31 bulan 8 tahun 2008, Merdeka!!
Kami sambut kemerdekaan di rumah baru kedua orang tua kami. makan-makan bersama keluarga. Lepas tuh jalan kat pantai Teluk Chempedak.. cuaca kuantan panas terik hari nih.. Sambil-sambil tengok gelagat-gelagat remaja bermotosikal , ada yang bawa awek menggalas jalur gemilang.. bagus-bagus .. adik-adik remaja ku berjiwa patriotic,.. tapi mesti tahu matlamat kamu sebagai anak meRdeka, Tatkala
URm.. tapi gayanya seprti masing-masing sarat dengan ideologi punk, DIY, death metal, nirvana, seattle-sound dan segala macam unsur2 rebel dan anti establishment. Konon nyer la...errkk!! aku berdoa semoga , semua ideology itu cuma sementara..Cuma sementara.. Cuma sementara, minda masih boleh berubah begantung pada ketakwaan dan keimanan,
Ramadan Sudah DatanG.. alhamdulillah qaseh_8081 masih sihat, masih bertenaga walaupun skit pening-pening lalat ,akibat darah rendah. Darah rendah aku akan datang bila aku mula berpuasa 10 hari keatas. Menjelang Sya’ban aku dah berpuasa, tak lah penuh tapi hari-hari tertentu., dihitung-hitung adalah 10 hari kot dapat bulan nih.. then my head mula berpusing-pusing macam mabuk bila bangun tidur. Sebelum-sebelum nih pun aku macam tuh kalau bulan Ramadan. Doktor kata , sebab makan tak seimbang… munGkinn!! Tapi apa yang aku masak itulah hpux9000 makan, dia sihat je. Cuma ada masalah dengan otot-otot akibat menyepak bola TakraW tiap-tiap petang.
Menjelang Ramadan juga aku akan kekurangan air, walaupun aku rasa dah minum banyak air, tapi aku pun tak faham jugak system dalam badan aku nih.. kadang-kadang rasa macam ada yang tak kena je. .. sikap mudah aku.. berdoa sahaja kepada Allah semoga puasa –puasa aku dapat dijalankan dengan sempurna hendaknya. Selagi ada cara mengatasi, kita
Malam nih malam pertama solat Terawikh, . besar fadhilatnya.
Bagi yang tak ada halangan pergilah berterawikh, pada malam nih.. Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan: Malam pertama: Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Dosa diampunkan seperti bayi yang baru dilahirkan, tidak berminat ke anda menyucikan diri di permulaan Ramadan ini..
0 comments:
Post a Comment