RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Wednesday, August 27, 2008

Mendengar lagu

Al Qadi Abu Thaiyyib ath-Thabrani mengutarakan beberapa pendapat dari asy-Syafie, Malik, Abu Hanifah, Sufyan dan segolongan Ulama’ bahawasanya MENDENGAR LAGU DAN SEUMPAMANYA ADALAH HARAM.

Dalam kitab abadul Qadha, Imam asy-shafie mengatakan,”sesungguhnya menyanyi itu makruh dan siapa yang membiasakannya BEERTI BODOH DAN HARUS DI TOLAK KESAKSIANNYA.

Abu Thaiyyib mengatakan,”mendengarkan nyanyian dari wanita yang bukan muhrim tidak dibolehkan menurut ulama Syafie, baik terbuka atau dibalik hijab, baik merdeka atau masih budak. Dia mengatakan bahawa telah berkata Imam Syafie, “pemilik jariah (budak perempuan), bila dia mengumpulkan manusia untuk memperdengarkan nyanyiannya, maka dia adalah bodoh dan harus di tolak kesaksiannya.” Dia berkata juga, “ diceritakan dari asy-Sayfie, beliau tidak suka main loteri. Beliau berkata,” Itu dibuat oleh oaring-orang zindiq supaya melupakan Al-Quran.”

Juga menurut imam asy-Syafie , mengatakan, menurut hadis, permainan muzik lebih makruh daripada permainan-permainan lainnya.. Dan aku tidak pula suka catur. Bahkan aku tidak suka semua dipermainkan manusia kerana permainan bukanlah sifat orang yang punya agama dan harga diri.”

Adapun Imam Malik ra, juga melarang nyanyian. Beliau mengatakan,”bila seseorang membeli jariah yang ternyata seorang biduan, seeloknya dia mengembalikannya sahaja.Ini pendapat kebanyakkan ulama’ Madinah kecuali IBrahim bin sad sendiri. Sedangkan menurut Abu Hanifah ra, beliau juga tidak menyukai nyanyian, bahkan beliau mengangap bahawa mendengar nyanyian dari perempuan itu termasuk dosa. Demikian juga menurut semua ulama Kuah, seperti Sufyan ats-Tsauri, Hammad, Ibrahim dan ASy-Syabi dan lain-lain. Ini semua telah dinukilkan oleh abu thaiyyib ath-Thabrani.

Akan tetapi abu Talib al-Mikiyyi telah menukilkan dari sekelompok ulama, bahawa mendengarkan nyanyian itu harus sahaja. Kata beliau,”sekelompok sahabat seperti Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Mughirah bin Syubah, Muawiyah dan lain-lain juga mendengarnya. Bahkan itu juga pernah dilakukan oleh banyak salafus soleh baik dari kalangan sahabat mahupun tabie, dengan baik, juga para ulama’ Hijaz di Mekah. Memperdengarkan pada hari-hari besar tertentu seperti hari tasriq.

Diceritakan dari Mimsyad ad-Dainuri, dia berkata,” Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi. Aku bertanya.”wahai rasulullah, apakah engkau melarangi berlagu? “baginda menjawab,”aku tidak melarangnya.akan tetapi katakanlah pada mereka, hendaklah nyanyian itu dimulai dengan Al-Quran dan ditutup dengan Al-Quran pula”.

Diceritakan dari Tahir bin Bilal al-Hamdani al-Waraq, termasuk ulama’ besar, dia berkata,’aku sedang berbaring di pantai. Suatu hari, aku melihat sekelompok orang dimana salah seorang mereka menyanyi. Aku melarang dalam hatiku. Di sebuah masjid aku berkata bahawa mereka itu suka bernyanyi. Kemudian pada malam itu aku bermimpi melihat Nabi SAW meletakkan tangan pada dadanya sambil mendengarkan Abu Bakar berlagu. Dan mengatakan , “ini hak dengan hak”.atau mengatakan ‘ini hak dari hak’. Aku ragu dalam hal ini.

Al-Junaid mengatakan rahmat akan turun pada kelompok ini dalam tiga tempat, iaitu ketika malam. Kerana mereka tidak makan kecuali lapar. Ketika zikir, kerana mereka tidak bercakap-cakap kecuali dalam makam orang-orang siddiq. Dan ketika mendengar lagu kerana mereka mendengarkan dengan ada yang menyaksikan kebenaran.”

Dari IBnu Juraij, dia suka mengajak orang mendengarkan lagu. Maka ditanyakan kepadanya,”apakah pada hari kiamat, hal ini termasuk dalam kebaikan atau keburukanmu?” dia menjawab,”Ini tidak termasuk dalam kebaikan atau keburukan. Kerana ini hanya menyerupai permainan. Allah SWT telah berfirman:” Allah tiada menyeksamu tentang sumpahmu yang tiada dengan sengaja…”( Q.S Al-Baqarah:225)

Qaseh: Demikianlah pendapat-pendapat ulama’. Yang penting, hendaklah seseorang mencari kebenaran dengan jalannnya sendiri dengan mempertimbangkan dari segi halal dan haram dan sejauh mana pengaruhnya bagi mereka.

Qaseh: Jangan kita cepat menilai orang disebalik satu keburukannya melainkan kita betul-betul megenalinya.


0 comments: