RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Thursday, August 21, 2008

Tiga Perkara Penyelamat, membinasa manusia


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu; takut kepada Allah SWT ketika bersendirian dan dikhalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

( hadis riwayat abu Syeikh)

Ada tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu:

* Sentiasa menjaga tingkah laku kerana sesungguhnya Allah maha melihat dan mendengar semua yang dilakukan hambanya.

* Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa diskriminasi dan beremosi.Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak, tidak terhad pada hubungan antara sesame makhluk malah dalam menjaga hubungan dengan tuhan.

* Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari. Rasulullah SAW berpesan ada tiga perkara lain akan membinasakan manusia; iaitu:

Ø Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.

Ø Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.

Ø Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri serta suka menghina orang lain menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat. Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliaannya.

0 comments: