dan hilang begitu sahaja. Telinga, mulut yang boleh berkata-kata, tangan yang boleh bergerak, tubuh yang ada tenaga, yang boleh berjalan, kaki yang boleh melangkah ke mana saja, semuanya ini adalah pinjaman sementara. Berapa lama? Hanya Allah yang mengetahui.

Maka jika itu kita yakini, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih? Tidak, kita tidak akan bersedih.

Ada orang kehilangan anak, lantas dia bersedih. ,mengapa mesti dia bersedih? Sekiranya dia yakin bahawa anak itu milik Allah swt, dan sudah tiba masanya untuk dia mengembalikan semula anak itu kepada Allah, serahkan kepada Allah yang memiliki anak itu.

Ada orang kehilangan harta benda, seberapa banyak pun… kalau kita yakin bahawa itu milik Allah dan sudah tiba masanya untuk ia kembali kepada Allah, mengapa harus kita berdukacita?

“(Sifat orang beriman, sifat orang yang takut kepada Allah, sifat orang yang tunduk kepada Allah ), ialah mereka yang ditimpa musibah atau bencana, ( apa pun bentuk musibah dan bencana itu) , mereka berkata :`Kita dating dari Allah, Kita akan kembali kepada Allah`.”

Friday, June 13, 2008

Takut TidaK DapaT

Keyakinan kita kepada Allah, pencipta, tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. Sebab itu mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan.

“Orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah.Tidakah dengan menyebut nama Allah akan tenang hati!” ( Ar-Ra’du 13:28 )

Selain daripada itu, resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada orang resah gelisah keranma takut tak dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta, mencari wang ringgit dan dia takut tidak dapat sesuatu. Dia tidak yakin dengan Allah.

Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki untuk seseorang.

Bukankah nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah.Bahawa Allah memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugasku pergi cari rezeki tersebut.

Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesuatu, kerana dia yakin:

“Tidak ada sesuatu pun haiwan melata di muka bumi ini melainkan rezekinya di tangan Allah.” ( Hud 11.6 )

Yakinlah saudara. Keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan, kedukaan dihati.

Wednesday, June 11, 2008

Sedih Dalam mencari


Ada beberapa faktor yang menjadikan manusia resah gelisah, selain daripada lapan penyakit yang disebut oleh rasulullah saw dalam hadis tersebut. Diantaranya ialah manusia bersedih dan resah gelisah dalam mencari sesuatu. Saudara ingat peristiwa Hajar ketika mencari air untuk anaknya Ismail as. Anaknya sedang menangis dahaga, kelaparan dan Hajar berlari ke Marwah, berlari ke Safa ke Marwah untuk mencari air.

Saudara. Dalam hidup ini apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, ada yang mencari teman sejati, ada yang mencari keseronokon, ada yang mencari hiburan, ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkala ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati- apakah yang bertemu ataupun tidak?

Saudara. Kalau saya bertanya kepada saudara, apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna yang lebih hebat dari mencari tuhan?

Ada manusia resah kerana tidak mengenal tuhannya, sepertimana Nabi Allah Ibrahim as yang tercari-cari siapa tuhannya. Lantas apabila baginda melihat kepada bintang, lalu berkata, “ ah, ini tuhanku.” Namun apabila bintang itu lenyap di waktu siang, dia berkata, “Oh, itu bukan tuhanku.”

Datang pula matahari. Dia kata,”ini tuhan. Ini lagi besar”. Bila malam, matahari hilang, dating pula bulan. Dia berkata, “inilah tuhan”.

Akhirnya Ibrahim sedar bahawa yang dicarinya bukan makhluk yang dicarinya bukan bende, yang dicarinya bukan bintang ,bukan bulan, bukan matahari.Tapi yang dicarinya adalah Khaliq- Allah pencipta seluruh ala mini Qaala:

Dia berkata : “Aku tidak kena mengena dengan apa yang kamu syirikkan.”

( Al-An’aam 6:78)

Saudara. Kita juga mencari tuhan. Ada orang mencari tuhan dengan seni, maka dia bersyair, dia bermadah mencari tuhan dengan melakukan apa sahaja. Ada orang sanggup mendaki gunung yangt tinggi, meredah lautan luas, menyelam ke dasar yang dalam, semata-mata untuk mencari tuhan.

Saudara. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Allah swt. Dan Alhamdulillah, dengan nikmat yang dibawa oleh islam, iman yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw, kita mengenal tuhan kita.

Sunday, June 8, 2008

LapaN PenyakiT Jiwa Manusia


Ada lapan penyakit yang disebut oleh rasulullah SAW dalam hadis. Pertama al-ham, humum, keresahan, gelisah. Yang kedua al-hazan, dukacita, sedih. Perbezaan di antara al-ham dan al-hazan ialah manusia resah kepada sesuatu yang belum berlaku. Menanti sesuatu, dia resah. Menunggu sesuatu, dia resah.

Contohnya seorang pelajar yang sudah melalui exam / peperiksaan dan sekarang sedang menunggu keputusan. Dia resah, dia gelisah. Tidurnya tak nyenyak, buat apa pun tak kena, kerana hatinya bertanya-tanya-bagaimanakah hasil daripada peperiksaan tersebut?

Adapun dukacita ialah ke atas sesuatu yang telah berlaku. Telah keluar keputusan dan dia gagal, maka dia bersedih, dia berdukacita.

Yang ketiga al-‘ajz-lemah. Yang keempat al-kasl-malas. Sifat lemah, sifat malas, membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif yang tidak boleh diharap, yang tidak boleh diserahkan apa juga tugas dan tanggungjawab. Lemah, malas, tidak ada upaya untuk membuat sesuatu. Mungkin kerana sakit, mungkin kerana tenaga yang kurang ataupun sebagainya. Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi.

Yang kelima al-jubn-sifat takut. Yang keenam al- bukhl-sifat kedekut. Takut dalam menyatakan kebenaran. Takut dalam menyatakan yang hak. Takut melakukan yang benar. Ini penyakit jiwa yang melanda manusia. Wal-bukhl-dan sifat kedekut. Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya . Enggan bersedekah, enggan memberi.

Yang ketujuh gabalabatid-dain- beban hutang. Hutang yang banyak, yang melingkari tubuhnya. Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak. Mungkin saja hutang itu hutang yang perlu-makan,minum,rumah,tempat tinggal dan sebagainya.

Tetapi ada juga kadangkala hutang yang tidak perlu. Hanya semata-mata ingin mengikuti corak kehidupan yang mewah. Melihat orang senang, dia ingin senang. Melihat orang mewah dia ingin mewah. Melihat orang ada sesuatu, dia pun nak sesuatu. Maka dia sanggup berhutang. Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu dan hamba perasaan, membawa kepada kedukaan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya.


Saudara/saudari amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

“ Ya Allah, aku berlindung kepada-mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada sifat penaku dan bakhil. Dan aku berlindung kepada –Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan ( oleh orang lain .)”

Saturday, June 7, 2008

Nabi MengajarkaN Doa

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. Lantas rasulullah saw bertemu dan bertanya kepadanya: ‘wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?’

Lantas sahabat tadi menjawab:’ ya rasulullah, aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat diatas pundakku”.

‘Apakah dia?” kata rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”

Lantas baginda saw bertanya: “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa, satu amalan, yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan, segala kedukaanmu, akan diangkat oleh Allah swt, akan dipulihkan, akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?”

“Balaa ya Rasulullah. Sebutlah, apakah doa, apakah amalan itu ya Rasulullah.”

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.”wahai sahabatku,jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak mana pun hutang mu, akan dilunaskan Allah SWT, setebal mana pun kedukaaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT.”

Doa tersebut:

“ Ya Allah, aku berlindung kepada-mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada sifat penaku dan bakhil. Dan aku berlindung kepada –Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan ( oleh orang lain .)”

Sifat Semula Jadi Manusia..

Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, salam ukhwwah, salam kesejahteraan, memohon kepada Allah SWT agar saudara-saudari, dimana pun saudara berada, sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT.

Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih. Sedih adalah sifat semulajadi yang diciptakan Allah kepada manusia. Mustahil ada manusia yang tidak pernah merasa bersedih. Sedih,suka,duka,bahagia,derita adalah merupakan sunnatullah dalam Aehidupan ini.

Bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? Sedih lawannya gembira. Derita pasangannya adalah suka, bahagia. Maka ada kalanya kita merasa sedih, dan itulah sifat semulajadi manusia.

Namun apa yang perlu ialah bagaimana kita mengatasi kesedihan. Bagaimana untuk tidak menjadikan sedih itu suatu perasaan yang boleh mengikat diri kita, membelenggu diri kita, sehingga kita menjadi hamba kepada perasaan.. hingga manusia hilang pertimbangan dan sebagainya.

Sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada Allah SWT.

Sunday, June 1, 2008

CoretaN Buat Teman 4


May the peace, mercy and blessings of Allah be upon you… Monday nite 1 Jun 2008..erm.. baru balik dari pegi merayau-rayau dengan sahabat baik.. sahabat yang paling rapat dengan aku.. utk berkongsi suka duka.. tu je la sahabat yang paling aku percaya dalam dunia nih.. hehhe..

Aku keluar pegi ke bank.. dah lama x pegi bank ..handbag aku pun mcm ringan jer..Sampai di bank sahabat aku pun bz jugak transfer2 duit agaknya..sbb dia kat mesin deposit kat MBB. Dah siap kami pegi ker CowBoy.. sbb aku nak carik bunga.. nak tukar2 bunga kat rumah dah jemu tgk bunga yang ada tuh.. pastuh beli hadiah kat budak2 aku yang cemerlang peperiksaan pertengahan tahun 2008 br nih kat sinih.. heheheh.. pecah la resia kalo budak2 nih baca... by the Way.. Cowboy nih adalah pasaraya harga patut kat kuantaN .. kat tempat lain aku tak pasti ade ker tak de pasaraya nih…Barang-barang kat tempat nih kene pilih2 .. ada yg ok ada yg tak ok.. tp bunga memang ok dan murah..

Selesai membeli belah..perut pun mula bisik2 nak makanan.. .. sahabat aku bawa pegi makan kat “DataraN Gambut” kot namanya kat situh .. sorry aku bukan kenal sgt tempat-tempat kat kuantan nih ..sahabat aku tuh tahu lah sbb remaja dia kat sinih.. zaman remaja aku byk kat Shah Alam…

Sampai di situh.. Sahabat aku Order Jus aPPle Carot, chicken chop.. hotplate taipan yee mee.. aku Plak mintak laici dgn Chicken ChoP.. rasa nak western sbb tgh hari tadi dah makan nasi ala2 kampung maK masak.. urm .. best. ..

Lama jugak tunggu makanan sampaI sambil tgk siaran langsung sure heboh di BUkit Jalil melalui skrin besar LCD... aizaT AF tengah mendendangkan lagu ntah ape ke name.. sedap jugak dgr..

Mcm biasa sedang duduk aku suka memerhati manusia2 disekeliling aku.. mana2 yang pelik2 lama skit aku tgk..sambil layan2 bla..bla dgn.. sahabat aku… Makanan pun sampai.. erm. .. sedap chicken chop nampak best..Taipan mee pun best.. semua nampak best.. bila makan ternyata best.. sedaPnya Makan..belum Habis aku makaN aku dah rasa kenyanG.. sahabat aku pun dah kenyanG sebelum habis.. aku tahu sebab dia sound dia dah kenyang.. tuh dia br sentuh mee taipan.. blom chicken chop lagi..

Mengenangkan membazir tuh kawan SyaitaN kami pun cuba jugak menghabiskan semua makanan yang ada.. Dalam hati aku..Besarnya rahmat tuhan memberi rezeki yang dapat aku nikmati mlm ni... SyukuR AlhamdulillaH.

Sementara sahabat aku asyik kata banyak nya dia makan mlm nih .. mau naik lg berat dia sekilo..lepas nih kene diet lagi katanya..aku sgt memahami.. sahabat aku nih dah sebulan jaga badan.. diet tak kot.. tapi meal dia ada time.. ada kadar.. petang2 bersukan .. lepas bersukan bertapa di GIm sampai mghrib.. erm rutin dia sebulan dua nih.. nampak tough la jugak.. ahaks.

Masa makan aku nampak peminta sedekah.. agak jauhhh dibelakang aku.. seorang bangsa asing aku rasa.. aku tengok ada yang bagi sedekah.. ada yang buat tak tahu jer..berdiri je la pemintak sedekah tuh pun.. tunggu simpati.. erm.. kalau dia datang kat aku memang aku bagi pun.. tapi peminta sedekah tuh tak datang.. aku pun kesian dari jauh je la.. malas aku nak bangun pegi hulur..aku anggap dia x de rezki dgn aku ….. biasanya antara aku dgn sahabat aku nih.. sahabat aku nih lagi baik dlm bersedekah mcm tu.. kalau aku bg rm5 dia akan bg rm 10...hhehe.. janji ikhlas..

Bersedekah jer lah sementara ada…tanamkan niat membantu hanya kerana Allah.. tak kiralah siapa pun orang tersebut… kalau dia menipu antara dia dengan Allah SWT..

Dalam surah al-Hajj ayat 40-41, Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan".

sekadar mengingatkan diri sendiri, family members, friends, dan siapa2 yg masih alpa atau yang sengaja mengalpakan diri dengan hasutan duniawi...

Wahai sauDaraku.. Jangan Lah kita Lupa..


Alhamdulillah il- qaa-il ( segala puji Allah yang berfirman ):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah. ( Takutlah Allah, taatlah Allah. Kerjakan perintah Allah ) dan hendaklah tiap diri melihat apa yang telah dia persiapkan untuk hari esok. ( Esok, hari kita bertemu dengan Allah ). Bertaqwalah pada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan.

“ Dan Janganlah kamu jadi seperti orang yang lupakan Allah, Lantas Allah jadikan mereka lupa diri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. Tidak serupa penghuni neraka dengan penghuni syurga. Penghuni syurga itulah orang-orang yang berjaya.’

(Al- hasyr 59:18-20)

Sodaqal-Llaahul-‘adziim.

Ya zaljalaali wal-ikram

Ya Allah, Tuhan yang meiliki segala kebesaran dan kemuliaan.

Amitna ‘alaa diinil islam

Matikan kami dalam agama Islam.