Selamat tahun baru1430Hijrah ..buat sahabat-sahabatqaseh yg dikasihi.. Semogasemuanya lebihbermuhasabah diri dari kenangan yang lepas.. Segala-galanya sudah menjadi sejarah yang bakal kita tinggalkan..semakin bertambah kenanganyang dirakam mungkin dilupakan atau masih disimpan rapi….
Melangkah ke tahun 2009 /1430 Hdengan penuh debaran didada .. apakah peristiwa baru yang akan muncul…kita mampu merancang tetapi tuhan maha menentukan…kadang-kadang kami merasakan skrip sudah diaturkan….rancangan bahagia boleh bertukar dengan kesedihan.. yg mengalami kerumitan mungkin bahagia di hari mendatang…yang kaya.. yang miskin.. semuanya telah dirancang perjalanannya dijadikan sebab-sebab tertentu mencantikkan lakonan manusia….biasanya .. kita akan terdengarnada-nadaseperti “ mungkin ada rahmat disebalik sesuatu kejadian”..Yang penting kita tahu dimana kita, siapa kita, kemana tujuan kita…perjalanan kita mungkin masih panjang.. dan mungkin juga sudahterlalu pendek.. hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui..Allah SWT itu maha sempurna…Berkat doa ..dengan menyerah dan menghambakan diri padanya.. insyallah kita pasti berjaya di dunia dandi akhirat. Wallhualam.
Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..
Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..
Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..
“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” (Bukhari dan Muslim)
Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt.
Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am ayat 164. “…Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.”
Di antara keindahan iman adalah anugerah pemahaman bahwa kita begitu hina di hadapan Allah swt. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Ia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan selembar kain putih. Itu pun karena jasa baik orang lain. Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur lewat lingkungan.
Kita pandai karena orang tua menyekolah kita. Seperi itulah sunnatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap orang tua. Kekayaan yang kita peroleh bisa berasal dari warisan orang tua atau karena berkah lingkungan yang lagi-lagi Allah titipkan buat kita. Kita begitu faqir di hadapan Allah swt. Seperti itulah Allah nyatakan dalam surah Faathir ayat 15 sampai 17, “Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sulit bagi Allah.”
Tahap minima seorang muslim terhadap islam dalam soal akhlak dan perilaku pula adalah berlandaskan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang hatinya menjadi senang kerana perbuatan baiknya dan menjadi sedih kerana perbuatan buruknya maka dia itu mukmin. ( Riwayat Tarmizi dan Ahmad )
Peringkat yang paling dasar daripada moral manusia adalah moral batin dan perasaan. ( akhlak batiniah ) . Peringkat dan darjat tingkah laku fizikal amat bergantung pada akhlak batin, Oleh itu, tingkah laku fizikal manusia itu dijadikan panduan antara manusia. Sebagaimana disebutkan didalam kaedah al-fikahiah ( alhukmu bi al-wazahir ) Iaitu menghukum sesuatu berdasarkan apa yang zahir.( nampak ) Manakala hati dan perasaan hanya di dalam pengetahuan Allah SWT.
Dari Mughirah r.a katanya:”Saad bin Ubadah mengatakan,:”Kalau sekiranya saya melihat lelaki berkelakuan serong dengan isterinya, nescaya lelaki itu saya tetak dengan pedang, bukan dengan punggungnya.” Ucapan itu sampai kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata:”Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad? Demi Allah aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarang-Nya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang atau pun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf lebih daripada Allah, dan kerana itu diutus-Nya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah, dan kerana itu (untuk orang memuji-Nya) dijanjikannya syurga.”
Ada seorang adik bertanyamacammana nak jadi baik…kadang – kadang duduk kat sejadah dah bertaubat pun , esok jumpa kawan nak nakal-nakal semula..itu membuatkan dia malas nak bertaubat, seolah-seolah seru belum sampai..
Terima kasih adik Mira,
Hehehe.. Sebenarnya hati kita kena kuat… beruntunglah kita jika kita sudah tahu mana yang baik dan mana yang buruk disisi Allah SWT. Kak qaseh sendiri pun tak sempurna lagi.. masih mencari-cari jalan keluar untuk betul-betul bersih…by the way , pengaruh syaitan itu sangat kuat, dia rela temukan kita dengan apa sahaja yang menarik nafsu kita..
Tapi masa kak qaseh masih belajar dahulu.. ada pesanan menyebut, nak jadi baik, kita kena berkawan dengan orang yang baik. Misalnya kalau kita suka pergi dengar ceramah agama di masjid. Kita bertemu kawan-kawan yang sama minat dengan kita di sana. Kalau kita selalu pergi gigs.. kawan-kawan kita pun orang yang suka berhibur…Manusia sebenarnya mudah terikut-ikut.. syaitan pula adalah penghasut besar memesongkan akidah, akhlak seterusnya peribadi kita…
Kalau hati dan iman kita sudah kuat.. letaklah kita dikelompok mana pun, pengaruh buruk itu tidak mudah melekat..malah hati lebih tenang dengan cara dan matlamat sendiri ..letaklah hati hanya pada yang maha Esa..
Pelajar lelaki pulak dengan stailnya. Jumpa kat luar dah tak kenal… dengan Bangle nya , seluar koyaknya , rambut kaler-kaler, jambul diwarna-warna, seluar dikecik-kecik disenteng-sentengkan.. kalau tengok sebijik mat salleh..tengok lama-lama baru bole kenal.. alahai… student aku!! Kat sekolah lagi ensem.. kat supermarket..errKK!! mestila aku kata tak ensem sebab aku tak minat trend tu. Tak caya pegila berdiri lama2 kat level 4 or 5level panggung wayang tuh.. duk situh lama2 tengok budak-budak kita.. pakai perGGh!!
Tapi qaseh tau budak-budak qaseh nih baik-baik sebenarnya. Bila ditanya .. diaranx kata just for FUN!! Islam bukan menilai pakaian mcm mana .. asalkan menutup aurat..kami pun solat la puan…
Alhamdulillah la kalau mcm tu….sejuk hati dengar .. tapi kita kena ingat .. penampilan pun boleh membuatkan mulut orang bercakap..stail dan trend pun boleh membawa kepada ikutan generasi-generasi lain ataupun rakan-rakan sebaya…
Kiri-Kanan kita ada 2 pencatat yang ditugaskan Allah untuk mencatat apa sahaja tentang baik-buruk kita..Jika trend kita menjadi Umpatan masyarakat.. itu jugak membawa sedikit habuan kepada kita mengundang dosa kepada orang.. Jika trend menjadi pujian ..perawakandan stail menjadi ikutan yang diterima disisi Allah SWT … betapa beruntungnya kita..
Tapi budak-budak qaseh ni dah janji nak sesuaikan trend mereka dengan tempat.. hehehe..Aduhaiii!! Sayang… macam-macam zaman remaja …
Kadang-kadang remaja ni.. cakap mak ayah nya tak nak dengar.. dia buat DeKK!! Jerr.. kata mak nya mengadu.. cikgu tolong lah nasihatkan…
Bagi qaseh … kadang-kadang budak-budak ni .. dia tahu semua maknya cakap tu betul…dan bercanggah dengan pembawakan dia.. dia simpan n respond dia buat-buat tahu …ok la tu.. at least kita ingatkan dia..lama-lama nanti habis trend dia … dia akan pakai kata-kata kita tu..
yang risau yang melawan.. keluar kata-kata memaki hamunkepada yang lebih tua.. itu tandanya dia dah hilang rasa hormat kepada yang berkenaan…Ini sebab-sebab keluarga malas ambil tahu, biar saja dia hanyut.. lepas tu jumpa la rokok, ectasy.. GAM.. thai song ..akibat bebas berkawan….yang macam ni .. pelajaran entah kemana?? agama apatah lagi!!.. hehe.. setiap ibu bapa tu takut sebenarnya …..macam-macam cerita dan masalah anak-anak yang qaseh dengar di hari perjumpaan ibu bapa ( hari mesra pelanggan ) …kadang-kadang kalau tengok student tak seperti yang disangkakan…
TUgas kita Cuma mengingatkan.. Tapi qaseh ingat lagi pesan ustaz dulu-dulu.. nak anak yang baik ajarkan dia Solat dan Doa.. solat itu memberi seribu kebaikandan keinsafan. Mulakan dari kecil-kecil lagi .. untuk memberi kebiasaan..insyaallah anak itu kalau sesat pun tidak lah pergi jauh.. akhirnya pulang juga. Walahualam.
Akhir 2008 ..Sport check!! Zaman sekolah dulu-dulu selalunya dengar sport check mesti semua student kecutt!! Ye lah.. mungkin ada barang yang akan dirampas. Qaseh pernah juga jd student ..qaseh kategori yang tak suka buat masalah yang menyusahkandiri sendiri sejak dulunya lagi… kalau orang dah kata tak boleh.. .. qaseh accept sahaja tak boleh!! Dulu-dulu makan satay pun qaseh tak suka .. sebab satay menyusahkan.. daging satay lekat-lekat dekat gigi. So, lebih mudah makan lah benda lain. Sekarang kalau family beli makan jugak..tengok masa dan tempat. Hehe...macam nak tunjuk baiklah kan.. hehe.. it’s true itulah qaseh sebab tu boleh habis sekolah sampai tingkatan 5 tanpa masalah disekolah.
Dah ramai budak-budak sekarang suka menipu solat. Yang perempuan nya cara perempuan. Masalah telekung pun kadang-kadang menjadikan hal yang besar.
Tak solat sebab telekung basah, basuh tak kering, telekung lupa bawa .. dijadikan alasan.. alasan yang tak munasabah..
Kata cikgu yati. “Apakata kita rotan je mulut budak2 nih” bagi alasan macam orang yang tak sekolah.. penat ustazah mengajar.
diamati Jika syarat sah solat, cuma 5 perkara:
Yakin telah masuk waktu
Menutup aurat
Mengadap kiblat
Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
Suci daripada hadas kecil dan hadasbesar
Kalau dah perempuan mesti lah dah menutup aurat. JIka dah menutup aurat sudah cukup syarat sah solat. Tak semstinya memakai telekung . islam itu bukan kah mudah.
Tak pasal2 jerr dah kena rotan .. lebih 12 orang dirotan cikgu mazu.. terjengket-jengket masing-masing balik ke kelas..
Allah SWT mencela orang ghibah bagaikan memakan bangkai.
“janganlah sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati ( bangkai )…( Q.S. Al Hujurat : 12 )
Telah bersabda Rasulullah SAW:“ Takutlah Ghibah. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya.Sedangkan Allah tidak mengampuni orang ygghibah sebelum orang yang diumpat memaafkannya.”
“ sesiapa yang mengumpat bermaksud menghina saudaranya, Allah meletakkannya di jambatan Neraka pada hari Kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakan.’
‘ Ghibah itu menuturkan keburukan kepada sausaramu samada badan,nasab, perbuatan, ucapan, agama ,dunia,bahkan baju,selendang atau tungangannya”.
Pesanan rasulullah SAW dengan bersabda : “ janganlah kalian berghibah. Dalamnya ada 3 keburukan.
Selamat hari raya Aidiladha buat semua sahabat-sahabat lama dan baru .. semoga dirahmati Allah hendaknya...qaseh sedang berhayal bersama laptop menanti pemandu ygsedang tidur.. perjalanan masih jauh… Bertolak dari Bandar Kuantan ke Kedah bermula sebaik shj bersarapan di restoran Zaman tepat jam 10.00 pagi…. Melalui genting Highland menyusuri Tanjung Malim, sambil makan-makan dibandar tanjung malim, bersama seorang sahabat sekeluarga… yang sama destinasi perjalanannya .. Kami mula berpecah bila pemandu qaseh mengantuk …singgah dihentian tapah.. untuk rehat.. qaseh ..mcm biasa membuka laptop sambil menunggu si pemandu puas tidur… Disini sangat ramai…ruang legar parking yang luas semua dipenuhi kenderaan.. .. MPV kami tersisih ketepi tidak berpetak..time yang mcm nih ..dalam fikiran Cuma berkata .. asalkan tidak “block jalan” parking shj asalkan selamat…di lebuhraya dipenuhi trafik-trafik dari pelbagai negeri…sesak… Cuma buleh bergerak 40 km/j .kadang-kadang terhenti.. badan mula letih –letih…Pelbagai jenis manusia sudah keresahan.. keletihan termasuk qaseh biarpun Cuma duduk sahaja dikerusi belakang sambil melayan karenah sikecil yang tidurnya banyak.. bila bangun..aktif bermain…satu persatu mata yang letih memerhati gelagat manusia Malaysia yang pastinya Negara yang terkenal dengan kesantunannya.. otak berlegar-legar mencari mana satu yang jahat dan mana satu yang baik sebagai satu permainan semasa bosan..adakah boleh ditafsirkan melalui pergerakkan atau muka atau pandangan akal.. “ nonsense !!” jawab hati..
Adalah suatu hal yang pasti bahawa pada setiap manusia terjadi pergelutan dan peperangan yang dasyat yang menentukan apakah dia akan tetap sebagai manusia atau akan menjadi binatang yang berbadan manusia. Itulah peperangan antara rayuan syaitan dan seruan agama. Antarakebatilan dan kebenaran.
Memang sebuah nafas panjang ditarik dan dihembuskan, bersama berjuta jeritan menanti suatu kepuasan. Dunia ini menawarkan kenikmatan, kaki hendak kemana melangkah? Antara syaitan dan malaikat bergelut, berebut menguasai diri . Tapi hendak ikut siapa??Demikianlah peperangan itu berlaku..
Kedua-dua pihak bertarung dalam kancah peperangan, iaitu hati. Jika iblis yang menang, ia akan menjadi manusia yang luhur, arif dan bijaksana.
Setiap kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang, ia bagaikan bintik-bintik hitam yang mengotori dan mengeraskan hatinya. Semakin ia berani melakukan maksiat, kedudukan iblis bertambah kuat. Dan iblis mengibarkan benderanya. Maka ketika itulah hati akan menderita kesakitan. Suatu penyakit yang merbahaya namun tidak dapat dirasai. Penyakit yang sukar diubati..Dan boleh menghantar manusia ke NERAKA!!...
Lamunan keletihan dalam cuaca yang mendung .. kereta meluncur tersekat-sekat menuju ke destinasi .. sesekali mata qaseh memerhati jarum penunjuk speedometer..Cuma 40 kadang 60 .. kadang-kadang juga 20… jam 8.30 malam kami exit di tol Alor Star.
Jalan pulang pulak sangat aman …perjalanan dari Alor Star ke Kuantan Cuma 7 jam….termasuk berhenti rehat beberapa kali. Ehem..pemandu qaseh agaknya dah bosan memandu.. speedometermenunjukkan angka 140 kadang-kadang 150.. kadang-kadang 160…acapkali begitulahhh …. Setiap tahun mengundang saman..
Erm..birthday my mother in law 30 september... x beli lagi hadiah… muka si ibu masam mencuka bila anak2 buat2 diam..by the way birthday abah baru jerr lepass .. anak2 dah rancang untuk sambut sekali sahaja.. kesuntukkan masa nih.. cuti minggu nih 30 sept.2008 dah dihabiskan untuk wedding amy.. cuti minggu depan hari raya haji.. si anak terpaksa mengikut isteri untuk beraya bersama keluarga isteri.. tertangguh lagi birthday si ibu.. hati si ibu boleh keberantakan.. aku sedang membaca hati seorg ibu mertua .. bila anak kesayangan sudah berkeluarga....Dan si anak pula sibuk berkerja .. semua diniat dalam hati sahaja …Menantu yang sedang bercuti apa dia buat.. ermmm.. ehem..ehem… aku nak pegi beli minyak wangi.. timbul idea semalam bila nak ke majlis amy… tiba 2.. father in law mintak pinjam minyak wangi husband.. n mother in law mintak pinjam minyak wangi aku...so ..apa lagi ..mungkin my mertua akan bukak site nih.. kalau dia x balik rumah masa makan.. hehe ..tp sekarang mesti dia balik sebab rindu cucu kat rumah tu.. …kalaulah mak baca….saya nak ucapkan “ selamat Hari Lahir “ semoga mak panjang umur , dimurahkan rezeki serta diberi kerahmatan dan keberkatan oleh Allah SWT.. itu lah doa saya yang x pernah luahkan…. I luv u like I luv my mother.. ( saya sgt berharap mak akan tersenyumm selepas membaca ini )
“sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman yakni mereka yang khusyuk dalam sembahyang”( Q.S .Al-mukminin 1-2 )
“Janganlah engkau termasuk orang-orang yang lengah. ( Q.S. Al-A’raf : 205 )
Dirawikan dari hasan bahawa Nabi SAW bersabda : “ solat lima waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap-tiap seorang kamu.Setiap hari ia mandi di situ 5 kali. Apakah ia masih kotor? Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan khusyuk dan hadir. Jika tidak, maka solat itu di tolak.”
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."
(Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."
Maha suci Allah…segala puji2an hanya layak untuk Allah…Allah maha besar… Tidak ada tuhan yang selayaknya disembah dan dipuja melainkan Allah swt… Selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhamad SAW….. Waallahualam….
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan Zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Best pulakk baca email dari beberapa member nih...ibu mertua hantar email nih jugak..hehehe..baca la..baca la..
Mengapa WANITA sangat Istimewa....
Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. ..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ....
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ....g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Menderhaka terhadap kedua ibu dan bapa adalah salah satu daripada dosa-dosa besar yang perlu dijauhi. Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Tiada perbezaan diantara orang yang menderhaka terhadap dua ibu bapa dengan iblis di dalam neraka melainkan satu tingkat.Dia adalah jiran iblis didalam neraka. Dan, tiada perbezaan diantara orang yang berbakti terhadap dua ibu-bapa dengan para nabi didalam syurga melainkan satu darjat. Dia akan berjiran dengan para nabi di syurga.
Beginilah kedudukan di antara orang yang menderhaka terhadap kedua ibu dan bapa. Mereka adalah jiran iblis dalam neraka. Mereka yang berbakti kepada ibu bapa mereka, akan diangkat darjat dan kedudukan sehinggakan dapat berjiran dengan para nabi didalam syurga.
Sabda Rasulullah SAW lagi : “esiapa yang mencerca ibu dan bapanya, kepalanya akan diletakkan bara api yang banyak didalam kubur. Setiap satu bara diturunkan dari langit ke bumi.”
Ada 3 golongan yang menerima azab yang pedih dan disumbatkan ke dalam neraka Jahanam. Mereka ialah:
1. Orang yang menderhaka terhadap dua ibu bapa semasa di dunia. 2. Orang yang melakukan zina 3. Orang yang syirik kepada Allah Taala
Bagi kita orang-orang islam, perlu memohon ampun darinya agar terhindar dari kemurkaannya. Wallahua’alam.
12.20 am .. 15 11.2008 ..kepala yang berat semakin boleh diangkat.. sendi-sendi yang tegang sudah pun ringan..dalam rehat yang panjang .. ditilam empuk aku sebenarnya sedang membayangkan tangan ibu membelai rambutku..suara ibu mendendangkan lagu-lagu memuji Allah seperti suatu waktu dulu..air panas dari bibir mata mula menitis perlahan-lahan...itu tandanya aku rindu ibu..
Open House.. tq to member yang invite..hehe.. tahun depan invite la lagi….macam-macam hidangan yang disediakan…terpaksa qaseh mengenyangkan peruttt, hari minggu selepas raya nih,alhamdulillah sentiasa ada jemputan dari rakan-rakan… Cuma 3 buah rumah yang qaseh tak berkesempatan ziarah, rumah cikgu Nasri, Rumah Pn. Juraiha n Rumah my ex. boss Pn. Hjjh Rakiah...semua rasa-rasanya saya dah pun sms mohon maaf.. yer lahh org dah buat preparation, berhabisan .. nak belanja kawan-kawan.. tetiba jemputan buat acuh tak acuh.. tak baik.. dimurkai Allah. Kawan-kawan hpux9000 nak datang rumah.. apa nak masak nehh….hehehe.. isteri mellinium…kata hpux9000.. masak lerr.. ape2 yg agak sedap nak dimakan.. 5 family jerr…ErrKK!! Kalau beritahu siang hari.. buleh pegi order jerrkk mane2 tempat.. nih mlm2 harii ..kene masak jugak.. then I google lerr resipi best2 kat arena Maya Pada ini… Masak..masak.. mesti masak…tetamu bawa rezki..amin.
Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.
Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.
Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.
Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.
Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.
Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.
PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???
Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.
Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang...Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu..Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel....Sape yang cakap tu?? :#)
Selain bertakhbir, bertahmid dan bertasbih umat islam juga di anjurkan supaya berpuasa enam di bulan syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa.”( Riwayat muslim)
Hadis tersebut menjelaskan bahawa salah satu keistimewaan di bulan syawal ialah peluang berharga untuk orang mengajar nikmat dan kemurahan Allah sepanjang hidup iaitu puasa enam hari.
Ganjaran pahala diberikan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa enam di bulan ini seperti ganjaran pahala kepada mereka satu tahun penuh. Ganjaran yang diberikan amatlah bersesuaian dengan keihklasan umat islam dalam melaksanakannya dengan memperhatikan kebanyakan manusia tidak dapat melakukannya disebabkan keadaan sekeliling mereka lebih menguji keimanan seseorang yang menunaikan puasa diwaktu kemeriahan hari raya.
Puasa sunat enam hari ini lebih afdal atau lebih utama dengan melakukannya secara berturut-turut ( enam hari ) bermula 2 syawal. Kita juga boleh melakukannya secara berselang-seli dan boleh juga dilakukan pada bila-bila masa asalkan di bulan syawal. Puasa enam itu samalah kelebihannya dengan sembahyang sunat rawatib yang dikerjakan sesudah dan sebelum solat fardu iaitu sebagai penambah kekurangan-kekurangan yang terjadi pada puasa fardu.
Berpuasa enam itu sebagai tanda mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita kerana amal yang dilaksanakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di bulan ramadhan, bahkan akan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika kita mengiringi puasa ramadhan dengan puasa enam hari.
Menerusi peluang dan nikmat yang diberikan Allah SWT ini seharusnya kita mengambil peluang dan kesempatan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bahawa setiap kebajikan yang kita kerjakan tidaklah sia-sia malahan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
Jika di bulan Ramadan umat islam diperintahkan berpuasa dan dijanjikan dengan pengampunan dan pembebasan dari azab api neraka, di bulan syawal ini Allah SWT memerintahkan hambanya agar bertakbir mengagungkan kebesarannya dan bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“ Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah dia berikan , petunjuk kepadamu dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah dia berikan.” ( Al-Baqarah)
Memang wajar kita merayakan kemenangan dengan memuji kebesaran Allah SWT dengan bertakbir, bertahmid dan menyambutnya dengan sambutan yang bersesuaian serta tidak bercanggah dengan ajaran agama islam, agar segala amalan yang telah kita kerjakan di bulan Ramadhan yang lalu itu tidak sia-sia, tetap terpelihara dan pahalanya akan berkekalan sehingga akhirat.
Disamping kita bersyukur dan bergembira di hari lebaran ini kita juga seharusnya merenung dan membuat penilaian terhadap segala amal perbuatan yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan menjadikan sebagai satu titik tolak kepada kita untuk berazam mempergiat lagi amalan-amalan kita di masa hadapan. Kita yakin jika disepanjang bulan ramadhan kita mampu menunaikan sembahyang berjemaah baik yang fardu mahupun yang sunat di masjid-masjid, kenapa di bulan-bulan lain kita tidak berupaya mengerjakannya . Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain, seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan seumpamanya. Begitu juga dengan berpuasa , jika Ramadan kita sanggup berpuasa sebulan, adalah tidak munasabah dan mustahil kita tidak dapat mengerjakan puasa-puasa sunat yang lain seperti puasa enam di bulan syawal.
Selain bertakhbir, bertahmid dan bertasbih umat islam juga di anjurkan supaya berpuasa enam di bulan syawal. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan kemudian ia berpuasa pula enam hari pada bulan syawal adalah seperti berpuasa sepanjang masa.”( Riwayat muslim)
Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW:
“Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul SAW menjawab, “ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah? Dan Rasul SAW menjawab. "Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah SWT sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.
Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadis riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam. Begitulah ‘akrabnya’ hubungan syaitan dengan diri manusia. Dicerobohi hati-hati keturunan Adam ini lalu menghembuskan nafas-nafas kesesatan pada hati manusia. Sehinggalah akhirnya hati itu tunduk dibawah kekuasaan syaitan.
Apabila hati telah dikuasai, menguasai anggota lainnya adalah suatu yang mudah. Kerana hati ini adalah semacam jentera penggerak kepada anggota lainya, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, Sabda Nabi SAW:
“Di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Ketika gumpalan daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika gumpalan daging itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah gumpalan daging itu adalah hati”.
Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya supaya berlebih-lebihan atau melampaui batas dalam menyambut apa saja perayaan.
Ini bermakna islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros, berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih muih yang terlalu banyak.
Konsep hari raya sendiri selalunya dikaitkan dengan pembaziran.Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun , bunga api adalah salah disisi agama.
Budaya duit raya bagi sesetengah masyarakat, yang lazimnya dilakukan di Malaysia. Duit raya merupakan hadiah atau ganjaran kepada kanak-kanak dihari raya. Kanak-kanak akan bergembira dihari ini, kerana mereka akan dapat ganjaran berbentuk wang dari setiap yang dewasa yang sudah bekerja dan mampu. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan ia tidak melampaui konsep pemberiannya.
Kepada ibu-bapa, usahlah didik anak mengunjungi rumah jiran tetangga semata-mata untuk mendapatkan duit raya. Dan jangan amalkan prasangka buruk kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu misalnya dikatakan kedekut, bakhil dan sebagainya.
Menyentuh soal wang ini, perlu diingatkan salah satu kewajipan yang harus ditunaikan oleh semua umat islam menjelang aidilfitri ini ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang disalurkan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan oleh syariat. Sekiranya aidlfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat kepada beberapa pengisian yang disebutkan tadi, sudah pasti, tujuan asal aidilfitri itu sendiri sudah jauh menyimpang.
Sejarah hari raya dalam islam bermula apabila rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa arab pada masa itu.
Apabila baginda Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, maka mereka menjawab bahawa 2 hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun temurun dari datuk dan nenek mereka terdahulu.
Lalu rasulullah telah menyatakan kepada orang-orang Arab Madinah bahawa islam telah menggantikan 2 hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari raya yang lebih bermakna iaitu hari raya korban atau aidiladha dan hari raya fitrah atau disebut aidilfitri.
Konsep hari raya dalam islam jelas menunjukkan bahawa ianya adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat. Aisilfitri disambut dengan satu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan sekadar menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga meraikan kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri dari melakukan apa jua perkara yang dilarang dimana sekiranya dilakukan juga maka terbatallah puasanya.
Lantaran itu Allah menganugerahkan kita satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan dari kemenangan tersebut. Kalimat ‘FITRI’ itu sendiri bermaksud FITRAH iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah asal dimana fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari dosa dan noda.
Oleh kerana ianya dikatakan sebagai perayaan keagamaan , maka cara menyambutnya hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu.Apabila sahaja diumumkan keesokan harinya adalah hari raya, mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Sebuah hadith yang diriwayatkan Tabrah dari ubadah bin Soib menyatakan bahawa “sesiapa yang menghidupkan malam aidilfitri dan aidiladha dengan amalan-amalan baik dan ikhlas kerana ALLAH, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati , iaitu hari kiamat.
Hari nih ..27 ramadhan 1429..kenapa aku rasa semalam mcm malam yang ditunggu-tunggu oleh semua orang-orang beriman jerrkk..tapi aku.. Flat, lepas maghrib.. aku dah keletihan, mata dah ditutup. Si ayah sibuk melayan karenah anaknya , yang baru ada perasaan nak bermain-main selepas demam. Balqis demam 2 hari lepas....memang tak solid tidur menjaga baby yang demam.. terpaksa tengok.. batuk-batuk, selsema .. demam, pukul 3 pagi .. aku cek suhunya 40 oC, kami sebagai ibu-bapa yang masih mentah nih .. dah menggelabah,, buat-buat tak panic.. mula gunakan air sapu keseluruh badan..ubat demam yang paling kuat tuh kami gunakan untuk turunkan suhu… masuk ikut buntut dia.. kata si ayah… aku jugak bertindak…hehe apa-apa pun memang si ibu cepat bertindak.. si ayah memang cekap meberi arahan…anak aku dah menggigil…si ayah dah mula panic capai kunci keta … bagi arahan lagii.. cepatt kita bw ke hospital.. si ibu.. masih lagi menggunakan semua teori-teori yang dipelajari….dengan pantas teori 2 second aku pun siap.. aku angkat anak tersayang kedlm keta si ayah… si ayah tanpa bismillah terus menekan pedal minyak menuju ke hospital…si anak .. dengan tenang matanya di pejam… lesu..pucat .. belum biru lagi… masih banyak harapan..sampai depan sebuah hospital swasta… ditulis 24 jam…. Pak guard bagi tahu doctor tak ada …sini emergency untuk orang bersalin sahaja… teori yang aku buat dirumah menjadi.. sianak dah berpeluh-peluh…suhu dah menurun … dah buleh buka mata tengok iklan kesukaannya ditepi jalan .. “iklan hotlink” muka katun mcm mr. bean tuh… hehe.. Aku pun beritahu si ayah Balqis dah ok..si ayah pun terus memandu ke Ruang emergency HTAA..tapi berpusing semula melihat anaknya dah ok. Kami balik rumah….terlelap seketika sambil memantau si anak.. pukul 5 pagi..si anak menangis lagi…bila ku peluk.. suhunya panas semula… sekejapnya kesan ubat tuh… aku dah x berani nak guna untuk kali ke 2… ubat itu sepatutnya digunakan untuk 12 jam… Sekali lagi kami ke ruang emergency di sebuah hospital swasta dikuantan .. second terbesar di kuantan.. servis lebih cepat berbanding HTAA.. mungkin patient disini tak ramai mcm di HTAA.. Doktor bertindak seperti mana teori yang aku buat jugak…. Ubat melalui bontot itu digunakan lagi….aku pun cepat beritahu .. aku dah gunakan nya.. doctor kata .. suhu anak ‘U’ sangat tinggi.. kita mesti buat sesuatu… dia mengarahkan nurse utk membantu… slumber jerr doctor itu menggunakan ubat itu lagi.. mungkin berlainan jenama dan Dosnya…dalam hati aku.. dah bermunajat memohon pertolongan Allah… mata aku terkebil-kebil melihat baby yang dimanja-manja menangis di tangan doctor yang sedang merawat… Doktor memberitahu si ayah … “ kena masuk wad.. anak encik nih.. buat rawatan susulan.. kita cek darah.. takut virus dalam darah..”si ayah angguk sahaja…akur… Tapi si ibu tetap ada teori tersendiri…sebab BalQis akan demam setiap kali beralih bulan.. kali ini sahaja paling teruk…sebab batuk dan selsema tuh mengganggu kestabilannya… Si ibu mencelah antara percakapan doctor pada si ayah.. “ my baby baru 2 hari demam… saya cuma hendakkan ‘u’ turunkan suhunya bagi dia stabil...’ i try bagi dia makan ..bagi tenaga untuk dia baru buat rawatan susulan kalau demam dia berpanjangan lagi..” mata si ayah dah membulat memndang aku…hehe marahlah tu ..” ummi mcm mana kalau suhunya naik lagi lepas nih…, duduk jerr kat wad.. .., my answer still is NO.. just stay kat sick bay emergency room tuh… sampai ok . lepas tu balik.
Alhamdulillah.. Balqis pulih… kami bawa balik .. dan aku di arahkan si ayah… menjaga rapi si anak…perhatikan perubahan dia.. semua kerja-kerja lain dilupakan… Si anak beransur baik.. hingga hari ni… dia nampak lebih cergas…… perangai-perangai baru pun muncul…..n aku terus bercuti… hari jumaat 26 Ramadhan .. sepatutnya aku ada majlis qattam Al-Quran disekolah.. majlis meraikan kami berjaya menghabiskan Al-Quran di ramadhan ini.. biar cuma sekali.. “aku lerr tuh..” itu sahaja yang aku mampu.. di ramadhan ini.. segala-galanya hambar… ibadah pun kurang.. terawikh .. apatah lagi…tanggungjawab kepada anak didahulukan… kata MAk… “itu baru sorang” kes.kes..kes.. SyabaS kepada ibu-ibu yang menjaga anak 5 hingga lapan orang..tanpa maid… hehhe.. u ‘re the best.. Tahniah jugak buat hpux9000 sebab rajin bangun tengah malam melayan anak .. membuat susu.. dia lebih pakar di bidang itu…
Rejab dan Syaaban telah pun berlalu bagi tahun 1429, Ramadhan pun bakal meninggalkan kita, apa yang kita dapat di penghujung ramdhan ini, adakah sebanyak mungkin kita mengejar ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT..
Sesungguhnya rejab adalah bulan meminta ampun dari dosa, Syaaban pula bulan memperbaiki diri dari segala celaan dan Ramadhan adalah masa untuk menenagkan hati dan jiwa….
Berpuasa dibulan Ramadhan adalah perkara wajib tetapi sehingga kini masih ada yang menganggapnya sebagai beban. Sakit gastric menjadi alasan, cuti menjadi taruhan, kononnya bersantai dirumah, tidak berpuasa, mereka lupa yang Allah maha melihat segala perbuatan hambanya…
Umat islam sendiri telah menolak salah satu kemuliaan bulan ramadhan yang juga satu syafaat besar bagi umat Muhammad SAW. Apa lagi yang boleh diharap untuk bertemu Syurga firdaus bila kita sendiri yang menutup jalan-jalan menujunya.
Saidina Ali R.A pernah menyebut, “ Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya, menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya.
Bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan perjuangan dan pengorbanan. Manusia berjuang melawan hawa nafsunya zahiriah dan batiniah serta disamping berkorban untuk mendapatkan keredhaannya.
Perjuangan dibulan Ramadhan juga begitu sinonim dengan perang badar Al-Kubra. Satu perang yang memberi kesan yang cukup besar sepanjang rentetan sejarah perkembangan islam.Ia sebuah peristiwa yang memaparkan keyakinan Nabi SAW dan para sahabatt disertai dengan doa dan zikir yang berterusan mendapat bantuan Allah SWT.
Golongan terdahulu mengorbankan diri mereka untuk memperjuangkan islam, mempertahankan islam sedangkan musuh lebih ramai tetapi kita hanya kalah dengan satu musuh iaitu diri kita sendiri. Umat islam berperang di dalam bulan puasa di padang pasir dengan tiada jaminan kemenangan-tetapi mereka tetap pasrah dan yakin kepada Allah.
Bagaimana pula kita? Hanya berperang dengan tidak makan dan minum, tidak dapat merokok, tidak dapat mengumpat, tidak dapat itu-ini Cuma sekitar 8-9 jam saja-terasa seolah-olah beban berat menghempap kepala.
Semoga semangat Badar Al-Kubra tidak sirna dari hati umat islam hendaknya…
Pada bulan ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.Dikatakan mulia, pertama lantaran itulah malam Al-Quran diturunkan. Kedua, begitu banyak anugerah Allah diturunkan pada malam itu. Beberapa hadis shahih meriwayatkan malam lailatul Qadar itu jatuh sepuluh hari terakhir dibulan ramadhan.Seperti dirawikan oleh imam Ahmad,” Lailatul Qadar adalah di akhir bulan Ramadhan tepatnya di sepuluh terakhir, malam ke 21 atau 23,25,27,29 atau akhir Ramadhan . “Barang siapa mengerjakan Qiamulail (solat malam) pada malam tersebut kerana mengharap redha-ku maka diampunkan dosanya pada masa lampau atau pada masa akan datang.”
Kenapa di akhir ramadhan bukan diawal ramadhan?.. Kerana 20 malam sebelumnya kita mengasah, mengasuh jiwa kita. Itu adalah satu persiapan untuk menyambut lailatul Qadar.Al-Quran menyatakan, pada malam itu turunnya malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin tuhan mereka mengatur segala urusan. malam itu ( penuh) kesejahteraan/ kedamaian sampai terbit fajar. Q.S al-Qadar: 4-5.
“wahai orang-orang beriman, telah wajib keatas kamu berpuasa sebagimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi oarng yang bertakwa,” srah Al-Baqarah:183.
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan yang mulia untuk menambah ibadat.
Rasulullah mengariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu:-
1. melazimkan bacaan kalimah Taiyibah. 2. Beristigfar 3. Memohon memasuki jannah 4. Berlindung dengannya daripada neraka jahanam
Rasulullah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat ini sebagai amalan. Abu syed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:
“suatu ketika nabi Musa A.s memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimah khas yang mana baginda dapat mengingati Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa a.s berkata, “wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hambamu, aku mengkehendaki yang khusus.” Lalu Allah SWT menjawab,”wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung didalamnya kecuali aku diletakkan ke atas sebuah dacing dan kalimah ini pada yang lain, kalimah ini lebih berat lagi dari segala sesuatu,”.
Didalam hadis yang lain pula, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu “ laa ilaha illalla” dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan dibuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk meperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita dari segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memeperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti “ astaghfirullah”. Tidak ada batasan dalam mengulang-ulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala dikumpul.
Disamping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada yang maha esa menjauhkan kita dari ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:-
“Allahhumma as’alukal jannata wa a’uzubika minannar.”
Dengan meperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lkukan untuk memenuhi bulan ramdhan ini. Ramdhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.
Justeru itu, sebgai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayangnya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijadikannya, maka layaklah kita sebgai hambanya merebut peluang ini yang datangnya hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit, semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah swt memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurganya secara percuma, tidak perlu bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikir-fikirkan lah wahai insan-insani….