Keyakinan kita kepada Allah, pencipta, tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. Sebab itu mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan.
“Orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah.Tidakah dengan menyebut nama Allah akan tenang hati!” ( Ar-Ra’du 13:28 )
Selain daripada itu, resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada orang resah gelisah keranma takut tak dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta, mencari wang ringgit dan dia takut tidak dapat sesuatu. Dia tidak yakin dengan Allah.
Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki untuk seseorang.
Bukankah nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah.Bahawa Allah memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugasku pergi cari rezeki tersebut.
Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesuatu, kerana dia yakin:
“Tidak ada sesuatu pun haiwan melata di muka bumi ini melainkan rezekinya di tangan Allah.” ( Hud 11.6 )
Yakinlah saudara. Keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan, kedukaan dihati.
0 comments:
Post a Comment