Ada beberapa faktor yang menjadikan manusia resah gelisah, selain daripada lapan penyakit yang disebut oleh rasulullah saw dalam hadis tersebut. Diantaranya ialah manusia bersedih dan resah gelisah dalam mencari sesuatu. Saudara ingat peristiwa Hajar ketika mencari air untuk anaknya Ismail as. Anaknya sedang menangis dahaga, kelaparan dan Hajar berlari ke Marwah, berlari ke Safa ke Marwah untuk mencari air.
Saudara. Dalam hidup ini apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, ada yang mencari teman sejati, ada yang mencari keseronokon, ada yang mencari hiburan, ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkala ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati- apakah yang bertemu ataupun tidak?
Saudara. Kalau saya bertanya kepada saudara, apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna yang lebih hebat dari mencari tuhan?
Ada manusia resah kerana tidak mengenal tuhannya, sepertimana Nabi Allah Ibrahim as yang tercari-cari siapa tuhannya. Lantas apabila baginda melihat kepada bintang, lalu berkata, “ ah, ini tuhanku.” Namun apabila bintang itu lenyap di waktu siang, dia berkata, “Oh, itu bukan tuhanku.”
Datang pula matahari. Dia kata,”ini tuhan. Ini lagi besar”. Bila malam, matahari hilang, dating pula bulan. Dia berkata, “inilah tuhan”.
Akhirnya Ibrahim sedar bahawa yang dicarinya bukan makhluk yang dicarinya bukan bende, yang dicarinya bukan bintang ,bukan bulan, bukan matahari.Tapi yang dicarinya adalah Khaliq- Allah pencipta seluruh ala mini Qaala:
Dia berkata : “Aku tidak kena mengena dengan apa yang kamu syirikkan.”
( Al-An’aam 6:78)
Saudara. Kita juga mencari tuhan. Ada orang mencari tuhan dengan seni, maka dia bersyair, dia bermadah mencari tuhan dengan melakukan apa sahaja. Ada orang sanggup mendaki gunung yangt tinggi, meredah lautan luas, menyelam ke dasar yang dalam, semata-mata untuk mencari tuhan.
Saudara. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Allah swt. Dan Alhamdulillah, dengan nikmat yang dibawa oleh islam, iman yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw, kita mengenal tuhan kita.
0 comments:
Post a Comment