Zaman sudah berubah ..keruntuhan akhlak menjadi-jadi… sedih mendengar .. melihat.. keruntuhan akhlak dikalangan remaja atau pelajar sekolah.. lebih-lebih lagi pelajar kampung, mak ayah dikampung langsung tak tahu.. disangkakan anak dibandar sedang menuntut ilmu….. rupanya ada yang sekerat jalan .. berhenti belajar, bekerja sendiri.. menipu ibu bapa, bersosial, bercampur lelaki dan perempuan, tidur sebilik tanpa pernikahan yang sah, wang pinjaman belajar digunakan untuk meyewa hotel, melayan nafsu serakah syaitan membentung diri.. itulah anak-anak remaja sekarang…kot pelajar sekolah yang masih bodoh berfikir… rupa-rupanya yang berada di institute pengajian tinggi pun turut sama diperbodohkan oleh syaitan laknatullah..
Zina tidak dapat dibendung lagi…..ada diberitakan budak sekolah rendah pun dah pandai main zina-zana . menggantikan main pondok-pondok.. itulah salah satu tanda kecil kiamat . rasullullah SAW pernah mengatakan bahawa, kiamat akan berlaku selepas terdapat tanda-tanda kecil dan besar seperti zina dan sebagainya.
Zina telah wujud sejak zaman nabi-nabi lagi dan ia berkekalan hingga sekarang. Umat yang terjebak didalam kancah perzinaan akan meruntuhkan moral umat itu sendiri. Apabila moral sudah musnah, maka bangsa dan umat itu sendiri akan musnah.
Firman Allah SWT:
Lelaki yang berzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak akan berkahwin dengannya melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik. Demikian itulah adalah diharamkan atas oaring-oarang yang beriman. ( Surah An-Nur:3 )
Kasih Allah SWT kepada hambanya, Allah SWT mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Kesan zina mewujudan penyakit-penyakit kelamin seperti siplis dan gornhorrhoea merupakan balasan Allah terhadap orang yang melakukan zina. Azab dari penyakit itu amat menyiksakan.
Firman Allah SWT:
Dikenal orang-orang yang berdosa itu dari tanda-tanda mereka. Lalu direnggut (mereka) dari ubun-ubun dan kaki-kaki mereka. ( surah Ar-Rahman:41)
Di sudut hati qaseh…Nak buat jahat nih sama jugak macam kita nak buat baik… setiap kejahatan yang hendak dilakukan pasti ada permulaannya. Kejahatan tidak akan berjaya tanpa merancang atau terancang dari sudut permulaan.
Permulaan dari semua kejahatan, khususnya zina terjadi apabila ada pergaulan bebas… percampuran bebas…ada unsur-unsur dedahan, pendedahan yang berkenaan .. perhiasan dan wangi-wangian, kata-kata meransang nafsu, gerakan dan belaian..AWAS!! kalau baca buku kesihatan dari segi islam terjemahan ustaz Daud b. Mohamad Salleh. Kuman dari penyakit siplis dan gonorea akan wujud didalam tubuh orang-orang yang melakukan zina.
Rancanglah sesuatu kearah kebaikan....elakan diri dari melakukan yang terlarang.. usaha lah dan capai setiap kebenaran…
Berfikir dahulu sebelum melakukan….
Firman Allah SWT:
“katakanlah “marilah ! supaya aku bacakan apa yang tuhan kamu haramkan atas kamu( iaitu) janganlah kamu sekutukannya dengan sesuatu. Dan hendaklah kamu berlaku baik kepada ibu-bapa. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kepapaan kerana kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. Dan janganlah kamu hampiri kejahatan yang terang daripadanya dan yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa-jiwa yang Allah haramkan melainkan dengan hak. Demikianlah Allah perintahkan kamu agar kamu mengerti.” ( surah Al An’am:151)
0 comments:
Post a Comment