Contohnya seorang pelajar yang sudah melalui exam / peperiksaan dan sekarang sedang menunggu keputusan. Dia resah, dia gelisah. Tidurnya tak nyenyak, buat apa pun tak kena, kerana hatinya bertanya-tanya-bagaimanakah hasil daripada peperiksaan tersebut?
Adapun dukacita ialah ke atas sesuatu yang telah berlaku. Telah keluar keputusan dan dia gagal, maka dia bersedih, dia berdukacita.
Yang ketiga al-‘ajz-lemah. Yang keempat al-kasl-malas. Sifat lemah, sifat malas, membelenggu manusia sehingga menjadikannya manusia yang tidak produktif yang tidak boleh diharap, yang tidak boleh diserahkan apa juga tugas dan tanggungjawab. Lemah, malas, tidak ada upaya untuk membuat sesuatu. Mungkin kerana sakit, mungkin kerana tenaga yang kurang ataupun sebagainya. Malas adalah sifat buruk yang perlu dijauhi.
Yang kelima al-jubn-sifat takut. Yang keenam al- bukhl-sifat kedekut. Takut dalam menyatakan kebenaran. Takut dalam menyatakan yang hak. Takut melakukan yang benar. Ini penyakit jiwa yang melanda manusia. Wal-bukhl-dan sifat kedekut. Manusia menjadi begitu terikat dengan hartanya . Enggan bersedekah, enggan memberi.
Yang ketujuh gabalabatid-dain- beban hutang. Hutang yang banyak, yang melingkari tubuhnya. Dia tidak boleh bergerak akibat lilitan hutang yang terlalu banyak. Mungkin saja hutang itu hutang yang perlu-makan,minum,rumah,tempat tinggal dan sebagainya.
Tetapi ada juga kadangkala hutang yang tidak perlu. Hanya semata-mata ingin mengikuti corak kehidupan yang mewah. Melihat orang senang, dia ingin senang. Melihat orang mewah dia ingin mewah. Melihat orang ada sesuatu, dia pun nak sesuatu. Maka dia sanggup berhutang. Ini penyakit yang akan menjadikan manusia hamba nafsu dan hamba perasaan, membawa kepada kedukaan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya.
Saudara/saudari amalkan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.
“ Ya Allah, aku berlindung kepada-mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah, dari sifat lemah dan malas. Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada sifat penaku dan bakhil. Dan aku berlindung kepada –Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan ( oleh orang lain .)”
2 comments:
artikel anda bagus dan menarik, artikel anda:
http://penyakit.infogue.com/
http://penyakit.infogue.com/lapan_penyakit_jiwa_manusia
anda bisa promosikan artikel anda di www.infogue.com yang akan berguna untuk semua pembaca. Telah tersedia plugin/ widget vote & kirim berita yang ter-integrasi dengan sekali instalasi mudah bagi pengguna. Salam!
Terima kasih atas cadangan anda.
Post a Comment