RaPuH

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Friday, August 29, 2008

SaBtu 30 Ogos 2008

Tepat jam 6 pagi , charge bateri laptop.…hari cuti nih.. semua ipar duai dah pulang bercuti dengan anak-anak memenuhi rumah.. sambut Merdeka !! kat kuantan .. hehe..

Sudah pastinya rutin aku menjadi malas dipagi sabtu yang sepatutnya cuti terpaksa menyahut seruan kerja duniawi untuk meneruskan kehidupan yang mungkin masih panjang..

Pagi nih aku ada course lagi, tajuk hari ni.. ‘Inculcating Child Brain Development” bersama asst. Prof. Zainal Ariffin..very creative style menarik mood aku yang murung , malas dipagi hari. ..

Jari-jemari semakin ganas menekan papan kekunci , mengemaskini sistem maklumat pelajar. Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengahari.. masing-masing dah mengeluh.. ada yang dah mula .. menggunakan perkhidmatan yahoo messenger , meebo, window live messenger.. errkk..!! macam2 cara untuk menghilangkan mengantuk.. objektif sebenar belum tercapai.. tahun semakin beransur.. “keputusan pelajar cemerlang, sistem nak cemerlang, maklumat biar terang dan tersusun”, matlamat seruan bos yang begitu romatik nada suaranya menyampaikan amanat … kami masing-masing berpandangan senyum-senyum kambing akur dengan kehendak bos.

Sedar-sedar skrin LCD menunjukkan tulisan “ SEMOGA BERJAYA” itu menandakan course untuk hari nih dah tamat, jam baru pukul 1.00 tgh hari. Cepat-cepat laptop dimatikan. CD-CD installer disimpan rapi…aku sentiasa yang pertama menuju ke muka pintu tak sabar nak balik rumah.. “Rumah ku Syurgaku.”. .. ada Accident..lagi!! errrkk.. aku takut!! Berdebar2 jer rasa nak memandu.. pesan mak, buat-buat x nampak jerr … pedal minyak terus ditekan.. laju terus balik sampai rumah .. switch on kipas dan acon.. tido!! Alhamdulillah.. dapat aku rehat dengan tenang .. tak ada sesapa pun kat rumah..

0 comments: